Monday 26 November 2012

DHPP Nafi PAS Tolak Anwar Jadi PM


AIDCNews – 24/11/12 – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) seperti dilaporkan Antarapos menafikan parti itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke tujuh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.
Sebaliknya, menurut Ketua DHPP, Hu Pang Chaw cadangan dikemukakan oleh perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam dalam Muktamar Tahunan PAS ke 58 baru-baru ini hanyalah sekadar usul bagi menghargai kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, sehingga ke hari ini, PAS masih lagi berpegang teguh pada kesepakatan yang dicapai bersama iaitu menobatkan Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri.
“Muktamar merupakan perwakilan diberi kuasa menyuarakan sesuatu. Usul itu hanya daripada mereka.. tetapi bukan daripada PAS sendiri. PAS masih berpegang teguh persefahaman yang dicapai dalam Pakatan Rakyat, bahawa Datuk Seri Anwar adalah calon yang terbaik untuk memegang jawatan Perdana Menteri.”
Tambahnya, PAS sedar bahawa parti itu perlu memenangi kerusi Parlimen terbanyak demi menuntut jawatan itu.
“Usul yang dibawa dewan ulama tidak menjejaskan hubungan antara 3 parti ini. sehingga hari DAP PAS, PKR masih duduk (bersepakat) sama.
“Kita kena balik pada hakikat real world (dunia sebenar) dalam politik di mana kerusi paling banyak berhak menyuarakan sesuatu. Walaupun mereka berhak menyuara, itu tidak bermakna mereka berhak menuntut.. Dalam Pakatan Rakyat, tiga parti ini mempunyai suara dan hak yang sama rata,” ujarnya.
Beliau mengulas ketegasan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri susulan desakan lantang dalam Muktamar PAS, mahukan Hadi mengisi jawatan itu.
Guan Eng Ahad lalu menegaskan partinya tidak boleh menerima Hadi sebagai Perdana Menteri kerana itu bukan persetujuan yang dicapai oleh pimpinan PR.
Penegasan DHPP senada dengan PKR, di mana Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa sejak dari awal kelahiran PKR iaitu pada tahun 1999, PAS dan DAP sudah bersetuju menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Ianya sudah pun bermula (sejak) parti keadilan lahir. Kedudukan Datuk Seri Anwar itu pernah diputuskan pada waktu PAS, PKR, DAP dan Parti Rakyat (PRSM) bergabung di bawah pakatan politik, iaitu barisan alternatif. Sudah pun ada ketetapan pada waktu itu diperingkat kepimpinan PAS sendiri, (untuk) meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon PM,”katanya kepada Antarapos.

Dr Yusri : Kenyataan Nurul Izzah Di Gereja, Rentetan Senarai Kes Panjang..


AIDCNews – 24/11/12 – Kenyataan Nurul Izzah Anwar di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November bukan kes terasing, kata Dr Yusri Mohamad, sebaliknya tambahnya lagi merupakan rentetan kes yang panjang menjurus kepada cubaan memurtadkan Muslim di negara ini.
“Senarai yang panjang. Ini bukan satu kes yang terasing. Sebab itu, kalaupun YB Nurul Izzah cuba untuk membetulkan kembali kenyataannya.
“Satu percubaan untuk membetulkan, berbanding dengan satu siri kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan yang seragam yang menimbulkan keraguan, sangat sukar untuk menyedapkan hati kita,” katanya.
Mengimbau kembali kenangannya semasa menjadi Presiden ABIM ke-6 yang bergelut dengan kes murtad Lina Joy, Dr Yusri berkata kes itu merupakan kes kecil yang sengaja diangkat menjadi kes besar untuk menggugat kedudukan Islam dalam perlembagaan.
“Ketika kes ini dibicarakan, wakil kumpulan Kristian datang dengan pakaian rasminya memberi sokongan setiap hari.
“satu kes kecil individu tetapi diangkat sebagai satu kes besar, cuba untuk merombak peruntukan undang-undang sehingga kes ini sampai ke peringkat tertinggi dalam mahkamah negara kita.”
Menurutnya bantahan permurtadan Lina Joy yang berlaku sebelum Pilihanraya Umum 2008 itu telah mendapat sokongan padu daripada umat Islam di negara ini dan dalam masa masa keputusan Mahkamah Persekutuan juga tidak memihak kepada Lina Joy.
“Malangnya, tidak lama selepas itu, saya melihat di internet, satu rakaman wawancara BBC dengan ayah YB Nurul (Izzah).
“Apabila ditanya oleh wartawan BBC, kalau saudara diberi kuasa, macam mana sikap saudara terhadap keputusan mahkamah yang telah diputuskan baru-baru ini (kes Lina Joy).
“Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak sepatutnya memutuskan keputusan sebegitu. Dan ditanya lagi adakah Lina Joy ini berhak untuk menukar agamanya, dia (Anwar) menjawab dengan begitu yakin, it is her rights (Itu adalah haknya).
“Inilah sedikit sebanyak telah menjauhkan hati saya (dengannya), walaupun saya bekas Presiden ABIM. Saya Presiden ABIM yang ke-enam, beliau bekas Presiden ABIM yang kedua.
“Kawan tetap kawan, tetapi agama lebih utama dari segala-galanya. Ini bukan isu peribadi, (tetapi) ini isu prinsip”.

Can Hijab Justifies Nurul Izzah’s Statement?


Aiman Amani – In response to Nurul Izzah’s statement on 3rd November, ‘Timbalan Ketua Muslimat’ PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud, made a statement on 7th November saying:
“Adalah satu tuduhan yang tak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu Murtad.” (It is a nonsensical accusation to accuse a Muslimah Mukminah, who prays, fasts, (and) cover her aurahs to suggest to the Malays to leave Islam and support the Muslim apostates).
Is it true, Dr. Mariah? So what does a person who prays, fasts, (and) covers her aurahs meant when she says,“When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say, ‘Sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays’? It has to apply equally” ?
Please take a look at Prof. Dr. Musdah Mulia (I have no idea whether she really prays or fasts) but she wears hijab and dressed in Muslimah clothing. She claims to be a good Muslim and a popular ‘Muslim’ leader in Indonesia. She served as Senior Advisor of the Minister of Religious Affairs of the Republic of Indonesia from 2000 to 2007 and head of Research Division of The Council of Indonesian Ulema (MUI) from 2000 to 2005. She does looks like a great Muslim lady.
Dr. Siti Musdah Mulia (R) receiving her International Women of Courage Award in Washington.

