Apabila Niat tidak berniat betul
Saya tersenyum membaca berita sekumpulan kecil orang India, menamakan diri mereka sebagai Pasukan Tindakan Kebangsaan Hak Orang India (Niat), yang mendesak kerajaan memenuhi tuntutan luar biasanya.
Kumpulan ini diketuai seorang India Muslim yang kononnya bergelar Dato’ bersama bekas ketua Majlis Peguam, juga ketua penyokong LGBT.
Antara desakan mereka supaya kerajaan melantik Timbalan Perdana Menteri kalangan bangsa India selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13). Banyak lagi tuntutan lain, lebih lucu lagi mereka mendesak supaya bilangan menteri Kabinet India ditambah kepada tiga dan empat timbalan menteri.
Lelucon, mereka juga mahukan timbalan menteri besar India, di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Selain itu, kerajaan didesak menubuhkan Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Kaum Minoriti.
Persoalan saya, siapa mereka ini yang diberikan publisiti meluas di laman web ultra kiasu? Belajarlah dari sejarah. Jika mahu diwujudkan pun jawatan dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri, orang yang lebih layak adalah wakil dari Sabah dan Sarawak, bukannya orang India yang hanya mewakili 7 peratus, mahupun populasi Cina yang lebih besar, 25 peratus.
Sistem pembahagian jawatan Kabinet hari ini sudah cukup baik. Nasib minoriti sentiasa terbela. Suara-suara mereka sentiasa didengar kerajaan. Bandingkan dengan minoriti Islam di tempat atau negara lain. Hak dan suara orang Islam langsung tidak dipedulikan, malah dianiaya, diseksa dan dibunuh dengan kejam.
Tinjau-tinjaulah sama nasib umat Islam yang menjadi minoriti di tempat lain seperti Rohingya, Selatan Thai, Selatan Filipina, atau di mana-mana sahaja umat Islam menjadi minoriti. Nasib mereka tidak tentu keruan antara hidup dan mati.
Pendek kata, apabila umat Islam diperintah, umat Islam menderita. Manakala, apabila umat Islam memerintah, bukan Islam dan minoriti hidup senang-lenang. Hari ini mereka mahukan semua. Apa yang diperoleh orang Islam dan Bumiputera, mereka tidak boleh dikecualikan.
Siapakah yang perlu memberikan laluan dan mengorbankan haknya? Sudah tentu yang menjadi mangsa nanti adalah orang Islam. Nak harapkan ultra kiasu, mereka tidak akan mengalah walau seinci.
Sebab itulah sistem pentadbiran dan pengurusan politik di Malaysia nampak pelik. Mari kita lihat antara salah satu kepelikannya. Negara sekecil Malaysia mempunyai saiz Kabinet begitu besar. Terdapat 33 menteri penuh, tidak berbaloi dengan saiz dan bilangannya. Negara-negara lain yang saiznya berganda-ganda lebih besar daripada Malaysia, tidak ada bilangan menteri Kabinet yang begitu banyak. Ini tidak termasuk beberapa timbalan menteri dan beberapa jawatan khas yang diwujudkan, khusus untuk menjaga kaum tertentu.
Misalnya, Amerika Syarikat, saiz menteri Kabinetnya antara 15-23 orang, Australia 21, Japan 19, Britain, 23, Turkey 26, Arab Saudi 23, dan Thailand 26. Ringkasnya, amat jarang negara yang mempunyai menteri Kabinet melebihi 30 orang, hatta negara bersaiz begitu besar sekalipun.
Persoalannya, kenapa Malaysia sebagai antara negara-negara kecil di dunia, begitu ramai menteri Kabinetnya? Jawapannya tidak lain, meraikan kaum minoriti. Hak minoriti perlu dijaga kerana ia adalah tuntutan Islam.
Pemerintah yang mengamalkan diskriminasi dan penyelewengan, akan dicampakkan ke dalam neraka. Atas dasar inilah kita lihat seolah-olah sistem politik kita agak kelakar, tetapi unik dalam soal menjaga integrasi nasional dan perpaduan.
Lebih bernasib baik lagi, berbanding dengan orang Cina, tidak ada satu kawasan di negara ini yang majoritinya adalah orang India. Namun tetap diberikan laluan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Bandingkan dengan Singapura yang mana bilangan Melayu lebih ramai daripada orang India. Sejauh manakah kepercayaan diberikan kepada orang Melayu dalam Kabinet dan jawatan penting kerajaan? Begitu juga minoriti Islam di India, China dan lain-lain.
Nasihat kepada kumpulan Niat yang tidak berniat dengan betul, kalau sudah tidak ada kerja, duduk rumah diam-diam, jangan buat kacau. Ikutlah kepimpinan Mahatma Gandhi, selaku pemimpin besar dan ulung, yang sepatutnya mendapat layanan kelas pertama, apabila ditanya: “kenapa tidak menaiki keretapi kelas pertama”. Jawab beliau “kerana tidak ada kelas keempat”.
Tidakkah kita sedar apabila saiz Kabinet semakin besar, maka, selain daripada pertambahan tenaga kerja, prasarana lain dan bangunan turut bertambah. Pertambahan ini melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Maka tidak hairanlah perbelanjaan begitu tinggi. Sedangkan tugasnya kadangkala bertindan lapis.

No comments:
Post a Comment