Monday 24 September 2012

Zahid : SUARAM Bawa Agenda Asing


AIDCNews – 24/09/12 – Walaupun mengakui badan bukan kerajaan (NGO) ditaja dana asing bukan perkara baru, namun penglibatan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dalam politik Malaysia adalah membawa agenda asing kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Apabila dana luar disalurkan kepada SUARAM melalui sebuah syarikat sdn bhd dan SUARAM menjadi pengkritik sosial kepada dasar dan pelaksanaan program-program kerajaan.
“Ertinya secara tidak langsung mengizinkan pihak luar untuk menggunakan SUARAM bagi menentukan acuan politik di Malaysia. Ini tidak dapat diterima,”katanya.
Ahmad Zahid juga turut menjelaskan IKD, Institut Kajian Dasar, sebuah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah menerima dana asing dari Jerman, Konrad Adenauer Foundation.
“Dulu, IKD,Institut Kajian Dasar memperolehi dana daripada Jerman, daripada Konrad (Adenauer Foundation).
“Sewaktu itu Datuk Kamaruddin Jaafar, ahli parlimen PAS Tumpat, jadi pegawai eksekutifnya,”katanya lagi.

No comments:

Post a Comment