Talam dua muka tiada kredibiliti
17 Februari 2012
Asia Tenggara mempunyai antara konsentrasi orang Islam terbesar di dunia. Penduduk Muslim di Indonesia melebihi kesemua penduduk Islam di negara-negara Timur Tengah. Kerajaan dan pemimpin Islam Asia Tenggara juga bersikap moderat. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pelopor Gerakan Moderat Sedunia, yang mendapat sokongan pemimpin dan masyarakat global sebagai kaedah berkesan memerangi keganasan.
Logiknya, inilah masa dan keadaan terbaik untuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat mengambil langkah munasabah bagi mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Islam Asia Tenggara andainya mereka ingin berjaya dalam usaha membanteras ekstremisme dan terrorisme. Malangnya, kegagalan dasar luar Amerika serta kurangnya sensitiviti pemimpin negara itu adalah memalukan dan telah memudaratkan keamanan sejagat.
Ini pandangan Christopher Bond (Senator Republikan empat penggal dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Senat Mengenai Perisikan) dan Lewis M. Simons (Pemenang Hadiah Pulitzer dan wartawan penyumbang kepada National Geographic, New York Times dan Washington Post).
Dalam buku The Next Front: Southeast Asia and the Road to Global Peace with Islam (John Wiley & Sons, Inc. New Jersey, 2009, 276 hal), mereka menulis: “The level of insensitivity by (American leaders) still causes people to shake their heads in wonder at American’s stunning ignorance...Americans rarely pay serious attention to other nations until they suddenly perceive them to be a threat. They then find themselves woefully lacking in information and understanding.”
Untuk menghasilkan buku ini, mereka datang ke Asia Tenggara untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkembangan Islam, politik, ekonomi dan cara hidup masyarakat di sini. Daripada perbincangan dengan ramai pemimpin, penganalisis, tokoh agama dan orang awam, mereka berpendapat Asia Tenggara adalah ‘kunci’ kepada usaha pentadbiran Barack Obama untuk memulihkan imej Amerika di mata dunia, terutama kalangan orang Islam. Pendekatan yang sesuai mesti diambil untuk memperbetulkan dasar-dasar yang terbukti gagal.
Mereka juga mendapati semangat keislaman semakin tebal dan sentimen anti-Amerika meninggi di Asia Tenggara. Dasar luar Amerika terhadap Iraq, Pakistan dan Afghanistan, retorik perang dan sekatan ekonomi terhadap Iran, skandal penjara Abu Ghraib dan penahanan orang Islam di Guantanamo Bay adalah antara punca kemarahan terhadap Amerika.
Namun, paling sensitif ialah sikap berat sebelah Amerika kepada Israel berkaitan isu Palestin. Inilah punca kemarahan dunia Islam terhadap Amerika. Manakala penulis Amerika seperti Bond dan Simons faham situasi, anehnya Ketua Pembangkang yang menonjolkan dirinya pemimpin Islam begitu jahil terhadap sentimen ini dan boleh menyokong pula keselamatan negara Israel seperti kenyataannya dalam Wall Street Journal baru-baru ini. Sudah tiga minggu berlalu sejak kenyataan itu dibuat, beliau tidak menarik balik dan tidak pula menyaman
akhbar itu.
Patutlah dia di'belasah’ banyak pihak, termasuk Duta Palestin ke Malaysia Abdel Azeez Abughoush. Malah para pemimpin Pas - parti komponen Pakatan Rakyat -menganggap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu pengkhianatan kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, rakyat Palestin dan seluruh umat Islam.
Berbeza dengan sikap pemimpin Umno. Dalam temubualnya dengan Bond dan Simons, Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) menekankan perlunya Amerika bertindak lebih adil dalam isu Palestin. Tegasnya, isu Palestin-Israel tidak perlu menjadi zero-sum game (menang ambil semua, kalah habis semua) bagi Amerika jika ia benar-benar ingin memperbaiki hubungan dengan umat Islam Asia Tenggara.
Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang turut ditemuramah, melahirkan kekecewaan terhadap pembohongan Presiden George W Bush. Dalam pertemuan mereka di White House pada Julai 2004, Presiden Bush memberi jaminan bahawa beliau menghormati demokrasi dan berjanji tidak memberi tekanan ke atas negara-negara Islam untuk menerima demokrasi ala Amerika. Tetapi tidak lama kemudian, membuat pengumuman untuk tidak mengiktiraf atau bekerjasama dengan pihak Hamas yang dipilih secara sah oleh rakyat Palestin untuk tubuh kerajaan. “That’s why people are angry and why there’s so much hatred toward (United States).”
Pendek kata, dalam isu Palestin dan memperjuang hak umat Islam, pemimpin Umno lebih jelas dan tegas. Soal maruah, integriti dan kredibiliti tidak dikompromi. Mereka tidak bertalam dua muka seperti Anwar.

No comments:
Post a Comment