Transformasi pendidikan perlu tegas
17 September 2012
Saya begitu teruja untuk mengulas pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar bertajuk “anak muda kini tidak patriotik langsung!” dalam akhbar ini minggu lalu. Beliau menyalahkan orang tua seperti ibu bapa, kerana tidak menanamkan semangat ini. Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat tersebut, kerana kita semuanya dicorakkan oleh sistem pendidikan yang dilalui semasa kecil sehinggalah dewasa dan menjadi tua.
Sistem pendidikan yang bercorak perkauman adalah punca segala-galanya, kerana sistem inilah melahirkan insan yang bergelar ibu bapa atau orang tua hari ini. Setiap kaum memperjuangkan pendidikan dan cara hidup masing-masing, tidak ada kompromi. Sebarang campur tangan akan ditentang habis-habisan. Sekolah perkauman ini seolah-olah tidak boleh disentuh. Pihak berkuasa pula gentar dengan mereka, kerana takut kehilangan undi.
Kita selalu menggunakan alasan, kepelbagaian ini adalah satu kekuatan. Persoalannya, pernahkah kita membuat kajian implikasi kepelbagaian ini, seperti yang pernah ditegaskan oleh Perdana Menteri Britain, David Camerons mengenai multiculturalism? Yakinlah! bahawa kejayaan negara-negara Barat hari ini adalah disebabkan oleh mereka begitu tegas melaksanakan agenda negara atau agenda nasional tanpa kompromi.
Negara-negara yang dahulunya dikatakan mundur seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan lain-lain, sudah mula meninggalkan kita. Mereka mempunyai rakyat yang ada jati diri kental. Kepakaran dan kekuatan digembleng sepenuhnya untuk memajukan negara. Tidak berlaku brain drain. Usahlah dibandingkan dengan negara maju. Semuanya bermula dengan memperkasakan sistem pendidikan, tanpa kompromi.
Negara-negara ini sedar, semangat patriotik adalah tonggak kekuatan negara. Jika semangat ini tidak dipaksakan melalui sistem pendidikan, lambat laun agenda negara tidak ada hala tuju dan menjadi caca merba. Contoh mudah, apabila lagu kebangsaan dinyanyikan, semuanya berdiri tegak, diam dan begitu bersemangat. Bandingkan dengan kita, pergilah ke sekolah-sekolah, lihat gelagat anak-anak kita menyanyikan lagu kebangsaan. Sekolah perkauman usahlah dicerita. Begitu juga tempat-tempat awam. Mereka buat tidak peduli sahaja.
Kerajaan negara-negara yang disebutkan tadi, sentiasa mengambil iktibar dan merujuk kepada cerdik pandai dalam menentukan arah tuju negara. Tetapi tidak kita. Kajian yang telah terbukti benar dan jitu, disimpan di bawah karpet, kerana takut kehilangan jawatan dan sokongan pengundi. Misalnya, pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dahulunya mula flip flop apabila ditentang oleh ultra kiasu Melayu dan bukan Melayu. Saya harapkan kita tidak akan goyah lagi dengan ugutan mereka selepas ini.
Saya ingin menyeru kepada pimpinan negara supaya sensitif dengan kajian sarjana-sarjana sosialisasi politik seperti Hyman (1959), Almond dan Verba (1963), Greenstein (1965), Hess dan Torney (1967), Dawson dan Prewitt (1969), Dowse dan Hughes (1972), Dennis (1973), Jaros (1973), Neena Sharma (1985) dan Kavanagh (1987) meletakkan agen keluarga dan sistem pendidikan adalah yang paling dominan dalam menentukan persepsi, cara hidup dan masa depan negara.
Menurut mereka lagi, dengan mendengar perbualan ibu bapa ketika bersarapan, anak-anak mula membentuk corak pemikiran mereka. Pendek kata, jika keluarga dan sistem pendidikan bersifat ultra kiasu, maka akan lahirlah ramai ultra kiasu. Realiti inilah yang sedang berlaku di Malaysia dari dahulu hingga kini. Semakin kita tunduk kepada ultra kiasu, bermakna semakin ramailah ultra kiasu. Kita sebenarnya sedar betapa besarnya peranan bahasa dalam pendidikan sebagai tunggak kepada pembentukan semangat patriotisme. Sebab itulah, di negara lain, isu bahasa tidak ada kompromi. Jika bahasa negara ditolak, mereka akan dihalau keluar. Semangat patriotik lebih penting daripada brain drain. Inilah prinsip negara-negara yang telah maju dan sedang mahu maju.
Bagaimana semangat patriotik boleh disemai jika rakyat Malaysia tidak sayang kepada bahasa kebangsaan atau tidak boleh berbahasa kebangsaan? Dasar-dasar negara tidak dapat difahami. Pendek kata, semua perkara mesti diterjemah ke dalam bahasa ibunda, sedangkan kita sudah ada bahasa rasmi.
Sistem pendidikan negara kita telah mengalami transformasi demi transformasi. Saya tidak pasti, berapa banyak wang yang telah dihabis. Jika bertukar menteri pelajaran, maka bertukarlah polisi dan dasar. Transformasi telah berlaku berkali-kali, namun asasnya masih sama. Tembok perkauman masih tidak dapat dipecahkan. Kita tidak bertegas dalam memperkasa agenda negara. Kita akan terus gagal jika masalah asas ini tidak diatasi.

No comments:
Post a Comment