Sunday 23 September 2012

Pengakuan Wartawan Malaysiakini

Pengakuan wartawan veteran YL Chong yang meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih sedekad lalu menarik perhatian umum.
Menurut Chong, punca beliau bertindak demikian kerana portal berita itu tidak telus dan cuba menyembunyikan penerimaan dana daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Pengakuan beliau itu muncul selepas media mendedahkan Malaysiakini dan Suaram adalah antara pertubuhan antikerajaan yang menerima dana asing termasuk daripada Soros. Siasatan awal pihak berkuasa mendapati ada bukti kukuh kedua-dua organisasi itu menerima dana secara konsisten antaranya daripada National Endowment for Democracy (NED) pimpinan tokoh Yahudi Carl Gershman dan Open Society Institute (OSI) milik Soros.
Menurut Chong, dua teraju Malaysiakini iaitu Steven Gan dan Premesh Chandran enggan mengakui secara terbuka menerima dana OPI. ‘‘Malah Gan berkata Malaysiakini akan mati jika mengaku menerima pembiayaan Soros,’’ kata beliau mengimbas peristiwa 11 tahun lalu.
Awang tidak terkejut. Selama ini, portal berita propembangkang itu mempunyai reputasi laporan berat sebelah selain suka memburuk-burukkan kerajaan. Lebih sedekad Malaysiakini membawa agenda dan aspirasi luar yang mencurigakan. Rupa-rupanya mereka ada ‘tuan’ di luar, yang suatu ketika hampir-hampir menjahanamkan negara menerusi serangan mata wang ketika krisis kewangan Asia.
Atas sebab itu, Malaysiakini kelihatan agresif memainkan peranannya menjadi ejen propaganda asing dan pembangkang dengan berselindung atas nama kebebasan media alternatif. Beberapa siri perhimpunan haram Bersih yang penganjurannya turut menerima dana asing daripada OSI, digembar-gemburkan secara luar biasa oleh Malaysiakini. Tetapi perhimpunan itu gagal menumbangkan kerajaan Malaysia seperti yang menjadi agenda tersirat. Bukan rahsia lagi Soros adalah antara tokoh yang membiayai gerakan menggulingkan kerajaan Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.
Minggu lalu Awang menyentuh tentang pengaruh Soros ke atas media antarabangsa. Stesen TV Fox News pernah melaporkan bagaimana lebih 30 organisasi media menerima wang kotor daripada Soros agar kandungan berita mengikut percaturan beliau.
Apa pun Awang ucapkan tahniah kepada Chong atas keberaniannya mendedahkan kebenaran. Itu jugalah tindakan yang diambil oleh editor dan wartawan kanan di beberapa negara Barat setelah mengetahui campur tangan asing dalam organisasi media.
Ia bukan setakat soal dana asing, etika kewartawanan atau wang kotor untuk menyara keluarga. Lebih daripada itu ia adalah soal kedaulatan negara, yang semua warga negara tidak seharusnya berkompromi. Untuk apa mengkhianati negara sendiri dengan membuka pintu kepada anasir asing?

Bekas Wartawan MalaysiaKini mengaku terima dana Soros.

 

Pengakuan dia boleh dibaca menerusi blog dia. Sebenarnya benda neh kes lama yang dibuka semula. Bekas wartawan malaysiakini yang bernama Y.L Chong telah menulis mengenai perkara tersebut sehingga membawa kepada perletakkan jawatan dia di Malaysiakini, atas isu yang sama, iaitu Malaysiakini yang dikatakan menerima dana asing untuk beroperasi.

Kenyataan dia kat bawah neh ;
 
Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.
"Saya memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk menjernihkan keadaan dan tidak menyembunyikan maklumat daripada pelanggan dan pembaca.
"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros," katanya dalam satu temu bual.
Chong menekankan bahawa beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi perlu bersikap telus selepas menerima wang tersebut.
"Namun saya percaya dalam etika kewartawanan, terutamanya di Malaysiakini turut mempertahankan ketelusan dan keterbukaan," katanya.
Chong yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya ww.desiderata2000.blogspot.com beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan Malaysiakini dan Suaram antara oraganisasi yang didakwa menerima dana asing.
Dua penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros.
"Pada ketika itu, saya berkhidmat sebagai editor berita dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini.
"Saya difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini," katanya.
Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran.
Kedua-dua mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI.
"Malah, Gan berkata ia akan membawa kemusnahan kepada Malaysiakini jika mereka mengaku menerima dana tersebut," katanya.
Chong turut menyuarakan kekecewaan terhadap pengurusan portal berita itu yang mendedahkan bahawa beliau berundur kerana tidak berpuas hati dengan bayaran gaji.
"Mereka memutarbelitkan fakta untuk menutup punca sebenar mengapa saya menghantar surat peletakan jawatan," katanya. -MSTAR-

Aku tatau siapa berkata benar. Namun, elok la Malaysiakini buat kenyataan balas andai mereka difitnah. Sejujurnya aku berasa sedikit sangsi andai george soros benar2 melabur ke atas malaysiakini.

Ini kerana aku percaya, itu adalah satu langkah untuk george soros masuk campur dalam urusan pentadbiran negara lain. Mungkin dia nak wujudkan spekulasi2 melalui saluran pemberitaan di satu2 negara, untuk mempengaruhi ekonomi dan satu2 keputusan, which is aku rasa tak bagus.

Tapi, tuduhan tak terbukti sehinggalah Y.L Chong boleh memberikan dokumen sokongan bagi mempertahankan tuduhan dia. Sekadar cakap2 neh aku rasa seme orang dah masak dengan tuduhan demi tuduhan. Namun, Malaysiakini juga kena buat kenyataan berhubung perkara tersebut bagi menjelaskan kesangsian yang timbul sebab berita neh dah masuk paper arus perdana.

Almaklumlah, masyarakat kebanyakkan lazim nya menganggap apa2 yang disiarkan di akhbar adalah fakta, walhal ia hanyalah bersifat laporan semata2.

Kenyataan bekas wartawan malaysiakini boleh rujuk kat link bawah ;

http://desiderata2000.blogspot.com/2011/10/mi-mm-mkini-and-malaysia-chronicle-saga.html


http://www.desiderata2000.blogspot.com/2012/09/will-desi-enjoy-another-15minutes-of.html

No comments:

Post a Comment