Anwar Sindir Umat Islam Emosi Bantah Filem Hina Nabi Muhamad SAW
AIDCNews – 26/09/12 – Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai permasalahan jiwa umat Islam yang beremosi dan cepat melenting.
“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu masalah jiwa umat Islam..mudah marah dan beremosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan Britain, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke negara itu baru-baru ini.
Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia“.
Rencana itu juga turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.
Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, “mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa”
“Dia (Anwar) adalah seorang moden tradionalis,” lapor Eddie Barnes, “dia juga menyokong Salman Rusdie, penulis buku ‘The Satanic Verses‘, tetapi dia masih meminati novel-novel karangannya yang lain,” tambahnya lagi.
‘The Satanic Verses’, buku karangan Salman Rusdie juga merupakan karya yang menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah ‘gila’.
Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia.
Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW.
Sila tonton ucapan Anwar dalam rakaman video di atas.
Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

No comments:
Post a Comment