Sunday, 9 September 2012


Ahmad Lutfi Othman yakin Anwar terlibat skandal seks ?

 
buku skandal Anwar



Penulis Khas Majalah Tamadun, Edisi Disember 1998 mempersoalkan motif serangan penulis Ahmad Lutfi Othman ke atas peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi Politik” (Penerbitan Pemuda, September 1998).

Penulis menyenaraikan empat fakta yang terkandung di dalam buku “Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi Politik” yang menggambarkan keyakinan Ahmad Lutfi bahawa Anwar terlibat dalam skandal seks dan bukannya konspirasi politik, seperti yang didakwa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Fakta pertama : Ahmad Lutfi sering mengulangi pertanyaan “mengapa Anwar tidak menafikan tuduhan ke atas beliau” di dalam buku tersebut.

Fakta kedua : Ahmad Lutfi mempertikai pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar yang menafikan menulis surat menuduh Anwar melakukan hubungan sulit.
Kini, Ahmad Lufti yang menjadi pengarang Harakah, akhbar milik Parti PAS dilihat lupa apa yang pernah ditulisnya berikutan belaiu mungkin sudah dibiayai untuk tidak membongkar kisah sebenar Anwar.

No comments:

Post a Comment