SUARAM : Tian Chua Dalang Soros, Patut Digantung !
AIDCNews – 24/09/12 – “Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung,” kata bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Noor Adam, ketika ditanya mengapa, bekas tahanan ISA itu berkata, “Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita..Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke?.
Lokman Noor Adam yang ditemui AIDC di di Caps Square, Kuala Lumpur, pada 15 Jun 2011 menceritakan secara terperinci perkaitan Tian Chua, George Soros dan Parti Keadilan Rakyat.
Beliau berkata begitu berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh Tian Chua sendiri, ketika mereka sama-sama ditahan di Kamunting selama 2 tahun pada tahun 2001.
Pada masa itulah ditahan bersama yang lain?
Yang pergi ke Kamunting, saya, Tian Chua, Ezam, Saari Sungip, Badrul Amin dan Hishamudin Rais.
Masa itulah Tian Chua bercerita menerima duit dari Soros?
Masa dalam tu lah. Dia beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros.
Tian Chua sendiri mengakui penahanan dia tu tepat?
Memanglah. Semua yang ditahan tu ada sebab kenapa dia ditahan. Dalam ISA ni, saya dah duduk 2 tahun. Saya dah bercampur dengan semua. Saya dah bercampur dengan al-Maunah, saya bercampur dengan KMM, saya bercampur dengan JI (Jemaah Islamiah), semua kita bercampur.
Semua hampir mengaku tak bersalah. Semua mengatakan yang mereka ini teraniaya. Tapi, saya tahulah. Saya kena tahan, saya buat salah.
Dulu bila polis suruh kita berhenti, kita koyak saman polis. Garang tak garang kan dulu. Darah muda, standard lah tu.
Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung.
Kenapa?
Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita. Soros akan taja apa sahaja untuk rosakkan nama Dr Mahathir.
Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros.
Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke?
Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.
Sebelum ini tak perasan?
Tak, kita tak tahu. Bila dah duduk 2 tahun, dah macam kawan-kawan, baru mereka buka cerita. Sebelum tu mereka tak cerita.
Bermakna orang yang ditahan itu ada sebab tersendiri?
Semua ada sebab. Hishamudin Rais dari tahun 70-an dah patut kena ISA. Tapi dia dah lari. Dapat suaka politik di Sweden.
Tian Chua patut kena hukum gantung, khianat pada negara. Dia punya penglibatan dengan SUARAM dan juga pemimpin KeADILan ketika itu.
Saari Sungip kerana dia antara orang yang menggerakkan himpunan 100,000 orang (rakyat).
Badrul Amin, dia ceramah tak ingat dunia. Harussani Zakaria pun dilanyaknya. Dia punya contribution itu mempengaruhi orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul berlaku.
Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.
Benarkah Wan Azizah jumpa Soros?
Benar. Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong, ratu bogel Bukit Lanjan.
Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.
Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan..Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun.
Tian Chua bercerita mengenai Soros?
Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.
Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.
Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.
Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.
Parti tak tahu hal ini, hanya inner circle sahaja?
Itulah sebabnya kalau kita tengok, trend orang yang tinggalkan PKR ini ialah orang yang duduk di atas bukan duduk di bawah. Yang penyokong tegar PKR ni, mereka tak tinggalkan PKR. Jarang. Tak banyaklah.
Yang banyak tinggalkan PKR ini ialah orang yang semakin hari semakin rapat dengan Anwar Ibrahim. Semakin hari semakin banyak maklumat sebab semakin tinggi, dia (akan) pergi.
Dia jadi Ahli Majlis Tertinggi, dia jadi Ketua Pemuda ke, Naib Presiden ke. Orang ini akan duduk dekat dengan Wan Azizah, duduk dekat dengan Anwar Ibrahim, jadi mereka ada maklumat yang lebih tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar, Wan Azizah, Azmin dan semua sekali.
Itu yang menyebabkan ramai di kalangan mereka tinggalkan. Yang kat bawah ni tak tahu apa-apa. Selagi mereka tak sampai level Ahli Majlis Tertinggi umpamanya, selagi itu mereka tak tahu apa-apa. Ahli Majlis tertinggi zaman saya pun mereka tak tahu apa-apa pun.
Saya kebetulan Ahli Majlis Tertinggi dan Setiausaha Pemuda. Bila Ezam tak boleh pergi mesyuarat Biro Politik, saya kena pergi..ganti. Jadi, banyak benda yang saya tahu lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi biasa.

No comments:
Post a Comment