Dewan Ulama Intai Kemunculan ‘Islamist Democrats’ PAS
AIDCNews – 22/09/12 – Dewan Ulama PAS Pusat mula mengintai kemunculan satu golongan baru dalam parti itu yang dinamakan ‘Islamist Democrats’.
Ahmad Mouhyideen Hasyim, Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat yang juga merangkap ahli Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat dalam artikelnya “Artikel Ulamak Pelapis : Islamist Democrats Mengelirukan” membahaskan makna dan agenda di sebalik pemakaian istilah tersebut.
“Bagi memahami apa kehendak sebenar golongan ini dengan istilah tersebut, mereka telah menerangkan bahawa Islamist adalah kata sifat (adjective) dan Demokrat adalah kata nama (mausuf / noun). Oleh itu, ia boleh diterjemahkan sebagai ‘pejuang demokrasi yang Islamik’.
“Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah ‘Islamist Democrats’ adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS. Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam,”katanya.
Menurutnya, pemakaian istilah itu diambil dari Barat yang bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam kepada beberapa kelompok mengikut kaca mata mereka.
“Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Islam dan pejuangnya mempunyai pelbagai versi. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-merendah dan memburuk-burukkan persepsi orang ramai terhadap kumpulan Islam.
“Sebagai contoh, pejuang Islam dilabel sebagai golongan fundemantalist untuk menggambarkan mereka sebagai golongan yang kuno, tegar agama dan tidak ada kompromi.
“Perlabelan Islamist Democrats hakikatnya adalah menggunakan method yang sama yang digunakan oleh penganalisis Barat. Islamist Democrats sebagaimana yang diterangkan sebelum ini adalah untuk membezakan diri mereka daripada golongan Islamist. Ia tidak lain untuk menggambarkan bahawa mereka lebih pandai berpolitik, menyuarakan mesej dengan bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat awam dan melalui cara yang lebih lunak,”katanya lagi.
Berikut dilampirkan tulisan Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat itu :
Artikel Ulamak Pelapis : Islamist Democrats Mengelirukan …
Oleh: Ahmad Mouhyideen bin Hasyim.
PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan kedaulatan agama sentiasa berusaha untuk menerangkan Islam kepada semua lapisan dan golongan masyarakat sama ada muslim atau non muslim. Mengemukakan matlamat yang jelas dan prinsip yang tegas adalah keperibadian PAS yang berlandaskan ajaran Quran dan Sunnah serta perjalanan dakwah Nabi S.A.W.
Pun begitu, timbul satu golongan baru dalam PAS yang menggelarkan dirinya sebagai Islamist Democrats yang agak liberal dalam pemikirannya. Artikel ini akan cuba melihat dan mengkaji istilah dan pemikiran golongan tersebut guna untuk menilai sejauh mana ia bertepatan dengan aspirasi PAS untuk memperjuangkan Islam.
Istilah Islamist Democrats:
Bagi memahami apa kehendak sebenar golongan ini dengan istilah tersebut, mereka telah menerangkan bahawa Islamist adalah kata sifat (adjective) dan Demokrat adalah kata nama (mausuf / noun). Oleh itu, ia boleh diterjemahkan sebagai ‘pejuang demokrasi yang Islamik’.
Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS. Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam.
Islamist Democrats pengaruh Barat:
Penganalisis Barat selalu menggunakan pelbagai istilah dan label untuk mengklasifikasikan Islam dan pejuangnya seperti Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Progresif, Islam Ortodoks, Islam Protestan, fundemantalist, reformist, Post Islamism dan lain-lain. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Islam dan pejuangnya mempunyai pelbagai versi.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-merendah dan memburuk-burukkan persepsi orang ramai terhadap kumpulan Islam. Sebagai contoh, pejuang Islam dilabel sebagai golongan fundemantalist untuk menggambarkan mereka sebagai golongan yang kuno, tegar agama dan tidak ada kompromi.
