Jangan terlalu defensif bila dikritik
27 Ogos 2012
Wartawan Malaysianinsider, Zebra Chong, sekali lagi mensensasikan artikel saya mengenai gerakan Kristianisasi di Asia Tenggara, dengan tokok tambah. Artikel saya hanya mahu menyedarkan umat Islam mengenai Kristianisasi. Pihak Kristian tidak kurang juga mengutuk Islam.
Saya tidak menafikan hak Kristian untuk mendakyahkan agamanya. Tetapi dalam konteks Malaysia, pendakyahan tidak boleh dibuat sewenang-wenang seperti insiden terbaharu di Pulau Pinang.
Benar, ramai umat Islam yang miskin tidak dibantu oleh umat Islam atau institusi Islam itu sendiri. Saya ucapkan terima kasih usaha golongan Kristian membantu, tetapi janganlah ada udang di sebalik batu.
Saudari Zebra perlu ingat, keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia, juga negara Islam lain. Agama Islam dilindungi Perlembagaan. Walaupun umat Islam berada dalam kesempitan, pihak Kristian boleh tampil membantu, tanpa niat untuk berdakyah atau memperlekeh agama Islam atau Nabi Muhammad SAW atau boleh juga menyalurkannya kepada pihak NGO Islam atau institusi kerajaan misalnya, untuk disampaikan kepada sasaran. Ini tidak, mereka akan berdakyah terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan.
Di Indonesia, mubaligh Kristian tampil memberikan bantuan ketika umat Islam berada dalam kesusahan dan kemiskinan. Misalnya, ketika berlaku tsunami Acheh, merekalah yang paling awal dan pertama tampil ke hadapan memberikan bantuan. Alhamdulillah, ini adalah sikap terpuji. Tetapi lakukan dengan ikhlas.
Mengikut kajian, umat Islam yang sedang dilanda kemiskinan, malapetaka dan tidak arif mengenai agama sendiri akan lebih mudah dipengaruhi. Masyarakat Indonesia bersifat terbuka yang memudahkan mereka terpengaruh. “Rakyat Indonesia berfikir dengan hati. Jika kamu dapat memenangi hati mereka, kamu akan memenangi jiwa mereka” (Zahir Zainudin: 1 Julai 2007).
Maka tidak hairanlah sebuah negara yang dahulunya hampir 100 peratus Islam, kini hanya tinggal 83 peratus sahaja, mungkin menurun lagi. Misionari Cina Kristian Malaysia dan Cina Kristian Indonesia, begitu aktif berdakyah, mengalah misionari Kristian Barat. Mereka mempunyai kekuatan ekonomi. Kebanyakan pasar raya, hospital dan bangunan mereka mengutamakan perayaan Kristian berbanding hari kebesaran Islam. Pusat komersial mereka dilengkapi dengan gereja sebagai daya tarikan. Bagaimana dengan kita?
Kadangkala, kita tidak wajar menyalah misionari Kristian semata. Kita sendiri yang bersalah. Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan. Ketika memberi taklimat dan memungut zakat, mereka tersenyum lebar sampai telinga. Bila sampai bab pengagihan, kenapa muka masam mencuka?.
Kita sepatutnya mencari mereka yang memerlukan seperti dilakukan Khalifah Umar al Khattab dan Umar Abd Aziz. Bukan menunggu mereka datang kepada kita. Di sini kelebihan misionari Kristian.
Kita seronok kerana dapat mengumpulkan zakat begitu banyak. Kita suka tengok wang itu, kita laburkan, kita bina bangunan pencakar langit untuk menunjukkan kehebatan kita. Kita tidak sedar betapa ramai yang kecewa dengan Islam, disebabkan perbuatan kita.
Sepanjang kajian saya, dalam jawatan kuasa agihan zakat, tidak ada seorang pun mualaf atau OKU yang dilantik menjadi ahli lembaga. Jika adapun satu atau dua buah negeri sahaja. Semua mereka kalangan yang ‘bergelar’ dilantik menjadi ahli lembaga. Kelayakan tidak diambil kira.
Saya bersetuju dengan saranan Shaharul Anwar Shafie (14 Ogos 2012), pihak yang menguruskan dan pemegang amanah zakat di seluruh negara lebih suka menjadi “tuan” di pejabat dan lebih suka orang ramai datang menagih meminta bantuan zakat. Sememangnya rasa gembira mendengar kutipan zakat tahunan yang bernilai puluhan dan ratusan jutaan ringgit tetapi yang menjadi tanda tanya ke manakah wang tersebut disalurkan.
Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana mengaudit akaun zakat. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh di setiap negeri. Ini dapat mengelakkan fitnah terhadap institusi Islam yang menjaga amanah harta ini. Selaku ‘mualaf’, beberapa kali telah saya nyatakan karenah birokrasi dan menganggap wang zakat itu kepunyaan bapak kita, hendaklah dielakkan. Institusi Islam sebegini perlu menjadi contoh kepada yang lain.
Saranan saya keluarlah daripada pejabat berhawa dingin itu. Carilah penerima zakat seperti OKU, sebelum pihak lain atau misionari Kristian cari mereka. Tiada gunanya kita bising, apabila orang lain sudah mendekati mereka dan mereka telah murtad seperti yang telah berlaku. Paling baik, wajibkan OKU sebagai asnaf zakat.

No comments:
Post a Comment