Mati pasti, hidup perlu diteruskan
6 September 2012
KEMATIAN tidak pernah datang meminta izin untuk mencabut nyawa. Malaikat mencabut nyawa yang mendampingi kita di kiri, kanan, depan dan belakang juga tidak pernah memberi peringatan nyata.
Melainkan ada naluri kecil yang menunjukkan perubahan itu secara tidak disedari.
Saya sedang membaca buku PUJUKLAH RASA, tulisan Dr Rubiah K Hamzah terbitan Karya Bestari Sdn Bhd tatkala berita kematian dua pelajar Malaysia dalam satu kemalangan jalan raya di Moscow, Rusia. Kebetulan pembacaan saya ketika itu tiba pada bab – Rasakan Adanya Dunia Di Sana di halaman 260.
Berita mengejutkan itu samalah seperti saya menerima berita kematian datuk kesayangan yang meninggal tiba-tiba sebaik sejam keluar dari rumah. Kehilangan apalagi kematian secara mengejut memang insiden amat menyakitkan. Justeru saya amat memahami apa yang keluarga dua pelajar ini rasai.
"… dan seorang pun tidak akan mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun mengetahui di bumi manakah dia akan mati." (Luqman:34). Peringatan ini sangat jelas bahawa, "kita tidak mampu melambatkan barang sesaat pun dan tidak (pula) mempercepatkannya." (al- A’araf:34)
Sudahkah kita bersedia? Kematian terjadi dengan beberapa sebab. Ada juga kematian yang berlaku tanpa sebab. Justeru, latihlah jiwa agar kematian kita itu menjadi satu hadiah seperti mati syahid. Insaflah. Jangan mati kita menjadi satu musibah kerana ia berlaku pada semua peringkat umur, di mana-mana sahaja dan pada setiap masa.
Saya selalu mengingatkan diri dan sahabat bahawa kematian adalah saat manis yang pasti kita tempuhi sekiranya sentiasa bersedia. Saat itu tinggallah orang yang disayangi, pekerjaan, harta benda yang ada… semua itu sudah tidak bernilai lagi di negara abadi. Bersedia menanti mati haruslah dengan iman, dengan saratnya kebaikan yang akan kita bawa menghadap kembali pada Pencipta.
Kepada wanita dan isteri suka saya hendak berkongsi tulisan Ust Pahrol ini; Kita tidak tergamak, bermusuhan sesama saudara, sesama sahabat dan sesama Islam kalau kita sentiasa ingatkan mati. Kita tidak akan berdendam, marah, memfitnah dan melakukan pelbagai penganiayaan jika sedar kita sendiri akan menghadap ALLAH yang mengetahui tentang kita segala dan semuanya. Baik, mulia, agung dan hebat sangatkah kita?
Wahai diriku dan saudara-saudaraku, mari kita kenangkan saat berpisah yang pasti menjengah. Kenangkanlah saat yang dibimbangkan orang-orang yang soleh itu. Hayati apa yang ditangisi Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA itu. Mereka mengikut jejak kekasih mereka Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati mati. Itulah sumbu bagi pelita kehidupan mereka. Tanpa ingat mati, apalah guna hidup ini…
Sejak Baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya, yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, pada tahun dukacita itu Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan.
Selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, Baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib, Baginda kehilangan perlindungan.
Mengingati kisah ini sebagai pendorong, anggaplah kematian sebagai satu kehilangan biasa kerana kehidupan mesti diteruskan. Meski kematian dua pelajar itu amat menyentap hati, sama seperti saya kehilangan arwah datuk yang meninggal dunia kerana ditikam mengejut, ada banyak lagi tragedi sadis yang dialami orang lain.
Kita sama sahaja. Ya… hidup ini keras perasaan!

No comments:
Post a Comment