Wednesday, 26 September 2012

ISMA – Jangan Berkompromi Dengan Musuh Atas Nama Keadilan


AIDCNews – 25/09/12 – Pengerusi Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Sharipudin Abd. Kadir menegur sesetengah pejuang Islam yang bersekongkol dengan musuh sendiri atas nama menuntut keadilan.
Menurut beliau keadilan yang diperjuangkan sewajarnya ditakrifkan berdasarkan kefahaman keadilan Islam dan ia tidak harus tercalit walau sedikit pun dengan najis LGBT, liberalisme, Kristianisasi, Syiah dan ideologi lain.
“Jangan sekali kali kita bina kekuatan bersama mereka atas alasan menuntut keadilan. Keadilan yang kita perjuangkan adalah keadilan Islam. Keadilan yang meletakkan Islam ditempat asalnya.
“Bukannya keadilan yang dituntut bersama LGBT,Liberalisme,Kristian,Syiah dan lain-lain lagi. Kekuatan dan keadilan Islam tidak dapat dijaga dan diperjuangkan dengan mereka yang menentang Islam sama ada secara sulit lebih-lebih lagi secara terang terangan,”katanya di facebook sharipudin.abkadir
Sebelum ini, Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman meluahkan kerisauan apabila terdapat beberapa kumpulan badan Islam turut tersenarai dalam menyatakan sokongan kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang telah didedahkan menerima dana asing.
“Di kalangan gerakan dakwah, di kalangan NGO Islam, sepatutnya mereka faham, dalam kita nak melaksanakan tugas amal makruf nahi mungkar, dakwah dan sebagainya, kita kena tahu batas-batas kerja kita.
“Jadi kita tidak boleh, semata-mata kerana kita tak suka atau kita benci kepada pihak-pihak yang tertentu di dalam negara kita, (lalu) kita membenarkan diri kita untuk digunakan oleh pihak luar yang tentu sekali mempunyai kepentingan dan maslahah mereka,”katanya.

No comments:

Post a Comment