In February, 2010, the Institute for Policy Research and Advocacy published an article ‘Ada Apa Dengan Kebebasan Agama’ (What is it with freedom of religion?) written by Dr. Musdah Mulia where it says:
“hak kebebasan beragama bersifat mutlak, berada di dalam forum internum yang merupakan wujud dari inner freedom (freedom to be), dan itu termasuk hak non-derogable (tak bisa ditangguhkan pemenuhannya oleh negara dalam keadaan apa pun)”
Siti Musdah and Nurul Izzah’s father, Anwar Ibrahim.

Even though Dr. Siti Musdah Mulia covers her aurah and wearing her hijab, she is a Liberal Muslim activist. In 2007, she received the International Women of Courage Award for her efforts on supporting human rights and liberalism, claiming that Islam accepts freedom in religion. As it was reported on The Jakarta Post on an article ‘Siti Musdah Mulia: A Courageous Woman’:
One of the rights she is fighting for is the state’s guarantee of freedom of religion. Musdah believes pluralism is a must to build the country.
“Pluralism is the key for the continuation of the Unitary State of the Republic of Indonesia,” she said.

She is also known for supporting the LGBTs, claiming that they should be respected and dignified by Muslims. She promoted and supported the so called ‘Lesbian Muslim’, Irshad Manji, by calling her a ‘Muslimah Mujtahidah’. Two years earlier, the Jakarta Post published an article ‘Islam ‘Recognizes Homosexuality’, also featuring Musdah Mulia:
Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.
“There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety,” she told the discussion organized by nongovernmental organization Arus Pelang.
“The essence of the religion (Islam) is to humanize humans, respect and dignify them.”
Musdah said homosexuality was from God and should be considered natural, adding it was not pushed only by passion.
Now please click here for the full video of Nurul Izzah’s speech at Subang Jaya Full Gospel Church.
It is rather odd, if wearing a hijab is enough to show one’s faith and her understanding of Islam. After all, as Helen Ang had often pointed out, even Hannah Yeoh sometimes wears hijab. Or does that means she too would never “suggest the Malays to leave Islam and support the Muslim apostates”; especially since Hannah Yeoh is from PAS’s ally party DAP – the party led by non-Muslim leaders whom according to PAS’s spiritual leader understand Islam better than UMNO’s Muslim leaders?
A group of Muslimah with Hannah Yeoh (in the middle).

I think that as a Muslim leader Dr. Mariah should understand the implications of Nurul Izzah’s words at the forum to the Muslims especially to the PR members and supporters who idolised Nurul Izzah.
It is very important for Dr. Mariah to put Islam first in making any judgment and not making foolish statements just to show her support for Anwar’s Ibrahim’s daughter. Or maybe Dr. Mariah doesn’t know what she was saying when she made the statement. Either those or we’re going to hear about ‘Hannah Yeoh: An exemplary figure for Muslimah Mukminah’ from her soon.

Kroni Azmin, Zuraidah Didakwa Miliki Kereta Mewah



Mynewshub – Kritikan dan serangan bertalu-talu terhadap pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat nampaknya seolah-olah tiada berkesudahan.
Mereka acapkali dituduh menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisma dan sebagainya.
Tetapi pendedahan oleh blog sel13.com ini nampaknya mengundang pertanyaan, adakah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain ‘bebas’ dan ‘bersih’ daripada masalah sebegini.
Ia mengenai Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.
Dalam entrynya, penulis blog tersebut mendakwa, sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraidah hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005.
Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.
No kenderaan : WNL 8994
No enjin : E94A84B
Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
Tarikh daftar : 31.10.2005
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.

No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00
Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00
Pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.
No kenderaan : WNA 276
No enjin : 1KD687 8384
Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
Tarikh daftar : 03.11.2011
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 107,000.00
Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.

No kenderaan : BLR 9680
No enjin : 1129 1331 8818 93
Model : Mercedes Benz E240
Tarikh daftar : 24.05.2012
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.
Menurut sel13.com, Semakan di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.

Kalau apa yang ditimbulkan ini merupakan fitnah politik, kita berharap pihak yang berkenaan agar tidak menggunakan serangan tidak bertanggung jawab sebegini untuk dijadikan modal ‘menyerang’ Zuraida.
Namun pada masa yang sama, Zuraida kenalah tampil memberi penjelasan kerana kita tahu, jarang Zuraida ‘duduk diam’ kalau dikritik.
Lagipun kalau kita sering mengkritik, bersedialah pula untuk menerima kritikan.
Jadi dalam hal ini macam mana YB Zuraidah? (sumber dari sel13.com)

Tun Mahathir : DAP Boleh Kontrol Anwar Faktor Sokong Jadi PM

AIDCNews – 20/11/12 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tujuan DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) kerana mahu meneruskan agenda melalui topeng PM berbangsa Melayu.
“DAP sahaja, pemimpin dia, tidak ada yang Melayu..Dia nak sokongan Melayu, jadi dia nak Anwar konon nak jadi Perdana Menteri,”katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di Kuala Lumpur, Selasa.
Menurut Tun Mahathir, agenda DAP mencalonkan Anwar sama seperti muslihat DAP Perak menobatkan wakil PAS, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar boneka, walaupun parti kaum Cina itu memperolehi majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
“Tapi jadi macam di Perak, bila Nizar jadi Menteri Besar, dia (Nizar) duduk di bawah telunjuk DAP.
“Sebab itu, dia bagi tanah, tak pernah (terfikir)..kita dah tentukan dasar, tanah tak boleh bagi lebih daripada 99 tahun. Dia (Nizar) bagi sampai kiamat,” katanya.
Sebelum itu, Tun Mahathir turut mengulas tentang pencalonan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai PM yang disifatkannya sebagai cerminan sikap berebut-rebut sesama parti pembangkang.
“Belum pun jadi kerajaan, sudah berebut-rebut dah , esok (kalau) dah jadi kerajaan, bukan saja haji Hadi, bukan sahaja Anwar, (malah) Karpal Singh pun nak jadi PM juga.
“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang…patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat…bila pencen dapat Tun,” katanya lagi.
DAP Tidak Setuju Abdul Hadi Jadi PM

Mufti Perak – Dakwaan Murtad Oleh Nik Aziz Satu Fitnah Kepada Umat Islam


IPOH, 19 Nov – Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa Umno sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.
“Dan jika kita menyampaikan pendapat serta mempertahan Islam, macam mana dihukum murtad? Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Nr Nazrin Shah di sini pada Isnin.
Beliau berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.
Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur – Bernama



 
 

 

 
 

 

