Polis, ROS Dihalang Masuk Periksa Pejabat SUARAM
AIDCNews – 19/09/12 – Sekumpulan enam lelaki yang terdiri daripada pihak polis dan pegawai Jabatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) yang tiba di ibu pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di Petaling Jaya telah dihalang masuk untuk melakukan pemeriksaan di pejabat tersebut.
Pegawai polis dan ROS tiba kira-kira pukul 11.55 pagi.
Peguam SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri yang berada di pejabat itu berkata pihaknya tidak membenarkan pihak polis dan ROS memasuki premis mereka kerana ketiadaan waran geledah.
“Mereka cuba untuk masuk ke pejabat untuk menggeledah pejabat, tetapi kami tidak benarkan kerana mereka tidak mempunyai waran geledah.
“Setakat ini mereka hanya berada di luar pejabat, dan kami masih tidak membenarkan mereka masuk, keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider.
Mstar turut melaporkan pegawai polis dan ROS meninggalkan premis itu kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi.

Siasatan Terhadap Suaram Tidak Lengkap, Bank Negara Masih Jejak Transaksi
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah semasa dihubungi pada Rabu mengesahkan bahawa kertas siasatan (IP) yang dikemukakan SSM tidak lengkap untuk Pejabat Peguam Negara merangka pertuduhan.
“Siasatan tidak lengkap dan IP dikembalikan kepada SSM semalam,” kata Tun Majid ketika ditanya berhubung laporan media bahawa pertuduhan terhadap Suaram dan syarikat itu dijangka dibawa ke mahkamah, sama ada hari ini atau esok.
Sementara itu, seorang pegawai Bank Negara mengesahkan bahawa siasatan ke atas akaun dan “jejak wang” Suaram dan syarikat itu masih berjalan.
Pegawai itu berkata mereka masih mencari “sumber dana itu dan jejak wang dan transaksi lain yang disyaki”, dan Bank Negara juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi mengelak kemungkinan berlaku pertindihan siasatan sebelum mengemukakan IP mereka sendiri kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa SSM dalam siasatannya mengesan pelanggaran serius sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Akta Syarikat oleh Suaram dan syarikat itu.
Menteri itu mahu siasatan dibuat bagi menentukan sama ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Amerika yang didakwa menyalur dana Suaram berkaitan dengan penyangak mata wang George Soros.
Ismail Sabri meminta Bank Negara untuk menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan status Suaram. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment