Tuduhan pembalakan haram di Sabah
Satu tuduhan telah dibuat bahawa penebangan balak secara haram yang berskala besar dan berleluasa sedang berlaku di Sabah, yang mana hasilnya didakwa dilaburkan secara haram ke luar negara, seperti yang dilaporkan secara meluas dalam blog-blog dan yang amat mengejutkan kenyataan tersebut dibuat oleh pelbagai agensi akhbar antarabangsa, secara bercetak dan dalam talian.Satu angka bernilai AS$90 juta telah disebutkan sebagai "nest egg" (wang simpanan untuk kegunaan masa hadapan) atau hampir RM300,000,000.
Jika tuduhan ini benar, ia menggambarkan yang tidak kurang 1 juta meter persegi (m3) balak telah ditebang secara haram. Ia seperti merompak tidak kurang dari 20,000 hektar (50,000 ekar) bekalan hutan yang kaya dengan kayu-kayan.
Skala pembalakan ini, jika benar akan mewakili 50 peratus (%) balak yang dihasilkan daripada hutan semula jadi dalam tahun 2011 atau sebanyak 30% daripada pengeluaran balak di Sabah pada tahun 2012.
Jabatan Perhutanan mengakui bahawa penebangan secara haram berlaku di Sabah tetapi tidak mungkin menghampiri skala dan tahap sebagaimana yang didakwa. Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak berasas dan dibuat dengan niat tidak baik (Mal Fide) untuk merosakkan nama dan meremehkan usaha dan pengorbanan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Sabah, bagi mencapai tadbir urus hutan yang baik dan Pengurusan Hutan Mampan (SFM) dalam jangka masa yang sesingkat mungkin, walaupun dengan cabaran-cabaran kewangan ekonomi dan sosial.
Fakta-fakta untuk menyangkal tuduhan liar dan berniat jahat ini adalah seperti berikut:
n Tuduhan pembalakan haram (1 juta m3) yang seluas ini tidak mungkin terlepas daripada perhatian dunia secara umumnya. Suatu kawasan hutan yang kaya seluas 20,000 hektar yang telah dibalak dengan teruk secara haram akan dengan mudah dikesan oleh satelit-satelit dan menarik perhatian para NGO, pakar-pakar alam sekitar dan komuniti yang tinggal berhampiran. Tiada langsung kemungkinan yang membolehkan perbuatan tersebut dilakukan dan diluluskan tanpa disedari. Melainkan dan sehingga bukti kukuh dapat ditunjukkan, tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.
n Jika 50% pengeluaran tahunan balak dari Sabah didakwa dibuat secara haram, pasaran-pasaran dunia terutamanya yang peka seperti Eropah, Amerika Utara dan Jepun sepatutnya telah lama berhenti daripada membeli balak dari Sabah, dan implikasi-implikasi ekonomi dan kewangan yang besar sepatutnya telah memberi kesan teruk kepada negeri ini secara keseluruhannya. Ini tidak terjadi kerana pembalakan haram pada skala besar seperti yang didakwa tidak pernah berlaku.
n Lesen-lesen jangka panjang Sabah telah tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak tahun 2010, di bawah Malaysia-EC TLAS (Program Jaminan Balak Disahkan). Auditor-auditor bebas sepatutnya telah mengesan penebangan haram pada skala seumpama itu. Sebaliknya, Sabah sentiasa telus dan membiarkan pengurus hutannya terbuka kepada penelitian umum dan pihak auditor ketiga bagi mencapai kredibiliti yang diiktiraf dunia.
n RIL (Impak pembalakan dikurangkan) telah diperkenalkan dalam tahun 2009 dengan pelaksanaan penuh dalam tahun 2010, sekali lagi disahkan secara bebas oleh auditor-auditor pihak ketiga, sehubungan itu tuduhan penebangan haram yang berleluasa (20,000 ha sekurang-kurangnya) amat mustahil terlepas daripada perhatian auditor-auditor antarabangsa yang memang terkenal.
n Sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah separa atau sepenuhnya dipersijilkan di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (Majlis Pengawasan Hutan atau FSC, MTCS - Skim Pengiktirafan Balak Malaysia), PEFC - Skim Perhutanan Pan-European). Ini juga meliputi hutan di bawah Yayasan Sabah dengan sekurang-kurangnya 250,000 hektar bagi persijilan penuh dan 150,000 hektar hutan pensijilan separa.
Lebih banyak kawasan hutan sedang dikenal pasti untuk persijilan dan Sabah mensasarkan tahun 2014 sebagai tahun bagi kawasan-kawasan berlesen jangka panjang mendapat pensijilan sepenuhnya. Proses pensijilan ini bermakna pihak ketiga bebas dalam mengaudit di peringkat akar umbi untuk mengakses kredibiliti.