Suara Nurul Izzah Penyambung Lidah IFC


 “Bukan suara terasing, tetapi sambungan rentetan kes yang panjang”, begitulah kesimpulan Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM ke-6 ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Gereja Tabernacle, 3 November.
Yusri membuat kesimpulan itu ketika berdiskusi dalam forum anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 8 November.
Mengukuhkan lagi hujah, Yusri menceritakan pengalamannya semasa menjadi Presiden ABIM dan Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang bergelut dengan kes murtad, wanita Melayu bernama Azlina Jailani.
Lina Joy
Kes Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy seperti yang diceritakan rakan Yusri, Azril Mohd Amin bermula pada tahun 2000 apabila wanita Melayu itu ingin menukar identitinya daripada Islam kepada Kristian apabila berkahwin dengan seorang lelaki beragama Kristian.
Pendaftaran perkahwinan Lina Joy menimbulkan masalah kerana di dalam kad pengenalannya tertera perkataan beragama Islam, lalu dipohonnya proses memadamkan identiti dengan permohonan menukar status Kristian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sekali lagi Lina Joy menghadapi masalah kerana JPN tidak dapat meluluskan permohonannya kerana termaktub dalam undang-undang seorang Muslim tidak dibenarkan menukar identiti kepada agama bukan Islam kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah yang mengesahkannya sebagai seorang murtad.
Pada tahun 2001, kes Lina Joy mula meletup apabila wanita Melayu dengan sokongan penuh daripada barisan peguam gereja berusaha mencabar kes itu di Mahkamah Sivil.
Tanpa melalui prosedur sepatutnya, iaitu melalui saluran Mahkamah Syariah, barisan peguam gereja berusaha mencabar kedaulatan Mahkamah Syariah melalui Mahkamah Sivil, sekaligus berusaha merombak status quo Perlembagaan Malaysia dengan harapan, jika Lina Joy menang, kes ini bakal menjadi kes rujukan, ‘precedent case‘ untuk kes-kes murtad yang lain pada masa hadapan.
Seperti diduga, sudah termaktub dalam Perlembagaan, kes Lina Joy akan gagal dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Rayuan kerana ia merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Kes ini lebih meletup pada tahun 2006, apabila barisan peguam gereja Lina Joy berusaha mencabar kes tersebut di peringkat perundangan tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan dan ketika itu juga bangkitlah pertubuhan-pertubuhan Islam mempertahankannya dengan menubuhkan PEMBELA.
Malik Imtiaz
Di belakang Lina Joy, berdirinya barisan peguam-peguam gereja yang turut mendapat sokongan daripada The Beckett Fund for Religious Liberty, yayasan dana luar negara, di samping sokongan padu daripada Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council), diwakili oleh Malik Imtiaz Sarwar.
Peliknya, walaupun Majlis peguam hanya berstatus sebagai peguam pemerhati, namun pihak mereka memohon kepada mahkamah untuk berhujah di mana menurut wakilnya, Malik Imtiaz, seseorang Muslim sepatutnya dibenarkan untuk menukar agamanya berdasarkan hak individu yang dijamin dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Seorang lagi aktivis Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan pertikai pelaksanaan hukum syariah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang berkata penganut Islam tiada bezanya dengan penganut agama lain.
Selain Majlis Peguam, Lina Joy turut disokong oleh 11 wakil NGO yang menghantar wakil mereka mengikuti perbicaraan tersebut. NGO tersebut antaranya, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sisters in Islam (SIS), National Human Rights Society (HAKAM), All Women’s Action Society (AWAM), Catholic Lawyers Society, Interfaith Spiritual Fellowship, Malaysian Civil Liberties Society (MCLS), Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS), Women’s Aid Organization (WAO), Women’s Development Collective (WDC) dan lain-lain.
Walaupun menerima sokongan kumpulan gereja dan 11 NGO, namun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan Lina Joy dengan majoriti 2-1.
Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim
Yusri, berdasarkan pengalaman peribadinya melihat sendiri trend pergerakan kumpulan pro murtad ini dan berpendapat kenyataan Nurul Izzah di gereja Subang Jaya tiada bezanya dengan kenyataan ayahandanya, Anwar Ibrahim dengan BBC News.
“Malangnya, tidak lama selepas itu, saya melihat di internet, satu rakaman wawancara BBC dengan ayah YB Nurul (Izzah).
“Apabila ditanya oleh wartawan BBC, kalau saudara diberi kuasa, macam mana sikap saudara terhadap keputusan mahkamah yang telah diputuskan baru-baru ini (kes Lina Joy).
“Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak sepatutnya memutuskan keputusan sebegitu. Dan ditanya lagi adakah Lina Joy ini berhak untuk menukar agamanya, dia (Anwar) menjawab dengan begitu yakin, it is her rights (Itu adalah haknya).
“Inilah sedikit sebanyak telah menjauhkan hati saya (dengannya), walaupun saya bekas Presiden ABIM. Saya Presiden ABIM yang ke-enam, beliau bekas Presiden ABIM yang kedua.
“Kawan tetap kawan, tetapi agama lebih utama dari segala-galanya. Ini bukan isu peribadi, (tetapi) ini isu prinsip”, katanya.
Ini bukan kali pertama kritikan Yusri tentang isu Lina Joy, malah pada 2 Januari 2011, semasa pertemuan tertutup sahabat-sahabat ABIM di rumah Profesor Osman Bakar, bekas Presiden ABIM turut membuat kritikan yang sama di depan muka Anwar Ibrahim.
Dr Hasan Ali yang berforum bersama Yusri turut bersetuju world view pemikiran Nurul Izzah membayangkan pemikiran Anwar Ibrahim.
“Bagi saya statement yang dikeluarkan Nurul Izzah tadi yang kita dengar..saya tak nampak boleh ada penafian kepada statement ini.
“Daripada Malaysiakini, Malaysian Insider, dipetik dan dipetik..saya dah tonton video itu kali kelima..saya dah tengok satu persatu, tidak ada cara nak tarik balik, nak menerangkan lagi, (kerana) itulah hasratnya, hasrat ayahandanya (Anwar), hasrat dia (Nurul Izzah), hasrat partinya, hasrat kumpulan tiga partinya dalam Pakatan Rakyat, itulah,” katanya.
IFC
Hujah Yusri dan Hasan Ali ada asasnya, di mana pasca keputusan kes mahkamah Lina Joy, Kumpulan 11 NGO pro murtad meneruskan agenda mereka dengan menubuhkan satu NGO baru dinamakan ‘Kumpulan Artikel 11′, yang berjuang atas nama kebebasan beragama di Malaysia.
Manakala Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam pula menganjurkan Forum Memeluk Islam pada tahun 2008 untuk membuka ruang kebebasan agama dipraktikkan secara telus kepada penganut-penganut beragama Islam.
Adakah satu kebetulan Anwar pula menyokong forum kebebasan beragama anjuran Ambiga itu meskipun ditentang oleh majoriti umat Islam di Malaysia ?
Kemudiannya Majlis Peguam dan Kumpulan Artikel 11 menjelmakan diri mereka sebagai Kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Ambiga dan disokong padu oleh Anwar Ibrahim.
Adakah satu kebetulan Ambiga penyokong murtad Lina Joy dilantik Anwar mengetuai BERSIH ?
Juga bukan secara kebetulan, Oriental Hearts and Minds Institute (OHMSI), badan pemikir Kristian yang menjemput Nurul Izzah berforum di Gereja Tabernacle, 3 November adalah badan yang sama menyokong BERSIH.
Adakah satu kebetulan Nurul Izzah dijemput berforum bersama Malik Imtiaz, peguam pro Lina Joy dan Mujahid Yusof Rawa, tokoh PAS yang berusaha mencari pengaruh gereja ?
Malik Imtiaz, peguam pro Lina Joy menurut laporan Aliran Monthly Vol 25, 2005 adalah Pengerak utama Kumpulan Artikel 11 yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-agama (IFC).
Sebelum ini, Malik Imtiaz peguam kes murtad kepada Subashini Rajasingam, peguam Abdul Kahar Ahmad (ajaran sesat), pengikut Ayah Pin (ajaran sesat) dan peguam Zaid Ibrahim yang mencabar undang-undang hudud Kerajaan Kelantan.
Pada Februari 2005, Malik Imtiaz dengan kerjasama Majlis Peguam dan Malaysian Interfaith Network (MIN) dengan tajaan yayasan Kristian, Konrad Adeneur Foundation (KAF) telah menganjurkan persidangan di Hotel Equatorial, Bangi untuk menyediakan satu draf ‘perlembagaan’ IFC.
Yayasan Kristian KAF juga merupakan penaja badan pemikir Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) yang juga merupakan anggota MIN penganjur IFC.
Sebab itu, tidak menghairankan apabila Anwar pernah dilaporkan berkata, “Saya telah katakan secara terbuka. Terima IFC,” katanya kepada Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007.