Perlabelan Islamist Democrats hakikatnya adalah menggunakan method yang sama yang digunakan oleh penganalisis Barat.
Islamist Democrats sebagaimana yang diterangkan sebelum ini adalah untuk membezakan diri mereka daripada golongan Islamist. Ia tidak lain untuk menggambarkan bahawa mereka lebih pandai berpolitik, menyuarakan mesej dengan bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat awam dan melalui cara yang lebih lunak.
Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Pertama; mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan keduanya; mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.
Justeru, perlabelan Islamist Democrats secara mafhum yang berlawanan dengannya membawa maksud golongan Islamist adalah golongan yang terlalu memaksa orang lain untuk menerima pendapat mereka, agak kuno daripada sudut pendekatan dan tidak pandai berpolitik.
Method perlabelan ini tidak seharusnya berlaku dalam gerakan Islam. Ia sangat mengelirukan orang ramai. Ia adalah untuk membina persepsi yang buruk kepada golongan Islam yang mereka gelar sebagai Islamist. Budaya perlabelan seperti ini adalah budaya Barat yang perlu ditolak.
Perbezaan Perjuangan PAS dengan golongan Islamist Democrats:
Daripada istilah Islamist Democrats yang membawa maksud pejuang demokrasi yang Islamik, kita dapat fahami bahawa asas perjuangan golongan ini adalah demokrasi dan Islam hanyalah sifat kepada perjuangan tersebut. Penekanannya adalah kepada demokrasi sementara Islam hanya untuk memperincikan lagi ciri demokrasi tersebut. Dari sudut ini, golongan ini telah membuat kesilapan yang sangat besar.
Secara tidak sengaja, ia telah menukar penekanan daripada perjuangan Islam kepada perjuangan demokrasi. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri Islamik menjadi hanya salah satu ciri sahaja kepada Pejuang Demokrasi.
Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ia bertepatan dengan kehendak Islam dan ajarannya yang menjadi tunjang kepada perjuangan PAS. Adakah perjuangan PAS memperjuangkan demokrasi atau memperjuangkan Islam?
Pasti jawapannya adalah memperjuangkan Islam kerana dalam perlembagaan PAS jelas menyatakan demikian.Ia adalah perjuangan yang menjadi mata rantai perjuangan para Anbiya’.
Fathi Yakan berkata: “Apabila saya mengaku sebagai muslim maka saya wajib bekerja untuk Islam … Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam.” (Apa Ertinya Saya Menganut Islam, 2000).
Adapun demokrasi hanyalah wasilah yang digunakan oleh PAS untuk menegakkan Islam. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Presidennya, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang: ” PAS mengemukakan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud di peringkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi.” (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Saya adalah daripada kalangan orang yang meminta demokrasi dengan sifatnya sebagai wasilah yang memudahkan dan terkawal untuk mencapai tujuan kita dalam kehidupan yang mulia ini yang mana kita mampu di dalamnya menyeru kepada Allah dan kepada Islam …” (Min Fiqhi Ad-Daulah, 1997).
Justeru, perjuangan golongan Islamist Democrats bercanggah dengan perjuangan PAS dan gerakan Islam yang lain. Perjuangan mereka tidak boleh diterima kerana asas perjuangan mereka adalah demokrasi, bukannya Islam.
Perjuangan Islamist Democrats berbentuk cebisan, tidak menyeluruh:
Golongan Islamist Democrats menyatakan bahawa mereka hanya mahu memainkan peranan dalam proses tadbir urus berdemokrasi dan tidak akan memaksakan pendirian mereka ke atas sesiapa sama ada yang bersifat politik mahupun agama. Kenyataan mereka ini adalah sesuai dengan perkataan ‘demokrasi’ yang memberikan kebebasan memilih tanpa paksaan terhadap seseorang.
