Bahaya penyakit mulut, lemah ingatan
Tarikh : October 22, 2011
Akhir-akhir ini, ramai juga pemimpin pakatan pembangkang menghadapi masalah kesihatan. Sebaik berakhir perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, ada pemimpin tertingginya dikejarkan ke hospital. Ada juga yang kena pakai penyokong leher dan berkerusi roda akibat cedera.
Ada berkerusi roda tetapi boleh berceramah kemudian mengakui hadapi masalah lupa. Dia tidak berapa ingat apa dia cakap seminggu sebelum itu. Terbaru, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, beliau tidak ingat apa yang dicakapkan mengenai Johor beberapa hari sebelumnya.
Dalam pada itu, para pemimpin Pas, DAP dan PKR yang ada mulut dan boleh bercakap tidak dibenarkan pula bercakap. Keputusan ‘tutup mulut’ yang dibuat secara sepakat diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pada 26 September lalu.
Mereka tidak dibenarkan lagi mengulas mengenai ketegasan Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Sebaik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan itu, reaksi pemimpin DAP cukup keras sehingga timbul cabar-mencabar antara pemimpin kedua-dua parti, termasuk ugutan DAP untuk keluar Pakatan Rakyat.
Bagi meredakan keadaan, semua diarah tutup mulut. Tapi ini bukan kali pertama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dihidapi ‘penyakit mulut dan gusi’. Malah, ia adalah kaedah lazim yang diguna pakatan pembangkang apabila menghadapi isu-isu dasar seperti ideologi berbeza, pembahagian kerusi pilihan raya dan idea berlainan bagi melaksanakan sesuatu program.
Tujuannya ialah untuk tidak menunjukkan kepada rakyat masalah besar yang mereka hadapi. Tapi tidak berkesan kerana rakyat tahu dan boleh nampak betapa longgarnya ikatan antara parti-parti komponen pakatan pembangkang berpunca daripada perbezaan fundamental yang cukup luas dan serius. Usaha menutup mulut bagi menutup isu dasar boleh diibaratkan seperti menutup bangkai gajah dengan nyiru.
Ini bukan pun kali pertama ia berlaku. Di Pulau Pinang, apabila wakil rakyat Jelutong dari DAP mengkritik seorang Exco juga dari DAP berhubung permohonan rumah kos murah di negeri itu, Guan Eng mengarahkan mereka ‘tutup mulut’.
Di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim arahkan semua ‘tutup mulut’ ekoran polemik beliau dengan Datuk Mohamed Khusrin Murawi, yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri awal tahun ini. Pada 2009, beliau pernah arahkan semua Exco ‘tutup mulut’ mengenai kontroversi penjualan arak di Selangor.
Pada 5 Ogos 2011, dua hari selepas berlakunya insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) atas laporan adanya usaha memurtadkan orang Islam, beliau sekali lagi arahkan semua Exco ‘tutup mulut’. Paling ketat mulut dikunci ialah Datuk Dr Hassan Ali, Exco Pas yang menjaga hal ehwal agama di Selangor, sehingga hari ini.
Apa mesej arahan ‘tutup mulut’ ini? Pada hal, pemimpin perlu memaklumkan perkembangan sesuatu isu kepada rakyat. Rakyat berhak tahu. Mereka yang melantik pemimpin dan wakil rakyat. Menafikan hak rakyat mengetahui perkara sebenar tidak selesaikan masalah.
Ada pihak berpendapat ini menunjukkan sikap hipokrasi pemimpin Pakatan, yang kononnya memperjuangkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan kebebasan bersuara. Malah, dalam banyak kes, mereka tidak menunjukkan sikap toleran kepada media.
Kerajaan Pas di Kelantan (juga pernah di Terengganu) sering menghalang wartawan media perdana menjalan tugas atas alasan tidak memberi laporan yang benar. Sekarang, Guan Eng juga melakukan perkara sama.
Bagi mereka, prinsip kebebasan media hanya wujud apabila laporan memuji dan menyokong pihak mereka serta mengkritik pemimpin dan dasar kerajaan Barisan Nasional.
Dalam kesemua kes yang saya sebutkan di atas - termasuk kontroversi kenyataan Mat Sabu mengenai komunis adalah wira, siasatan Jais di DUMC mahupun keinginan Pas melaksanakan hudud di Kelantan - pihak pembangkang menuduh Barisan Nasional dan Umno sebagai dalang. Tuduhan dibuat sesedap mulut, tanpa bukti. Inipun boleh dikira satu penyakit juga.
*Semua pandangan yang dikemukakan adalahpendapatperibadipenulisdantidak mewakilipendapatSinarHarian. Pihak kami telahmenyuntingartikel supaya lebih jelasdanringkas untuk memudahkan kefahaman pembaca.

No comments:
Post a Comment