Monday 12 November 2012

BISIK-BISIK : Apa lagi dalih?

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak perlu dolak-dalih lagi. Kenyataan beliau dalam Forum Negara Islam: Versi Mana: Siapa Bertanggungjawab, sudah sangat jelas.
Memang beliau yang menyatakan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna dipakai sama rata termasuk oleh orang Melayu.
Bukti daripada banyak sumber tidak boleh disangkal lagi. Daripada rakaman video petikan kata-kata beliau pada forum itu sehinggalah reaksi peserta yang kecewa apabila Nurul Izzah enggan mempertahankan kenyataan asalnya.
Itu belum menyentuh laporan media pro pembangkang antaranya Malaysiakini yang lebih awal menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Persoalannya mengapa akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dituduh kononnya menyiarkan laporan fitnah.

Tarik balik kenyataan

“Nurul Izzah perlu tarik balik kenyataannya.’’ Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama. Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD, beliau menjelaskan secara terperinci di mana silapnya kenyataan Nurul Izzah yang dianggap beliau boleh menimbulkan kekeliruan yang cukup besar dalam masyarakat Islam. Nasharudin juga turut mengupas tentang Muktamar Tahunan Pas Ke-58 yang akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan minggu depan.

MINGGUAN: Apa pandangan Yang Berhormat (YB) tentang kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka dalam satu forum di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu?

Hormati gelanggang Malaysia

Isu pluralisme agama semakin membimbangkan kerana ada pihak yang mengambil peluang daripada toleransi beragama untuk mempromosikan pluralisme yang menyamakan Islam dengan agama -agama lain. Sementara pejuang hak asasi manusia memperjuangkan kebebasan memilih agama untuk dianuti.
Dalam konteks Malaysia yang Islam menjadi agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan, menyamakan Islam dengan agama lain boleh mengundang pepecahan kalangan umat Islam selain memperendahkan kedudukan Islam. Toleransi yang diberikan telah disalahgunakan hingga mencetuskan keadaan yang tidak diingini.
Presiden Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), DR. YUSRI MOHAMAD berkata, kita kena bezakan antara pluralisme agama dengan toleransi. Toleransi bukan pluralisme, toleransi memang ada dalam Islam atau istilahnya ‘tasaamuh’. Tasaamuh memang prinsip yang sedia ada dalam Islam. Tetapi kita bertasaamuh atau bertoleransi dengan agama lain tidaklah sampai kita menganggap semua agama adalah benar.

Bahasa untuk kesaksamaan rakyat di seluruh Nusantara

Sasterawan Indonesia terkenal yang novelnya dalam tahun 70-an menjadi buku teks di Malaysia, Pramoedya Ananta Toer pernah ditanya mengapa beliau menulis dalam bahasa Melayu dan bukannya Jawa.
Persoalan itu timbul kerana ketika beliau mula menulis, pada masa itu bahasa Melayu belum mantap sebagai Bahasa Indonesia.
Oleh kerana Pramoedya adalah orang Jawa dengan bilangan penutur bahasa itu sangat tinggi, jauh lebih banyak daripada pengguna bahasa Melayu, maka sewajarnya beliau menulis dalam bahasa ibundanya.
Tambahan pula bahasa Jawa mempunyai tradisi kesusasteraan yang tinggi dan kompleks, maka untuk memilih Jawa sebagai bahasa penulisan, maka ia dapat difahami.
Lebih-lebih lagi dengan Pramoedya mahu menulis kepada pembaca di kalangan penduduk ramai, maka memilih Jawa sebagai bahasa penulisannya juga bukanlah sesuatu yang pelik.

Beranikah perwakilan muktamar Pas?

