Wednesday, 26 September 2012

Anwar Ibrahim Persendakan Hudud



AIDCNews – 27/09/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai berbentuk mempersendakan hukum hudud apabila memperlekehkan hukum syariah itu sebagai ‘memotong tangan atau apa-apa sahaja yang boleh dipotong’
“Ketika saya bertanya, ‘apakah yang anda faham tentang syariah’…(sambil memperlahankan suara Anwar berkata)..the chopping of hands and whatever that can be chopped (memotong tangan dan apa-apa sahaja yang boleh dipotong)”
Rujuk minit 3:01 dalam rakaman video di atas.
Kata-kata di atas menyebabkan hadirin yang mendengar, majoritinya Kristian tertawa, lalu disambut Anwar dengan berkata, “awak tahu apa maksud saya”.
Anwar berkata sedemikian ketika memberi ucap utama dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia pada tahun 2009.
Menurut Anwar, matlamat tertinggi syariah seperti terkandung dalam maqasid syariah bukan sahaja berbentuk undang-undang, peraturan, prosedur dan penghakiman, sebaliknya bermatlamat untuk menggalakkan kebebasan beragama.
“Apakah perkara terakhir dalam matlamat tertinggi syariah, maqasid syariah.
“Matlamat tertinggi syariah seperti dikemukakan oleh (Abu Ishad) Syatibhi..berusaha untuk menjelaskan bahawa perkara ini (syariah) bukan sahaja berbentuk undang-undang, peraturan, prosedur, pentadbiran, penghakiman.
“Tujuan itu adalah penting. Kita mesti berusaha memahami, menghargai dan mengidelaisasikan matlamat syariah
“Apakah maksud tersurat di sana..Pertama, matlamat tertinggi maqasid syariah adalah mesti mengamalkan kebebasan beragama. Mempertahankan agama anda..ya..tetapi mesti membenarkan kebebasan menganut apa-apa kepercayaan yang bermaksud kebebasan beragama,” dakwa Anwar.
Anwar juga turut memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemontrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW.
“Itu protes selalu terjadi..demonstrasi besar-besaran, sedangkan di Pakistan anda (umat Islam) bakar rumah kedai.
“Jadi, saya kata kepada mereka..’lihat (Pakistan) ini adalah negara miskin, dan lelaki miskin terpaksa menunggu masa selama 15 tahun untuk membeli motorsikal kecil.
“Dan apabila anda marah dengan isu Kartun Danish, anda bakar motorsikal Ahmad,”kata Anwar sambil disambut gelak ketawa.
Menurut Anwar nabi Musa AS adalah sama dengan Mosses dan Nabi Isa AS adalah sama dengan Jesus.
“Saya dilahirkan muslim, saya percaya kepada Islam..Apabila anda merujuk kepada (nabi) Musa..Mosses atau (nabi) Isa..Jesus.
“Saya tidak angkuh..saya selalu mengangungkan (nabi) Isa AS..semoga dirahmati dan dicucuri keatasnya.
“Kita (muslim) tidak memanggil Jesus, tetapi nabi Isa AS,”katanya.
Ustaz Ismail Mina : Perancangan Musuh Guna Senjata ‘Maqosid Syariah’ Kelirukan Ummah
Dr Yusri : Pemahaman Islam Anwar Bermasalah…

No comments:

Post a Comment