Jika pertuduhan sedemikian benar, kenapa Sabah terus dapat menarik perhatian badan-badan persijilan dan NGO, yang ingin menjadi rakan kongsi kerajaan dan membantu kita dalam mendapatkan tadbir urus yang boleh disahkan dan dipersijilkan?
n Seluruh dunia telah mengetahui yang Sabah adalah wilayah tropika pertama di seluruh dunia yang mempunyai satu kawasan hutan hujan yang diiktiraf di bawah Piawaian Emas bagi FSC dalam 1997. Contohnya Hutan Simpan Dermakot. Ini adalah satu kawasan contoh bukan sahaja untuk Malaysia tetapi dunia tropika.
n Wilayah-eko Ulu Segama-Malua di Sabah yang bersempadan dengan Lembah Danum juga merupakan lokasi kepada model GRASP dunia (Great Apes Succeed Project) di bawah UNESCO, dengan tidak kurang daripada 3,000 Orang Utan pada masa ini dilindungi di hutan yang diiktiraf FSC yang mana kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman, telah menghentikan sepenuhnya pembalakan pada 31.12.2007, selepas pengumuman dasar yang telah dibuat pada 15.3.2006.
Keputusan berani telah dibuat walaupun terdapat implikasi kewangan yang besar - kehilangan potensi hasil sekurang-kurangnya RM4 bilion. Kenapa perlu disimpan hutan-hutan hujan yang bernilai ini selamanya jika pentadbiran tidak jujur dalam menangani penebangan haram?
n Kawasan simpanan TPAS (Kawasan-kawasan dilindung sepenuhnya) di Sabah pada masa sekarang mencapai 1.3 juta hektar atau 20% kawasan Sabah keseluruhannya, malah melebihi piawaian IUCN sebanyak 10%. Penambahan terkini adalah sebanyak 180,000 hektar - 55,000 hektar koridor hidupan liar menghubungkan Maliu Basin, Imbak Canyon ke Danum/Ulu Segama dan pengklasifikasian semula Ulu Segama (130,000 hektar) ke status perlindungan sepenuhnya.
Perlu di nyatakan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sabah sekarang telah menunjukkan pengembangan terbesar dalam usaha peluasan TPAS dalam sejarah Sabah, di sebalik peluang konservasi.
n Di bawah kepimpinan beliau, SFM telah diperbaiki secara mendadak, lesen-lesen jangka pendek yang mengakibatkan kemusnahan besar kepada alam sekitar secara drastiknya telah diberhentikan dan kredibiliti pengurusan hutan Sabah adalah pada tahap tertinggi - menerusi falsafah keterbukaan di mana kawasan pengurusan perhutanan dan pembalakan adalah semuanya terbuka kepada penelitian pihak ketiga dan NGO. Kebaikan, keburukan dan kecacatan adalah didedahkan secara terbuka dengan niat memperbaiki piawaian dan amalan-amalan di peringkat dasar.
n Penurunan hasil hutan yang dirancang adalah satu strategi yang disengajakan untuk memastikan hutan-hutan diberikan peluang untuk pulih semula (sebanyak RM150 juta/ setahun pada masa sekarang berbanding kepada RM500 juta - RM1 bilion di dalam hutan) dan bekalan ditingkatkan semula dalam tempoh 20 tahun kemudian dan ini akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Adalah lebih mudah untuk mengambil pendekatan mengaut hasil hutan semata-mata dan mengabaikan pemuliharaan terutamanya dalam tempoh masa yang singkat. Jika dasar sedemikian diguna pakai hutan di negeri ini akan lupus di masa akan datang. Ini umumnya dikenali dalam ekonomi sebagai tragedi amalan biasa.
n Tuduhan-tuduhan yang liar dan tidak berasas sebenarnya mengakibatkan kemudaratan yang banyak kepada hutan hujan negeri Sabah dan bukan membantunya. Orang awam yang mudah terpengaruh akan berhenti membeli balak (sumber utama bernilai kewangan dalam sesebuah hutan) dari Sabah, menjadikan hutan hujan dan usaha-usaha SFM tidak bermakna dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Apabila hutan hujan tidak lagi mempunyai nilai ekonomi dan balak tidak boleh dijual, maka mereka akan terancam dengan penggunaan-penggunaan tanah alternatif. Jika SFM dan pemulihan tidak lagi bermakna dan membawa faedah kepada masyarakat, maka pastinya dasar-dasar digugurkan, walaupun kemajuan telah dicapai walaupun secara perit sepanjang tahun.
n Adalah diharapkan mereka yang telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas menyedari betapa besarnya kesan memberi informasi yang salah kepada dunia dan dalam proses tersebut, mereka akan mempunyai kesan yang merosakkan usaha pemuliharaan secara keseluruhannya.
n Kita mempunyai alasan kukuh bahawa tuduhan-tuduhan tidak berasas ini bermotifkan politik dan bukannya didorong oleh perasaan sayang kepada alam sekitar. Ia memesongkan dengan motif menggagalkan segala usaha Sabah dan momentum pembaharuan pengurusan hutan. Orang ramai seharusnya mengabaikan semua laporan yang berniat jahat dan membawa kebinasaan kepada Sabah.
No comments:
Post a Comment