Ahli-ahli Pas perlu menunjukkan keberanian untuk mengenegahkan beberapa isu yang kini menjejaskan imej Pas sebagai sebuah parti Islam dalam muktamar tahunan di Kota Bharu, minggu depan.
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Selamatlah parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
ITULAH antara lirik lagu tema rasmi Pas 'Berjihadlah' yang harus difahami oleh perwakilan Pas sebelum mereka melangkah ke Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri muktamar tahunan parti itu selama lima hari mulai Rabu ini.
Sebelum Pas terus dibuai dengan mimpi-mimpi indah untuk menawan Putrajaya, menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menggantikan UMNO, mereka juga perlu bermuhasabah untuk menentukan apakah Pas kini berada di landasan bagi merealisasikan apa yang mereka lafazkan dalam lagu tema rasmi mereka itu.
Tetapi persoalannya, sejauh manakah perwakilan ke muktamar berkenaan mempunyai keberanian untuk mengetengahkan beberapa perkara atau masalah pokok yang dianggap telah mencalarkan imej Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan dianggap paling berwibawa berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Berikut penulis gariskan beberapa perkara pokok yang perlu perwakilan Pas bangkitkan jika benar mereka bercita-cita untuk melihat parti itu tidak akan menjadi lebai malang menang sorak kampung tergadai:
l HALA TUJU - Persoalan ini adalah perkara pokok paling utama yang perlu diberi perhatian oleh perwakilan Pas jika benar mereka ingin bersorak gembira dalam pilihan raya umum nanti. Mungkin ketika di muktamar, perwakilan akan dibuaikan dengan alunan kononnya rakyat kini sudah bersama pakatan pembangkang yang turut dianggotai PKR dan DAP.
Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Himpunan Kebangkitan Rakyat akan dijadikan contoh kononnya, rakyat semakin tidak sabar untuk bersama-sama dengan pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN. Persoalannya apakah semua itu benar atau ia sekadar untuk menghilangkan keresahan berikutan semakin ramai khususnya dalam kalangan umat Islam tertanya-tanya ke arah mana perjuangan Pas sekarang.
Keadaan itu berlaku kerana sejak 2004 semakin terserlah 'kerelaan' Pas untuk mengubah dasar perjuangannya.
Ketika awal-awal penubuhannya dulu, Pas bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam dan mendesak Islam dijadikan dasar negara.
Pada akhir tahun 1956, ketika mengambil alih pucuk pimpinan Pas, Dr Burhanuddin al-Helmy pernah berkata,''Dalam perjuangan kita (Pas) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci".
Persoalannya, apakah perjuangan Pas sekarang demi menegakkan perjuangan Islam yang maha suci atau hanya sekadar untuk merebut kerusi?
Jika persoalan ini tidak berani dibangkitkan oleh perwakilan maka tidak usahlah berdegar-degar bercakap soal hendak menegakkan perjuangan Islam.

Agenda IFC 7 tahun lalu semakin jadi realiti

KETIKA membuat liputan persidangan ke arah penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 24 Februari 2005 di sebuah hotel di pinggir ibu negara, isu berkenaan seseorang yang dilahirkan sebagai Islam di negara ini yang tidak mempunyai kebebasan untuk memilih agama ditimbulkan.
Lebih tepat mereka merujuk kepada orang Melayu sendiri yang secara umumnya pasti kekal dengan agama Islam berikutan kerangka undang-undang Malaysia yang menetapkan hal tersebut.
Malah definisi Melayu di dalam Perlembagaan sendiri menerusi Perkara 160 (2) adalah berdasarkan tiga ciri iaitu bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan ketiga yang paling jelas iaitu beragama Islam hingga menjadikan siapa yang mengaku dirinya Melayu maka secara automatik dia beragama Islam.
Perkara itu, telah tujuh tahun berlalu namun ingatan penulis terus segar bagaimana seorang peserta wanita bangun bertanyakan kepada ahli panel pada petang persidangan tersebut tentang kedudukan orang Melayu yang tidak bebas membuat pilihan agama seperti mana rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam.

Mohd Reza – Isu Nurul Izzah Kemuncak Kecelaruan PAS


AIDCNews – 12/11/12 – Isu salah tafsir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah tentang ayat ‘La Iqra’ Hafid-Din‘ yang bermaksud tiada paksaan dalam agama merupakan kemuncak kecelaruan yang melanda PAS, kata Mohd Reza Kamaruddin, bekas pemimpin PAS Pahang.
“Bila isu yang panas mengenai salah tafsir mengenai ‘La Iqra’ Hafid-Din’ ..Tidak ada paksaan dalam agama itu dianggap sebagai…saya tak faham..inilah kecamukan fikiran yang berada dalam PAS dan PAS menganggap Islam tidak lagi keutamaan dan sudah jadi liberal.
“PAS saya nampak sudah menuju ke arah liberal..pemikiran-pemikiran sesetengah daeipada pemimpin PAS sudah liberal.
“Tuan-tuan semak tak apa yang sahabat kita yang berucap dalam gereja baru-baru ini, bagaimana dia berucap..
“Dan sehingga sekarang..wallahualam..apa pendirian yang PAS kena ambil..Dalam isu ini nampak mereka mungkin sedang mencari-cari jalan untuk menjawab, walaupun sudah tidak ada jawapan,”katanya.
Menurutnya, dengan isu Nurul Izzah itu, PAS kini semakin kehilangan suaranya dalam memperjuangkan Islam.
“Bagaimana isu ‘La Iqra’ Hafid-Din‘ (tiada paksaan dalam agama) ini..suara (PAS) tidak ada.. Tuan-tuan balik, tolong buka tafsir Ibnu Katsir mengenai ayat ini..atau buka tafsir Tabari atu buka tafsir yang lain, bagaimana perbincangan yang diberikan.
“Langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang dibincang dengan apa yang diucap oleh ‘orang itu’,”katanya.
Mohd Reza juga turut menyentuh konsep tahalluf siyasi (kerjasama politik) yang sedang dipraktikkan PAS dalam Pakatan Rakyat sekarang ini.
“Di mana negara yang berjaya dengan sistem tahalluf siyasi…apakah ada ?..tahalluf siyasi yang kita bina..PAS bina, sepatutnya PAS kena lead (pimpin).
“Islam mesti ke depan..Islam mesti memimpin dan bukan Islam itu dipimpin..PAS wajar memimpin, bukan PAS dipimpin.
“Kalau percaturan kerusi parlimen, PAS hanya ada 66 atau 60 (kerusi)..PAS nak pergi mana?, “soalnya.
Menurutnya lagi, sekalipun PAS memenangi kesemua 66 kerusi itupun, PAS masih belum berbuat apa-apa, justeru itu beliau menggesa agar parti itu mengkaji semula konsep tahalluf siyasi yang diamalkan dengan PKR dan DAP sebelum ini.
Beliau berkata begitu dalam Wacana Mengembalikan PAS ke Landasan Asal di Vistana Hotel, Kuala Lumpur, 11 November.
Selain Mohd Reza panel-panel lain yang terlibat dalam wacana itu termasuklah Datuk Muslim Osman, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah; Norman Toha, bekas Setiausaha Pas Selangor, Prof Madya Dr Yusof Muhammad, (pensyarah UIA) dan lain-lain.
Datuk Muslim dalam ucapannya, turut mendedahkan PAS pernah menghantar borang keahlian parti itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu dipecat UMNO pada September 1998.
Namun, dedah Muslim, borang keahlian PAS itu tidak dikembalikan, yang membawa maksud Anwar tidak berminat untuk menyertai parti itu

