Fahami agenda jahat ultra kiasu
24 September 2012
Terbaharu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikhism dan Taoism, mendesak kerajaan supaya mata pelajaran agama-agama lain, mengikut nama pertubuhan agama tersebut, turut dijadikan mata pelajaran wajib anak-anak mereka, selain mata pelajaran agama Islam untuk pelajar Islam.
Dahulu, waktu kecil, masih belum memeluk Islam, saya mengambil mata pelajaran agama Islam sebagai pilihan menggantikan lukisan. Hasilnya, saya lebih mengenali agama mulia ini selaku Agama Persekutuan, menjadikan saya lebih memahami orang Melayu Islam selaku penduduk asal, sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada usia 20 tahun. Pemelukan agama Islam, bukan disebabkan orang Melayu, tetapi keindahan agama Islam yang tidak ada tolok bandingnya.
Maka, hari ini sudah sewajarnya mata pelajaran agama Islam diwajibkan kepada semua pelajar. Bukan untuk berdakwah kepada mereka agar memeluk Islam, tetapi mereka perlu mengetahui dan memahami isi kandungan umum Agama Persekutuan ini, bagi mengelakkan kekeliruan. Islam mempunyai kedudukan istimewa berbanding agama lain. Lagipun semua nilai moral Islam turut dikongsi agama lain.
Pada penganut agama lain, mereka hanya berteori sahaja, akan pentingnya agama dijadikan amalan hidup. Tetapi dari segi praktikal, jauh sekali untuk diamalkan. Amalan seperti seks bebas, judi, arak, zina, dan sebagainya langsung tidak ditegah. Malah diiktiraf sebagai hak asasi manusia.
Artikel ini bukan bertujuan menafikan hak bukan Islam yang tinggal dalam sebuah negara Islam. Tetapi permintaan mereka untuk mengajar agama masing-masing di sekolah terlampau ultra kiasu dan mempunyai niat jahat untuk meminggirkan agama Islam. Walhal, berapa kerat sahaja pelajar-pelajar ini untuk diajarkan agama masing-masing dengan keperluan guru amat terhad, berbanding kita rangkumkan sekali dalam mata pelajaran moral, sudah lebih dari mencukupi.
Kementerian Pelajaran tidak sepatutnya berbincang dan melayan mereka. Jangan gadaikan kepentingan agama hanya kerana undi. Yakinlah, mereka tidak akan mengundi Umno, walaupun apa juga permintaan mereka dipenuhi. Saya amat yakin mereka akan mengundi ultra kiasu.
Mereka mahukan layanan sama seperti mana kedudukan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah. Mereka bukan tidak sedar akan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Kenapa mendesak sedemikian rupa? Tidak lain, untuk mematikan dan menghancurkan kedudukan dan keistimewaan agama Islam dalam undang-undang. Bila tidak ada lagi keistimewaan ini, maka tercapai hasrat mereka untuk mendapatkan fair and square.
Saya cadangkan membawa idea gila ini ke negara China atau India. Jika di sini sudah tidak ada kebebasan lagi. Bagaimana dengan tadika-tadika missionari kristian di gereja-gereja yang berlambak sehingga ada Melayu yang diKristiankan? Apakah ini bukan kebebasan beragama. Ultra kiasu ini perlu diajar supaya tidak terlalu kurang ajar.
Perlukah kita melayan agama Kristian, Sikh dan Taoisme yang rata-rata kurang daripada 10 peratus penganutnya? Bagaimana pula dengan agama Animisme Orang Asli yang lebih berhak selaku Peribumi tanah ini? Begitu juga agama-agama lain.
Jika mereka mahukan nilai agama dihayati dan mahu lahirkan masyarakat bermoral, bermula sekarang haramkan anak-anak bergaul bebas, LGBT, bersekedudukan sebelum kahwin, berjudi, berkasino dan sebagainya. Persoalannya, kenapa bila kerajaan mahu mengharamkan perkara tersebut, penentangan demi penentangan dilakukan. Apakah kita masih buta dan tidak nampak perancangan jahat mereka. Kenapa hukum hudud ditentang sedangkan nilai yang dibawa amat baik?
Hak yang diberikan lebih daripada mencukupi. Pergi kira berapa banyak rumah ibadat di bumi Malaysia ini, lebih dari 200,000 sedangkan masjid surau hanya ada sekitar 30,000. Tokong Hindu sahaja sudah melebihi 100,000 berdekatan dan bersebelahan antara satu sama lain seperti di Serdang (UPM). Kenapa kerajaan atau penguat kuasa atau UPM sendiri tidak mengambil tindakan? Jawapannya, adalah takut dibuang jawatan. Apabila 'orang atas' takut, 'orang bawah' semuanya akan jadi takut, kerana semuanya mengidam untuk jadi 'orang atas'. Inilah politik Melayu yang akan menjahanamkan bangsa Melayu sendiri. Bak kata pepatah ‘jangan sampai keris sendiri menikam orang Melayu’.
Ingatlah wahai umat Melayuku yang rata-ratanya seagama denganku, jika saudara semua terlalu berpolitik dan berpecah, tuan-tuan tidak akan menjadi tuan lagi. Tuan-tuan akan menjadi hamba di bumi sendiri. Percayalah.

No comments:
Post a Comment