Zahrain : Dana Asing, Di Mana Peranan Bank Negara ?
AIDCNews – 24/09/12 – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mempertikai peranan Bank Negara dalam isu kemasukan dana asing untuk membantu badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang di negara ini.
“Dalam isu ini saya agak keliru dengan tahap kemampuan atau competency pihak Bank Negara Malaysia dalam pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang kita.
“Kes terbaru melibatkan penyaluran dana asing kepada pertubuhan tidak berdaftar seperti Suaram menimbulkan beberapa persoalan yang agak merisaukan.
“Apakah Bank Negara sedar atau tidak tentang kemasukan dana berjuta-juta ringgit ini?,”katanya dalam tulisan terbaru di blognya, zahrainmp.blogspot.com.
Oleh kerana Bank Negara gagal memainkan peranannya, maka beliau mencadangkan agar pihak kerajaan menubuhkan satu badan baru khusus menyiasat jenayah menyaluran dana asing
“Jika Bank Negara tahu akan jenayah ini kenapa setakat ini belum ada apa-apa siasatan atau tindakan terhadap dalang-dalang ini?
“Jika Bank Negara sememangnya tidak tahu akan jenayah ini, saya mendesak agar kerajaan menubuhkan satu badan baru khusus menyiasat jenayah menyaluran sebegini kerana nyata pihak Bank Negara tidak mampu menjalankan tugas mereka menguatkuasakan – Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA),”katanya.
Katanya lagi, isu dana asing bukan lagi soal politik tetapi menyentuh persoalan keselamatan negara.
“Ianya adalah satu gerakan subversif moden. Saya katakan subversif kerana kegiatan sebegini telah terbukti menyebabkan hura-hara dan keruntuhan beberapa negara diTimur Tengah dan Afrika.
“Malah telah ada pertubuhan subversif yang berselindung disebalik ‘human rights’ atau kebebasan yang telah di-usir keluar dari Mesir dan juga Russia.
“Kita tidak perlu menunggu sehingga nasi menjadi bubur seperti di Mesir atau sehingga jalan-jalanraya kita dipenuhi rakyat yang diperdaya kuasa asing,”katanya lagi

No comments:
Post a Comment