Perdana Menteri dan kita
9 September 2012
Kita sebuah negara muda, baru ada enam Perdana Menteri. Ada yang berkaliber, ada yang tidak berkualiti. Yang unggul Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak dan Dr Mahathir Mohamad. Najib, anak Tun Razak, sedang dinilai.
Apa pun dia dilihat sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Ujian yang terbesar menunggunya: keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mampukah dia memulihkan Umno/BN, memberi kemenangannya lebih besar daripada keputusan tragis di PRU12?
Tunku berbangga dia adalah "seorang Perdana Menteri yang tergembira di dunia", sebelum tragedi 13 Mei 1969 berlaku. Tun Razak kembalikan maruah dan kedaulatan Peribumi, membandarisasikan kampung, melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang melahirkan golongan menengah dan profesional Peribumi, Dr Mahathir pula melanjutkan dasar tersebut terus melebarkan lagi usaha Tun Razak yang tergendala kerana dia mati secara mengejut. Dr Mahathir berjaya mentransformasikan negara kita dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri sederhana dan pendapatan sederhana. Najib sedang berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara industri dan berpendapatan tinggi seperti dihasratkan oleh Dr Mahathir (Visi 2020). Apa pun, keenam-enam Perdana Menteri ada satu persamaan - semua gembira dengan kuasa dan perks atau faedah dan manfaat istimewa melalui jawatan itu.
Tugas PM tiada definisi... Terpulang kepada pemegang jawatan tersebut dan kaliber, kewibawaan, kecerdikan dan kecergasan melaksana apa yang pokok padanya dan memanfaatkan agama, bangsa, negara dan rakyat. Ada antaranya menjadi so self-righteous hingga tidak menghiraukan nasihat: dia sahaja yang betul, benar, menangkap, membuang dan menganiayai rakyat dan kawan.
Semua diwajarkan kerana muslihat politik bukan kepentingan negara; kerana dendam. Mengaut harta sebelum bersara atau dipaksa bersara. Kepentingan rakyat tidak didahulukan.
Ada pendapat penggal seorang Perdana Menteri dihadkan kepada 10 tahun sahaja. Presiden Amerika Syarikat dihadkan untuk dua penggal iaitu lapan tahun bermula selepas Perang Dunia Kedua tamat kerana Franklin D Roosevelt meninggal dunia dalam jawatan setelah menduduki White House selama empat penggal (1933-1945).
Perdana Menteri kita, seperti Perdana Menteri British, tiada had selama mana dia memerintah asalkan dia terus menang pilihan raya umum. Dr Mahathir memegang rekod dalam sejarah kita, memerintah selama hampir 23 tahun (1981-2003), satu rekod sukar dipecahkan kecuali Malaysia jadi seperti Korea Utara atau Cuba.
Saya tidak setuju penggal Perdana Menteri dihadkan. Seorang Perdana Menteri yang tidak unggul tidak dapat mempertahankan jawatan lebih satu penggal pun, yang berkualiti tidak ada masalah. Tunku (1957-1970), Tun Razak (1970-1976), mangkat dalam jawatan. Yang tidak berkaliber lazimnya tegas Speaking, "Sinks into a more negative attitude towards things than it is good for the country and the rakyat - merosakkan negara dan rakyat kalau dibenarkan melebih satu penggal."
Tony Blair, dalam satu ucapan di persidangan Parti Buruh dalam 1998, berkata, secara berjenaka saya fikir, tetapi besar maknanya. "Apabila saya jadi Perdana Menteri mereka (pegawai kerajaan) mengajar saya cara melancar bom nuklear, lepas itu mereka ambil pasport saya, kemudian mereka mengatur program supaya saya sentiasa berkunjung ke luar negara."
Adakah Najib lebih rajin daripada bapanya dan Dr Mahathir? Najib tidak berat tulang tetapi soal terpenting harus ditanya adakah impaknya kepada negara, rakyat melebihi kesan yang ditinggalkan oleh bapanya dan Dr Mahathir?
Bagi Perdana Menteri moden menjelajah seluruh alam bila-bila masa pun boleh kerana itu satu tugas dan perks jawatan.
Jawatan Perdana Menteri adalah seperti pingat emas dalam sukan Olimpik, perak Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan gangsa (menteri). Jawatan Perdana Menteri akan terus menjadi idaman dan impian politikus dan muda-mudi kita selagi kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen.
Tidak salah bahkan saya galakkan semua mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Tidak susah, pertama mesti ada kepercayaan pada diri sendiri: berjaya atau tidak soal kedua. Harus ada cita-cita terlebih dahulu.

No comments:
Post a Comment