ISMA – Kefahaman ‘La Iqra’ Hafid-Din’ Nurul Izzah Salah, Murtad Hukum Bunuh


AIDCNews – 12/11/12 – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata kefahaman Islam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkenaan ayat ‘La Iqra’ Hafid-Din’ yang bermaksud ‘tiada paksaan dalam agama’ adalah salah kerana umat Islam tidak bebas menukar agama kerana tertakluk dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, ‘sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh’.
“Sebenarnya itu kefahaman yang salah, kefahaman yang tidak betul tentang ayat ‘La Iqra’ Hafid-Din’.
“Apabila orang dah masuk Islam, satu umat yang berkurun lamanya telah menganut Islam, ayat yang dipakai untuk mereka adalah hadis Rasulullah SAW, ‘Sesiapa yang menukar agama, hendaklah dibunuh,”katanya kepada media ISMA.
Beliau juga turut menolak pandangan Nurul Izzah yang mahukan Melayu diberi kebebasan beragama yang sama rata.
“Jadi tidak ada istilah kebebasan menukar agama bagi mereka yang telah menganut agama Islam. Tidak ada kesamarataan di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu dalam konsep menukar agama.”
Dalam masa sama, Abdullah Zaik juga tidak terkejut dengan kenyataan Nurul Izzah yang mahukan kebebasan agama juga dipraktikkan secara sama rata termasuk di kalangan masyarakat Melayu.
Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, 3 November lalu.
“Jadi apa yang nak dibawa oleh puak-puak liberal ini, kononnya nak tunjuk moden, nak tunjuk maju, nak tunjuk moderat, nak bagi pandangan yang sejajar yang diredai oleh Amerika Syarikat, barat, itu adalah sesuatu yang silap dan salah serta satu kenyataan yang bodoh..tak faham sejarah.”
Sementara itu, Ketua Unit Kajian Syiah-ISMA, Ustaz Mohamad Ismail berkata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai kaitan yang jelas dengan Syiah dan kerajaan Iran.
“Bila perang antara Hassan Nasrullah lawan Israel itu, dia (Mohamad Sabu) boleh masuk sampai ke dalam..Maksudnya dia ada line yang clear dengan Syiah,”katanya.

Akar Umbi PAS Mula Gelisah…


AIDCNews – 10/11/12 – Satu wacana yang dinamakan ‘Wacana Kembalikan PAS Ke Landasan Asal’ telah diadakan pagi tadi di Hotel Vistana, Kuala Lumpur yang membariskan bekas kepimpinan tertinggi dan ahli-ahli PAS yang gelisah dengan perkembangan mutakhir parti itu sekarang ini.
“Tujuannya untuk kita mendapat input daripada akar umbi daripada ahli PAS dan penyokong PAS, tentang sedikit berlaku kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli di peringkat bawahan ini.
“Sebab, mereka mengadu kepada kita, mereka tidak mendapat ruang untuk mereka memberikan pandangan-pandangan tentang pemerhatian mereka terhadap isu yang berlaku pada hari ini, sebab mereka adalah pimpinan yang berada bersama rakyat di kampung dan kariah masing-masing,”kata Norman Toha, bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor.

Share
72
Twitter
56
Email

Program Jelajah Anwar & Solat


Seorang pengunjung setia AIDC bernama Sman menceritakan pengalamannya mengikuti program Program Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Umum ke-12, di mana berdasarkan pengalaman peribadinya melalui kaedah ‘participant observation‘ (penglibatan dan pemerhatian) didapati Ketua Umum PKR itu tidak terlalu mementingkan soal solat semasa program itu dijalankan.
Sebaliknya menurut Sman yang juga bekas aktivis PKR, sepanjang program itu Anwar lebih mementingkan ceramah berbanding solat.
“Saya pernah ikut Anwar berceramah ke merata tempat dalam pilihanraya 2008 dan dapati Anwar memang tak begitu pentingkan soal solat.
“Kalau hulur sejadah tak ada air sembahyang pun dia akan sembahyang, tapi kalau tak ada org kesah, dia lagi tak kesah,”katanya ketika mengulas laporan Din Turtle ketika mengikuti Program Jelajah Anwar di Terengganu baru-baru ini.
Din Turtle, blogger dari Terengganu mengikuti program Anwar tapak pasar malam di Taman Shahbandar dari jam 5 petang hingga bertaqkirah di Surau Ladang.
Blogger Terengganu turut membetulkan maklumat blogger PAS yang mendakwa selepas selesai taqkirah selama satu jam, Anwar menunaikan solat Isyak di surau itu.
“Anwar TIDAK solat Isyak’ pun di surau itu … selesai bertazkirah, Anwar bergegas keluar untuk ke lokasi seterusnya sambil diiringi laungan Azan untuk solat Isya’, “lapor Din Turtle.
Seorang lagi pengunjung setia AIDC, bernama Ana berkata, Tidak timbul soal solat Isyak sepertimana yang dibangkitkan oleh Din Turtle itu kerana Orang yang bermusafir mempunyai kelonggaran untuk melakukan solat jamak.
Namun hujah Ana disangkal oleh Sman yang pernah berpengalaman dalam pengaturan jadual ceramah Anwar.
“Sembahyang jamak ?. Satu kali saya mengatur ceramahnya di dua tempat, saya dapati Anwar bertolak dari rumah sebelum Asar, sampai di tempat ceramah pertama Asar dah panjang, dia berceramah hingga hampir Maghrib, habis ceramah terus ke tempat ceramah ke 2, sampai di sana walau pun surau hampir dgn tempat ceramah dia tak tanya pun di mana nak sembahyang, dia terus saja berucap sehingga masuk Maghrib.
“Asar tentulah dah melepas. Tak tahulah kalau Zuhur dan Asar boleh dijamak di rumah sebelum bertolak, ” dedah Sman.

Ceramah Anwar Di Terengganu, Terpaksa Tumpang Crowd Pasar Malam


Din Turtle – Setiap hari Jumaat kawasan lapang di Taman Shahbandar menjadi tapak pasar malam terbesar di Terengganu. Ia menjadi kawasan tumpuan setiap hujung minggu bagi rakyat Terengganu.
Mengambil kira perkara itu, maka Bas Anwar telah menjadikannya lokasi hentian pertama dalam sesi Jelajah Merdekanya di Kuala Terengganu. Malulah kalau tidak ramai yang datang sambut …. sekurang2nya boleh tumpang crowd pasar malam.
Sememangnya satu keputusan yang tepat ! Bas Anwar tiba jam 5 petang dan disambut tak sampai 100 orang ! Crowd pasar malam pelan2 menghampiri lokasi untuk melihat dengan lebih dekat Bas Anwar dan ketika Anwar mula berceramah, adalah sekitar 300 orang.
Gambar dibawah diambil setelah 10 minit Anwar bercakap. Kanopi biru dibahagian atas adalah kawasan pasar malam dan asap yang kelihatan itu BUKAN dari bom asap FRU tapi asap peniaga bakar ayam percik dan sate.
Jam 5:30 pm
Di bawah pula adalah ketika yang paling ramai, dekat2 nak habis ceramah…
Jam 6 pm
Estimate sekitar 600 orang. Kalaupun saya silap, yang saya pasti TIDAK SAMPAI 1K bertentangan dengan dakwaan pencacai PR yang RIBUAN rakyat Terengganu menunggu untuk menyambut kedatangan Bas Anwar.
Dibawah adalah sudut gambar yang diambil oleh orang Pkr -

Kemudian Anwar ke Surau Ladang untuk solat Maghrib dan menyampaikan Tazkirah selama hampir 1 jam.

