Ngeh perlu belajar politik lagi
20 September 2012
Hanya terdapat satu sahaja matlamat bagi mereka yang bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims – menghina Nabi Muhammad SAW.
Seolah-olah merasakan umat Islam seluruh dunia telah melupakan novel The Satanic Verses karya Salman Rushdie, pembiaya dan pembuat filem yang tersiar di YouTube ini sekali lagi dengan sengaja melakukan ‘kebodohan jitu’, menguji reaksi umat Islam dan meletakkan dirinya dalam bahaya.
Banyak perkara boleh dilakukan di dunia ini, tetapi bagi sesetengah manusia mereka memilih untuk membuat bendabenda bodoh seperti ini, dan apa yang dianggap sebagai lebih bodoh lagi ialah apabila ada pihak tertentu yang tiada kena mengena dengan Islam mempersoal hak orang Islam untuk bertindak apabila agamanya dipersenda orang lain.
Mungkin kebodohankebodohan seperti inilah mendorong cerpenis dan penulis skrip terkemuka Amerika Syarikat, Harlan Ellison mengabadikan katakata:
“Dua elemen yang paling mudah didapati di dunia ini ialah gas hidrogen dan ‘kebodohan manusia”.
Di Malaysia, ramai membantah dan melahirkan reaksi kecaman ke atas filem Innocence of Muslims. Sebagai tokoh masyarakat dan pemimpin kepada sebuah parti dianggotai majoriti umat Islam, tentulah tidak salah bagi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut sama mengecam filem tersebut.
Selama ini pun Khairy sudah membuktikan dirinya bukan penakut untuk membuat sesuatu kenyataan walaupun ada kalanya tampak tidak selari dengan partinya dan kerajaan.
Untuk ini Khairy juga tidak takut untuk menyatakan yang hak dan mendahului pemimpinpemimpin Islam lain atau dari parti lain yang sepatutnya sudah membuat kenyataan lebih awal mengecam filem tersebut.
Tetapi nampaknya disebabkan perkiraan politik, mereka kelihatan kecut untuk tampil mengecam keras filem yang menghina Islam. Kalau tersilap cakap nanti kecil hati pula rakanrakan dalam DAP. Kalau DAP berkecil hati, nanti tak diberikan pula kerusi Parlimen/DUN kawasan Cina dalam PR13 akan datang.
Tidak lama selepas kenyataan Khairy itu, media melaporkan Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham mempertikai tujuan bantahan klip video anti lslam itu.
Ngeh walaupun dalam Twitter cuma menggunakan soalan kepada isu berkenaan, namun apa yang tersirat lain. Cuba kita petik apa yang dikatakan tempoh hari: Khairy wants Muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are Muslims wasting too much time and energy on this?’ (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. untuk Islam atau kepentingan politiknya. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?)
Kalau kita melayari internet, ramai merasakan kenyataan Ngeh ini cukup dangkal. Sebagai ahli politik Malaysia, beliau sepatutnya bersama orang Islam di Malaysia turut sama mengecam filem itu.
Kalau tidak bersetuju dengan Khairy sekalipun disebabkan perkiraan politik, tidak perlulah membuat kenyataan menghiris hati umat Islam. Maka tidak syak lagi, benarlah seperti dikatakan oleh Harlan Ellison.
Tidak ada sesiapa merasakan kenyataan Khairy itu akan memberikan milage politik kepada beliau. Lagipun Khairy bukannya dari parti Pas, sebaliknya kenyataan Ngeh itu merupakan satu provokasi dan memperlihatkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap Islam, yang menjadi agama rasmi negara, yang mana beliau adalah seorang rakyatnya dan lebih-lebih lagi seorang pemimpin.
Sebagai reaksi kepada kenyataan Ngeh, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap kenyataan atau twit Ngeh, walau dalam bentuk soalan, satu provokasi kepada sensitiviti umat Islam.
Kata Dr Zambry dalam satu sidang akhbar “Ngeh seorang beragama Kristian. Tetapi setahu saya, kalangan penganut Kristian juga marah dengan perbuatan penerbit filem itu.
“Apa akan jadi jika ada pihak lain buat filem mengenai Nabi Musa atau Jesus itu anak siapa... begitu juga mengenai Abraham atau David. Setahu saya penganut agama Yahudi juga tidak suka sekiranya nabi mereka dipersenda dan dihina demikian rupa,”
Tepat apa yang dikatakan oleh Dr Zambry. Cuma, bukan sahaja Ngeh tidak menyedari hal ini tetapi juga tidak menyedari bahawa kenyataan twitnya itu sendirilah yang bertujuan mendapatkan mileage politik walaupun ia jauh dari merupakan cara bijak, tetapi sebaliknya merupakan satu cara yang amat…

No comments:
Post a Comment