Sunni, Syiah, si luncai
Daripada 1.8 bilion umat, 90 peratus adalah ahli Sunnah Wal Jamaah yakni Sunni yang lain adalah pengikut Syiah yang dikepalai Iran. Bilangan terbesar umat di dalam sebuah negara tinggal di Indonesia.
Sunni tiada ketua yang formal. Hanya Islamik Republik Pakistan mempunyai bom nuklear. Wahabi satu golongan yang amat konservatif, dominan di Arab Saudi. Dalam politik Islam kontemporari, suka duka, wujud persaingan kuat antara Sunni dan Syiah dan antara golongan tertentu dalam jemaah Sunni dan juga jemaah Syiah.
Makin ketara di Syria. Keadaan di Timur Tengah sekarang runcing. Keputusan "perang saudara" di Syria (baca Sunni lawan Syiah) akan mewujudkan landskap politik Islam baru. Ummah, nampaknya, terus jadi si luncai di merata-rata. Keanggotaan Syria dalam OIC telah digantungkan.
Sambil melihat peta Timur Tengah, saya hanya tidak berkesempatan melawat walaupun ada jemputan Iraq, Israel (tidak boleh ke Israel tanpa izin kerajaan kita dan saya tidak pernah memintanya). Tidak menyesal dengan keputusan itu.
Mungkin selepas Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), saya akan memohon izin untuk menziarahi Baitulmuqaddis kerana ingin solat di Masjid Al-Aqsa (Dome of the Rock) di mana Rasulullah melakukan Israk Mikraj. Masjid Al-Aqsa adalah tanah suci ketiga bagi ummah selepas Makkah dan Madinah. Dome of the Rock juga "tanah suci" bagi Yahudi dan Kristian.
Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh wilayah Timur Tengah di bawah Empayar Ottoman (Turki). Empayar Ottoman jatuh - dengan pertolongan Arab kepada British dan sekutunya juga sebab kelemahan kerajaan di Istanbul - Arabia dipecahkan menjadi Arab Saudi, Jordan, Iraq, Syria dan Lubnan.
Selepas Perang Dunia Kedua, Israel ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditaja oleh Amerika - British dan disetujui serta direstui 5 kuasa besar yang menganggotai Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Perancis, Soviet Union (kini Rusia) dan China (di bawah Kuomintang).
Selepas perang Arab - Israel 1967, Jordan hilang Jerusalem, Mesir Sinai dan Syria Golan Heights yang strategik itu kepada Israel. Kesemua menjadi hak Israel tetapi selepas perdamaian Mesir - Israel, Sinai dipulangkan kepada Mesir, Golan Heights kepada Syria. Tetapi Jerusalem terus diperintah oleh Israel.
Mitt Romney, calon Presiden Amerika melawan Presiden Obama dalam Pilihanraya Presiden awal November ini telah berikrar kalau dia menang Amerika akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Yahudi. Bukan silap ibu mengandung tetapi kebebalan politik ummah di rantau itu yakni ketidakwajaran siasah Arab waktu itu juga kini. Salah hisab politik nampaknya terus berlaku sampai sekarang.
Jangan terperanjat satu ketika nanti jika wilayah dan negara baru timbul daripada pecahan negara-negara yang kini wujud di Timur Tengah melalui dasar pecah dan perintah oleh kuasa dominan sekarang.
Siapa/bangsa yang lupakan sejarah mengundang sejarah yang sama berulang. Dulu Arab, dengan British, Perancis menumbangkan Empayar Ottoman kerana tidak wujud politik sensitif, mendahulukan kepentingan mereka, keluarga, kroni dan puak elitis bukan rakyat, pemerintahan khalifah di Istanbul digulingkan dengan mudah.
Diharap kita mengambil iktibar dengan keadaan yang sedang berlaku di negara Arab dan sekeliling kita. Jangan kita berlaga sesama sendiri lantas pihak minoriti - seperti Israel di Timur Tengah - menjelma lebih gagah lagi di negara ini pun.
Apa telah dan sedang berlaku pada bangsa Arab, kalau tak kena buat, akan berlaku pada Peribumi di sini. Di Iraq, walaupun Syiah minoriti menakluki dan memerintah akibat campur tangan kuasa dominan ghairah menjatuhkan Saddam Hussein. Persaingan hebat berlaku di Timur Tengah antara Amerika Syarikat, Israel, British dengan Syria, Iran (dengan sokongan politik Rusia dan China).
Setakat ini nampaknya satu kemenangan secara tidak langsung bagi Tehran. Berapa lama lagi kemenangan ini berterusan kita tidak tahu. Bertambahnya pengaruh, kuasa Iran di Iraq dan Syria merunsingkan golongan Sunni tertentu, Turki, Arab Saudi dan negara Arab Teluk (Emirates), Jordan dan Lebanon.
Israel tidak takut walaupun Hizbullah, sekutu kuat Iran, musuh ketat Israel. Iran dan Hizbullah mahu negara Israel dileburkan dari muka bumi ini: retorik saja kerana mereka masih lemah lagi. Israel, sebenarnya, suka Syria stabil kerana ia tidak mengancamnya, cakap sahaja. Syria tidak berdaya mengambil tindakan balas bahkan reaksinya sederhana dan tidak luar biasa terhadap pengeboman ke atas nuclear development sitenya di Al-Kibar oleh Israel pada 2007.
Israel dan sekutu serta jaguhnya Amerika Syarikat lega sedikit kerana Mesir walaupun di bawah Presiden Muhammed Mursi setakat ini agak bijak mengendalikan kepentingan Amerika di rantau itu. Retorik mungkin bagai guruh bunyinya tetapi pemerintah baru di Kaherah tidak bertindak kerana ia sedar kenyataan politik, ekonomi, dan ketenteraan di sana.
Kemenangan Ikhwanul Muslimin setakat ini tidak mengancamkan kepentingan Amerika seperti yang dijangkakan. Kuasa wilayah atau regional powers adalah Israel, Turki dan Arab Saudi. Ketiga-tiga adalah sekutu rapat AS. Walaupun hubungan antara Israel dan Turki kini tegang sejarah keakraban politik dan ketenteraan mereka lama; persahabatan kedua-dua akan pulih kerana realpolitik.
Selain dari Amerika Syarikat dan beberapa negara Kesatuan Eropah, Turki, Arab Saudi dan negara Arab Teluk banyak memberi bantuan berupa material dan kewangan kepada pemberontak dan pejuang anti Bashar al-Assad.
Pergolakan di rantau Timur Tengah sekarang akan melengahkan lagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Pelarian dan bangsa Palestin terus jadi mangsa kepentingan politik pihak tertentu.
Di Malaysia, kini ramai pendatang Syiah - majoriti dari Iran. Kegiatan mereka dilaporkan oleh media, namun banyak yang lebih penting tidak! Kita ada masjid India, masjid Pakistan, tidak lama lagi masjid Cina. Satu hari, barangkali tidak lama lagi, masjid Syiah.
Ada Melayu tertarik dengan mutaah. Ramai lagi suka kahwin secara mutaah - pemberian berupa wang, barang daripada suami kepada isteri yang diceraikannya, diwajibkan jika perceraian itu atas kehendak suami tetapi tidak wajib pemberian itu kalau isteri minta cerai. Tegas seorang ustaz, "lebih kurang kahwin kontraklah".

No comments:
Post a Comment