Perihal nama pelik dan glamor
30 Ogos 2012
Semalam saya bertemu dengan Man Buncit. Dia masih seperti dulu. Tak perlulah saya terangkan lebih lanjut siapakah beliau dan bagaimana bentuk tubuhnya. Nama panggilannya sahaja sudah menjelaskan siapa dia dan seperti manakah perilaku orangnya.
Minggu lalu, saya berjumpa dengan Tipah Lenggang. Iya, Latifah kawan sekampung yang masih solo walaupun usia sudah menjangkau 50an. Latifah masih lagi berlenggang - ke kedai, ke surau… tetap melenggang-lenggang apabila berjalan.
Sepanjang bercuti Aidilfitri, berziarah ke rumah rakan-rakan di ibu kota kita mendengar ada banyak nama pelik digelar pada seseorang. Semasa balik kampung, lagilah banyak nama gelaran yang kita dengar. Tersenyum simpul kita dibuatnya.
Suasana desa lain, tak sama dengan di bandar. Jika di desa, panggilan-panggilan yang begitu adalah lumrah dan orang kampung berkenaan tidak akan marah jika kita memanggil mereka dengan gelaran pelik. Namun itu tidak di bandar, kita mungkin akan dikejar dengan parang!
Bayangkan kalau kita panggil rakan kita, terjerit-jerit memanggilnya Zin Badak! Hah… siaplah. Memang si polan akan marah, naik angin dan silap-silap dia akan mengamuk berapi-api, marah macam badak mengamuk…!
Nama mempunyai suatu pengaruh yang signifikan dalam kehidupan kita. Daripada nama kita dapat mengetahui ras seseorang serta status agamanya. Orang-orang tua masih percaya nama akan mempengaruhi sifat dan sikap seseorang.
Sebab itulah, kadang-kadang kita mendengar cerita orang-orang dahulu nama mereka ditukar daripada nama asal diberikan semasa kecil, mungkin kerana tidak sesuai atau ada sesuatu yang tidak kena.
Kita percaya panggilan atau gelaran itu jika disebut banyak kali akan jadi satu doa. Tak dapat dijangka apakah panggilan kita pada seseorang itu satu doa atau hanya satu pengenalan sahaja.
Jika dia penjual gaharu kita akan panggil dia Lan Gaharu. Samalah juga jika dia penjual nasi lemak, kita akan panggil Mak Jah Nasi Lemak. Kita tidak ada niat buruk, melainkan untuk menjelaskan siapa kita maksudkan.
Zaman sekarang nama seseorang lebih bersifat populariti terutamanya dalam kalangan belia dan remaja. Mereka mungkin segan atau malu jika rakan-rakan memanggil dengan nama asal seperti Fatimah, Zulkarnain atau Fadhilah. Bahkan mereka mungkin meminta rakan-rakan memanggil dengan nama lebih glamor seperti Fetty, Zack ataupun Dyla.
Ramai juga yang memanggil rakan dengan sebahagian sahaja daripada nama mereka seperti Kamarul (Raul), Bazli (Bazz), Firdaus (Fir) dan lain-lain. Ada juga yang ‘menukar’ nama kepada ala-ala orang putih seperti Burn (Bakar), Kathy (Khatijah), Remy (Rahimi) dan lain-lain.
Bagaimana pula jika namanya dipanggil seperti mana tubuh badannya seperti Man Buncit tadi? Jika kebetulan Maria itu jongang, kita akan panggil Maria Jongang. Jikalau Remlee itu tonggek maka kita akan memanggil dia Ramlee Tonggek. Sekiranya Abu Bakar itu telinganya agak besar dan kembang kita akan panggil Bakar Capang. Atau jika Zainal itu botak, kita akan panggil dia
Zai Bo (dia kawan saya!).
Gelaran-gelaran berkenaan sepatutnya tidak disebut apabila berbicara kerana ia akan menimbulkan kemarahan dan kebencian, seterusnya boleh membawa kepada berdendam serta bermusuhan.
“Wahai orang-orang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok), dan janganlah pula perempuan-perempuan (mengolok-olok) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada perempuan (yang memgolok-olok).
Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) sesudah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11).
Semasa berziarah hari raya, saya berkata pada tuan rumah pertama yang saya mahu ke rumah Cikgu Ismail. Tuan rumah bertanya, “Cikgu Mail Panjang ya?”. Saya angguk, memang Cikgu Ismail itu orangnya tinggi (panjang?). “Oh… rumah dia sebelah rumah Pak Tam Bongkok. Sebelah belakang, rumah Mak Ngah Nyanyuk…”
Saya dan keluarga tersipu-sipu mendengarnya. Dalam hati saya berkata, agaknya diri saya ini apalah panggilan yang dia beri? Mungkinkah Sri Cantik, Sri Buruk atau Sri Gemuk? Aduhai…
Jangan ambil mudah, seorang Mak Hajjah amat kecewa apabila dia sudah berhabis wang beribu ringgit menunaikan haji cara pakej tapi orang tak panggil dia gelaran Hajjah.
Seorang Datin juga amat marah sekiranya gelaran Datinnya tidak disebut. Seorang Tan Sri juga begitu. Siap dia sebut namanya Tan Sri apabila dia berjabat tangan.
Tapi saya… tak apalah kalau tak sebut Puan Sri Diah sebab gelaran puan sri saya itu hanyalah nama samaran sahaja…

No comments:
Post a Comment