Surau kecil je, adalah sekitar 100 jemaah … yang kebanyakannya orang luar kariah.

Dari sebuah blog Pas -
Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya’ .. . hehehehe ..perkara kecil je tapi kalau dah salah maklumat,biarpun kecil kenalah diperbetulkan, ye dok ?
Anwar TIDAK solat Isyak’ pun di Surau itu … selesai bertazkirah, Anwar bergegas keluar untuk ke lokasi seterusnya sambil diiringi laungan Azan untuk solat Isya’.

Friday 9 November 2012

Islam Ala PAS: Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram?

October 19, 2012   ·   Published by: MyKMU.Net
PAS-Halal
 
PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru. Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan. Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.
Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan. Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang. Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.
Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan. PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.
Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu. Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.
Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.
Mat Sabu ni power gila, sampai restoran tak halal pon boleh jadi halal tak caya tengok kat bawah ni..
Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.
Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.
Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.
Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.
Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal. Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri.
Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian? Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan?
Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.
Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan.
Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan penguatkuasaan penggunaan logo halal bersama KPDNKK juga tidak pernah dijalankan.
Nah, inilah pentadbiran Islamik yang dilaung-laungkan PAS di mana soal halal haram makanan yang menjadi darah daging rakyat juga tidak dititikberatkan.
Jika perihal halal-haram makanan juga boleh diremehkan, tidak perlulah PAS terus berlakon alim melalui isu papan tanda iklan yang mewajibkan model wanita menutup aurat dan memaparkan tulisan jawi. Dosa mata itu adalah dosa kecil dan tidak akan menjadi darah daging serta tulisan jawi di papan tanda pula hanyalah simbol usaha mendaulatkan bahasa AlQuran. Membaca tulisan jawi di papan tanda tidak boleh menghalalkan kembali makanan haram yang dah tertelan.
Kesimpulannya, laporan audit yang dibentangkan bukan sahaja mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS Kedah yang hangat diperkatakan kini, tetapi ia juga mendedahkan betapa munafik atau hipokritnya PAS dalam soal agama.
Jelaslah kini bahawa agama hanyalah kosmetik bagi PAS. Pun begitu, PAS harus tahu bahawa kosmetik tidak semestinya membuat kita cantik. Kosmetik yang berlebihan membuatkan wajah lebih buruk malah merosakkan kulit dalam jangka panjang.

PAS Bersubahat Membenarkan Umat Islam Murtad

November 6, 2012   ·   MyKMU.net
pluralisma
 
Agenda Plural dan fahaman liberal yang dibawa Anwar Ibrahim bukan lagi satu rahsia. Walaupun Anwar masih berdolak-dalih dan tidak berterus-terang mengenainya tetapi setiap ungkapan, ucapan dan tindakannya menyerlahkan lagi pendiriannya dalam soal ini.
Anwar yang menyukai cara hidup bebas menemui keserasian dalam liberalisasi Yahudi Zionis yang berpegang kepada keterbukaan atau kebebasan tanpa batasan. Bagi mengelirukan dan memperdaya masyarakat agar melihat perjuangan mereka sebagai sesuatu yang benar, suci dan murni maka gologan berfahaman liberal ini merujuk agenda mereka sebagai perjuangan membela ‘hak asasi manusia’.
Bagi menepati keinginan mereka untuk hidup bebas dan terbuka, mereka berusaha memaksa manusia sejagat menerima bahawa yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk. Antaranya, amalan homoseksual, lesbian, transeksual serta gejala pondan. Begitu juga dengan seks bebas.
Kesemua amalan buruk ini terbukti membawa kepada berbagai penyakit serta kehancuran kepada struktur keluarga dan masyarakat, tetapi golongan ini berjuang untuk menobatkannya sebagai hak yang asas, atau semulajadi, bagi manusia, agar mereka boleh mengamalkannya tanpa dipandang serong atau dihukum.
Bagi memastikan mereka berjaya memaksa manusia menerima idea ini, maka mereka wajib terlebih dahulu menggoyahkan pegangan agama manusia sejagat, terutamanya Islam.
Walaupun secara dasarnya semua agama melihat amalan buruk di atas sebagai dosa dan salah, tetapi jelas hanya Muslim yang bersungguh-sungguh memeranginya.
Justeru, terbukti bahawa pegangan agama Islam adalah jauh lebih kukuh dan teguh berbanding agama lain, sekali gus menjadi musuh utama pejuang fahaman liberal ini. Kerana itu, Islam menjadi sasaran mereka tidak kira di mana, sejak dari dahulu dan selama-lamanya.
Untuk itu, agen, boneka, NGO, media dan barua atau balaci-balaci digunakan untuk mempromosi idea ini. Anwar, sebagai salah seorang pendokong fahaman ini, dilantik sebagai ‘barua’ dan dinamakan sebagai bakal pemimpin boneka bagi Malaysia.
Ini bermakna, Anwar bertanggungjawab memastikan agenda ini tercapai di Malaysia dan mungkin juga di rantau ini.
Fahaman liberal Anwar diwarisi oleh Nurul Izzah, anaknya juga bukan satu rahsia lagi. Ini menjelaskan kenapa pemimpin PKR berada di belakang pejuang murtad seperti Ambiga Sreevenasen dalam isu IFC serta turut cuba menutup isu murtad di Selangor.
Malah, kumpulan dan pemimpin yang memperjuangkan LGBT di seluruh dunia juga secara terbuka meluahkan sokongan kepada Anwar dalam kes liwatnya. Sokongan itu juga adalah konsisten dengan kenyataan Anwar yang menganggap bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk.
Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan dengan kenyataan Nurul Izzah yang merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk menghalang umat Islam yang ingin murtad. Kenyataan ‘tidak berlapik’ ini dikecam hebat oleh beberapa pihak termasuk aktivis PAS.
Namun, kenyataan oleh aktivis PAS bagi menyangkal pandangan Nurul Izzah adalah tidak cukup.
Sebagai parti yang menggunakan Islam sebagai namanya, dan Ulama sebagai simbol kepimpinannya, maka teguran atau kecaman terhadap kenyataan Nurul Izzah dilihat terlalu bersifat politik dan tidak membawa kesan.
Ini kerana, Nurul Izzah bukanlah ketua pertubuhan mana-mana NGO yang tiada kena mengena dengan PAS. Bukan juga wanita pingitan yang mana kenyataannya tidak akan membawa kesan signifikan kepada sesiapa.
Tetapi, Nurul Izzah adalah pemimpin dalam parti sekutu PAS. Lebih dahsyat, beliau juga adalah anak kepada bakal Perdana Menteri yang dipersetujui sendiri oleh PAS.
Ini bermakna, kenyataan Nurul Izzah bukan sahaja membawa pengaruhnya tersendiri tetapi ia juga merupakan kenyataan bapanya, iaitu bakal Perdana Menteri PR jika memerintah negara ini. Maka, pastinya, kenyataan tersebut bakal dilaksanakan dalam pemerintahan PR.
Ini adalah sesuatu yang pasti, apatah lagi dengan sokongan tidak berbelah bagi DAP yang begitu tegar, lantang dan degil memperjuangkan negara sekular. Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa fahaman liberal Anwar dengan Negara Sekular DAP mempunyai persamaannya yang tersendiri.
Justeru, sekiranya PAS masih lagi hanya ‘mengecam’ kenyataan Nurul Izzah, tetapi tidak mengambil tindakan signifikan untuk menyatakan ketegasan dalam membela akidah, maka tidak salah jika dikatakan bahawa PAS juga bersubahat dalam menjayakan perjuangan Yahudi Zionis untuk melonggarkan pegangan agama umat Islam di Malaysia serta menyebarkan pluralisme.
Hakikatnya, PAS hanya ada dua pilihan, iaitu terus menjadi rakan subahat golongan ini atau meninggalkan mereka dengan keluar parti. Tiada jalan tengah lagi

