Peranan umat Islam baiki imej
Tarikh : November 4, 2011
Dunia Islam pernah mempunyai hubungan yang baik dengan Barat. Tetapi selepas Peristiwa 9/11, orang Islam dan Barat saling tidak mempercayai lagi. Samuel Huntington, seorang sarjana Amerika, membuat teori berlakunya pertembungan peradaban kerana Islam tidak secocok dengan pemodenan.
Ramai sarjana dan tokoh Barat yakin bahawa Islam menganjurkan keganasan, menyokong pengebom berani mati dan mempunyai nilai yang bercanggah dengan prinsip demokrasi dan kebebasan.
Orang Barat, terutama di Eropah dan Amerika Syarikat, sebenarnya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai Islam. Sehingga hari ini, hubungan kuasa dan orang Barat dengan negara dan masyarakat Islam belum pulih daripada serangan Pusat Dagangan Dunia di New York 10 tahun lalu.
Sebagaimana kesangsian Barat terhadap orang Islam, begitulah juga pandangan negatif umat Muslim sedunia terhadap kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Imej Amerika Syarikat dan Presiden Barack Obama dalam kalangan masyarakat Islam sangat rendah.
Kajian terbaru Pew, misalnya, menunjukkan 99 peratus rakyat Jordan anti-Amerika. Ini selaras dengan laporan US Advisory Group on Public Diplomacy untuk dunia Islam dan Arab pada tahun 2003 yang menyatakan bahawa kemarahan terhadap Amerika Syarikat telah mencapai tahap sangat mengejutkan.
Prejudis dan kebencian turun-temurun terhadap Islam perlu diperbetul. Seperti umat Islam, orang Kristian juga diajar berbaik-baik dengan pihak lain termasuk musuh. Tetapi yang memburukkan keadaan ialah dasar negara-negara Barat. “Today, Western people must become aware that during the last century, their foreign policy has contributed to the present crisis,” kata Imam Feisal Abdul Rauf, dalam bukunya “What’s Right With Islam” (New York, 2004).
Namun begitu, tanggungjawab memperbaiki hubungan Islam-Barat juga terletak di tangan orang Islam. Tokoh agama, Karen Amstrong, berkata masyarakat Islam kena hidup seperti ajaran Quran. Banyak nilai Islam yang sama dengan nilai orang Barat. Sejarah Islam menunjukkan masyarakat Islam lebih toleran dan plural berbanding dunia Kristian Eropah.
Justeru, umat Islam perlu cekal dan menunjukkan contoh yang baik. Mengguna keganasan menentang hegemoni Barat adalah counter-productive. Amal cara hidup mengikut nilai yang diajarkan al-Quran seperti keadilan dan kesaksamaan, bantu membantu dan berbaik-baik dengan orang lain. Beliau percaya dengan cara ini, penerimaan Islam dan Muslim di kalangan masyarakat Barat akan lebih mudah, cepat dan munasabah.
Sebagai contoh, komuniti Kristian Katolik sewaktu Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan cuma satu peratus. Mereka adalah golongan minoriti yang dibenci. Tetapi paderi-paderi Katolik tidak putus asa. Mereka dapat mengembang ajaran dengan meluas serta menonjolkan nilai-nilai yang disanjung rakyat Amerika seperti kebebasan, persamaan, ketelusan dan kemodenan sehingga akhirnya dapat diterima masyarakat umum mulai tahun-tahun 1960an.
Penganut Katolik 100 tahun lalu tidak terfikir satu hari nanti ada Presiden Amerika daripada penganut agama ini. Umat Islam sedunia boleh mengambil iktibar. Ini penting kerana seperti yang disebut Imam Feisal, umat Islam juga tidak lari daripada memiliki sikap yang tidak baik dan menyalahgunakan agama.
Ada yang membuat tafsiran atau mengeluarkan fatwa yang berkepentingan. Ada yang bertindak melulu, malah ada yang cenderung fokus kepada hal-hal perbezaan daripada mencari titik persamaan. Justeru, masyarakat Barat berhak menuntut orang Islam agar cermin kelemahan dan kekurangan diri sendiri, memperbetulkan diri dahulu sebelum kita menuding atau mengutuk pihak lain.
Sebagai permulaan, beliau mencadangkan orang Islam untuk menjadi anggota masyarakat yang baik walau di negara mana mereka tinggal. Orang Islam harus menjalani kehidupan sebagai anggota masyarakat yang menyumbang idea, tenaga dan kewangan kepada kemakmuran, pembangunan dan keamanan komuniti di mana mereka tinggal atau bekerja.
Mereka harus menjadi model umat Islam yang membina dan mampu berdialog atau berkomunikasi dengan baik. Pasti ini dapat memperbaiki imej semua Muslim dan memperbetul persepsi Barat terhadap agama Islam.

No comments:
Post a Comment