Mislina Mustaffa : Occupy Dataran, Freedom & Bela Anjing
AIDCNews – 11/09/12 – Masih ingat lagi wanita berwatakan ekstrim, berkepala botak, pakai baju t-shirt, berseluar pendek dan merokok ketika menyertai ‘Occupy Dataran’ berkhemah di Dataran Merdeka, April lalu ?
Namanya Mislina Mustaffa, simbol wanita yang memperjuangkan ‘freedom’ atau kebebasan yang kini sering diperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan secara kebetulan, Anwar juga hadir menziarahi peserta ‘Occupy Dataran’, walaupun tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ketua Pembangkang.
Istilah ‘Occupy’ merupakan istilah baru yang merujuk kepada gerakan masyarakat sivil (civil society) yang berdemonstrasi di Zuccotti Park, Pusat Kewangan Wall Street, New York.
Kebanyakan media alternatif Barat menuduh penyangak matawang Yahudi, George Soros mendalangi aktiviti ‘Occupy’ dengan menaja melalui yayasannya, Open Society Institute (OSI) untuk merealisasikan cita-citanya untuk mewujudkan ‘open society‘ atau masyarakat terbuka.
“Sebuah masyarakat yang bukan-autoritarian.. Kebebasan politik dan hak asasi manusia adalah asas masyarakat terbuka…Kemanusiaan, kesaksamaan dan kebebasan politik adalah ciri-ciri asas masyarakat yang terbuka..Sebuah masyarakat yang terbuka dikaitkan dengan pluralisme agama dan budaya, ia sentiasa terbuka kepada perubahan kerana ilmu tidak pernah selesai dan sentiasa berterusan.”lapor wikipedia ‘Open Society‘.
Seperti yang diterjemahkan melalui Occupy Dataran, Mislina menterjemahkan lagi makna kehidupan kebebasan.
“Berbeza dengan hidup saya sekarang ini, rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis,”katanya kepada Mstar yang menegaskan kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah, berkahwin dan berkeluarga.
Kini, mynewshub melanjutkan lagi makna kebebasan yang dipraktikkan Mislina.
Portal itu mendedahkan Mislina bermain dengan anjing kesayangannya bernama ‘Atan’ yang kejar mengejar di taman (lihat rakaman video di sebelah).
“Adakah Mislina Mustaffa produk plurisme agama yang dikaitkan dengan salah seorang pemimpin utama pembangkang?,” soal portal itu.

No comments:
Post a Comment