“Muslimut” PAS Wajar Pergi Kelas Tambahan Bahasa Inggeris

November 8, 2012   ·  MyKMU. Net
muslimut
Belum pun kering air mata Wan Azizah merasa belas terhadap anaknya Nurul Izzah yang dikecam hebat atas keceluparannya di sebuah forum, Dewan Muslimat PAS pula hadir mempertahankan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Ketua Dewan “muslimut” PAS, Siti Zailah langsung tidak percaya dengan dakwaan yang mengatakan bahawa Naib Presiden PKR itu bersetuju untuk golongan muslim di negara ini untuk memeluk agama lain selepas berumur 18 tahun.
Bagi Siti Zailah, seorang yang bertudung seperti Nurul Izzah pasti sayang kepada aqidah umat Islam di negara ini dan mustahil untuknya menyokong sesuatu yang mampu mengancam kehormatan Islam, terutamanya berkenaan soal “riddah”.
Menariknya, Ketua Dewan “muslimut” itu menuduh akhbar Utusan Malaysia sengaja memutar belit kenyataan Nurul Izzah dan sepatutnya akhbar itu meminta penjelasan dari anak sulung Anwar itu sebelum menyiarkan berita mengenainya.
Pertamanya, saya ingin meminta Siti Zailah untuk pergi kelas tambahan bahasa Inggeris di mana-mana pusat tiusyen berdekatan kediamannya bagi memperhalusi isu ini. Ia adalah memandangkan ucapan Nurul Izzah itu dibuat menggunakan bahasa Inggeris.
Namun sekiranya otak Ketua Dewan “muslimut” itu sudah berkarat dan bebal untuk menerima ilmu Allah itu, saya siarkan disini terjemahan petikan dari ucapan Nurul Izzah tersebut…
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”
Dalam hal ini, Nurul Izzah telah ditanya di forum tersebut tentang sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.
Dan apakah Siti Zailah begitu “bebal” sangat otaknya untuk memahami apa yang diucapkan oleh Nurul Izzah itu?
Lagipun, petikan itu diperoleh dari laman portal pro-pembangkang sendiri iaitu Malaysiakini yang terkenal dengan serangan-serangan manipulasi minda terhadap Kerajaan BN. Lainlah kalau dipetik dari Utusan Malaysia yang kononnya milik UMNO..kan?
Sekiranya Siti Zailah kurang pasti, rasanya dia boleh layari laman Youtube di mana terdapat rakaman video yang telah dimuat turun dan membuktikan betapa Nurul Izzah sanggup mengancam aqidah umat Islam dengan gejala murtad di negara ini.
Selain dari meletakkan aqidah umat Islam pada umur 18 tahun, Siti Zailah boleh tonton sendiri bagaimana “anak papa” ini menunjukkan sokongan terhadap hak dan gerakan LGBT yang menjadi amalan “papa”nya itu selama ini.
Saya sebenarnya jelek dengan “simpati bodoh” Siti Zailah terhadap Nurul Izzah memandangkan Dewan Pemuda PAS telah tampil untuk menempelak Naib Presiden PKR itu bagi isu yang sama.
Anak Nik Aziz, Nik Abduh baru-baru ini menyelar Nurul Izzah dan mendakwa anak Anwar itu tidak memahami firman Allah SWT berkenaan ayat Al-Quran yang tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk agama Islam.
Pada saya, sebelum Siti Zailah mengutarakan rasa tidak percaya atau simpatinya terhadap Nurul Izzah, dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada Nik Abduh yang menyerang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Cuma saya kurang pasti, sekiranya Azmin sebelum ini begitu berkuasa memecat Hasan Ali di dalam PAS, apakah Nik Abduh mampu memaksa Wan Azizah atau Anwar untuk memecat anak sulung mereka dari PKR?
Saya yakin jawapannya adalah tidak sama sekali. Anwar dan Wan Azizah takka memecat anak mereka itu. Lagipun, apa yang diucapkan Nurul Izzah itu adalah bersamaan dasarnya dengan perjuangan Anwar yang selama ini menyokong kebebasan asasi manusia “ala barat” dan LGBT.
Saya kini hanya menunggu kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengenai kenyataan Nurul Izzah tersebut dan saya yakin bahawa sekiranya dia mengeluarkan “fatwa”nya, sudah tentu ia akan “menasakh mansukh”kan fatwa Nik Abduh atau Siti Zailah.
Persoalannya, beranikah Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak dan kepentingan Anwar serta keluarganya? Rasanya tak mungkin Nik Aziz berani “derhaka” pada Anwar…kan?