Mantap tatasusila, elak kebiadaban
20 April 2012
Orang ramai sedang bercakap mengenai kebiadaban beberapa pemimpin PKR semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu. Mereka dijemput menghadiri majlis bersejarah penuh adat istiadat itu dalam kapasiti sebagai pemimpin, namun tidak menunjukkan sikap dan rasa hormat seperti sepatutnya. Justeru, kecaman pelbagai pihak terhadap mereka memang dijangka.
Kebiadaban mereka mengingatkan kita kepada peristiwa hampir sama, berlaku banyak tahun lalu membabitkan seorang pemimpin tertinggi DAP. Beliau dikatakan menghina Sultan Selangor, dan tidak mahu meminta maaf. Seingat saya, beliau ditampar seorang pemimpin masyarakat berstatus ‘Datuk’ kerana kedegilannya. Malah, hari ini pun, beliau sedang berhadapan dengan kes mahkamah kerana didakwa menghina Sultan Perak pula.
Sebenarnya, sikap biadab ini bagaikan sinonim dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. Pernah berlaku, pemimpin-pemimpin DAP enggan memakai songkok ke Dewan Undangan Negeri (Dun) padahal ini adalah sebahagian pakaian rasmi Ahli Dewan. Di Perak, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada DAP yang sengaja memakai pakaian yang melanggar protokol sewaktu Ke bawah Duli Sultan merasmikan pembukaan sidang Dun.
Sebelum ini, pernah tersiar berita dan gambar pemimpin wanita DAP yang masuk masjid atau surau tanpa pakai tudung, atau membantah azan Subuh kononnya mengganggu orang bukan Muslim sedang tidur. Ada juga mempertikai bantuan kerajaan kepada peniaga dan usahawan Melayu, dasar pendidikan negara dan kuota kemasukan pelajar Melayu ke IPTA. Ini semua perbuatan biadab kerana mencabar kontrak sosial dan peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Banyak faktor mendorong seseorang bersikap biadab atau mengamalkan politik biadab. Selain sifat peribadinya, mungkin juga untuk mendapat perhatian umum atau sokongan penyokong yang sepertinya. Namun, pada rakyat jelata, sikap seperti ini tidak boleh diterima, apatah lagi membabitkan kesucian agama Islam, kedaulatan Raja-Raja dan hak istimewa orang Melayu.
Pemimpin Melayu-Islam dalam Pas pula berdiam diri walaupun jelas ada pemimpin DAP dan PKR yang menghina agama Islam, Raja mahupun kedudukan orang Melayu. Malah, mereka menggalakkan lagi tindakan pemimpin DAP yang menghina dipertahankan pemimpin Pas.
Menurut Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, antara sebab Pas berbaik dengan DAP ialah kononnya untuk menyebar mesej Islam kepada mereka. Malah, beliau menyokong apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyamakan dirinya dengan pemimpin Islam Umar al-Khattab. Hakikatnya, bukan sahaja tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang faham atau masuk Islam, malah pemimpin parti cauvinis itu menjadi lebih berani dan keterlaluan kerana seolah-olah mendapat lesen daripada pemimpin Melayu-Islam Pas untuk bersikap biadab.
Akhir-akhir ini, nampaknya segelintir pelajar di IPT pula mengikut cara pemimpin-pemimpin pembangkang dalam cara meluahkan perasaan mereka. Memprotes di jalan raya bagaikan satu budaya baru, walaupun menyusahkan orang ramai dan merugikan banyak pihak.
Ada kalangan pemimpin pelajar menuntut yang bukan-bukan, bagaikan tidak sedar diri seperti cerita si-Tanggang. Dalam menuntut pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta pengecualian daripada membayar hutang Perbadanan Tabung Pengajian
Tinggi Negara, ada pelajar yang memanjat tiang untuk turunkan gambar Perdana Menteri, ada yang sanggup tidur atas jalan raya, ada juga yang berlawan dengan polis.
Namun, memahami fitrah orang muda, kelonggaran diberi kepada pelajar, termasuk pindaan kepada beberapa peruntukan Auku yang membenarkan mereka bergiat dalam politik luar kampus. Mungkin ada kalangan pelajar yang ingin menjadi Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Tuan Ibrahim atau Ibrahim Ali apabila keluar universiti nanti. Boleh saja.
Berkaitan perkara ini, saya teringat tulisan Sasterawan Negara Datuk Dr Usman Awang lebih kurang 20 tahun lalu: Katanya, ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, ada kalangan mahasiswa yang menimbulkan pertanyaan berupa bantahan kenapa beliau tidak membenarkan mahasiswa bertindak seperti pernah dilakukan pada zaman beliau sendiri menjadi mahasiswa. Anwar memberi jawapan: “Silakan bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi mahasiswa. Tapi bersedialah, seperti saya dulu, untuk masuk penjara.”

No comments:
Post a Comment