Kenyataan ini sebenarnya menyerlahkan lagi pendirian dan perjuangan mereka terhadap demokrasi dan bukannya Islam yang menyeluruh. Islam sifatnya syumul dan menyeluruh. Dalamnya terdapat perkara yang berkaitan toharah, solat, puasa, menunaikan zakat, haji, ekonomi, undang-undang jenayah sehinggalah urusan negara dan pentadbiran.
Imam Hasan Al-Banna berkata: “Islam adalah sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Ia adalah akhlak dan kekuataan atau rahmat dan keadilan. Ia adalah thaqafah dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman ….” (Nazorat fi Risalah at-Ta’lim, 1990).
Mohd Abdullah al-Khatib dan Mohd Abdullah al-Halim menulis: “Imam Al-Banna dalam pemikirannya dalam perkara ini ketika menulis Risalah at-Ta’lim memulakannya dengan rukun Faham. Ini adalah kerana bekerja untuk Islam dan berkumpul sekitarnya tidak mungkin sebelum memahaminya. Beliau sangat mengambil berat agar kefahaman Ikhwan adalah kefahaman Islam yang sebenar, tidak meninggalkan salah satu aspek daripada aspek-aspek Islam.” (Nazorat fi Risalah at-Ta’lim, 1990).
Memperjuangkan hanya proses tadbir urus yang berdemokrasi hanyalah cebisan dan satu aspek daripada apa yang terkandung daripada Islam dan bertentangan dengan contoh tauladan perjuangan Junjungan Nabi S.A.W.
Justeru, tidak peliklah mereka mengelak daripada memperjuangkan dasar PAS yang amat jelas dan syumul. Mereka menggesa agar PAS tidak menimbulkan isu Hudud kerana perbincangan dan perdebatan isu ini pada pandangan mereka membawa kesan yang negatif.
Ia berbeza dengan pendirian PAS melalui Presidennya, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang yang tegas dengan prinsip dan dasarnya dalam isu Hudud. Beliau berkata: “PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka … PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya.” (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).
Islamist Democratic Sedunia?
Golongan ini selalu mendakwa bahawa Islamist Demokratic yang tidak membicarakan tentang doktrin Negara Islam dan undang-undangnya adalah sejajar dengan perubahan pendekatan oleh pejuang dan gerakan Islam seluruh dunia sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah melalui Arab Spring. Ia lebih dikenali sebagai Post Islamism oleh Barat.
Dakwaan ini jika diperhatikan tidak ada asasnya. Dr. Mursi sebelum menjadi Presiden Mesir ketika menyampaikan ucapannya sebagai Presiden Parti al-Hurriyyah wal Adalah sempena muktamarnya yang pertama berkata:
“Parti ini lahir daripada rahim Ikhwan Muslimin dan natijah daripada perjuangan Ikhwan yang panjang tetapi ia adalah terpisah daripada sudut pentadbiran dan kewangan. Ia adalah parti politik yang berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan bersumberkan Islam.” Beliau menyebut bahawa syiar parti yang pertama adalah Mesir dan ia adalah tujuan kita yang pertama yang akan kita bergerak daripadanya kepada daulah Islamiyyah (Negara Islam). Agama rasmi Mesir ialah Islam dan ia adalah sumber perundangan. (Al-Yaum as-Sabi’, 23 Julai 2011).
Jelas bahawa Dr. Mursi tanpa berselindung menegaskan prinsip partinya untuk menegakkan Negara Islam dan Islam adalah sumber perundangan. Walaupun beliau tegas dalam kenyataan tersebut, beliau tetap menang dalam pilihanraya Presiden yang pertama selepas kejatuhan Husni Mubarak.
Dr. Muhammad Badi’, Al-Mursyidul al-Am bagi Ikhwan Muslimun pula menyeru agar para Ulamak dan Khatib menerangkan tentang kebaikan Hudud dan Syariat Islam dengan berkata: Sekiranya para Ulamak dan Khatib berjaya menzahirkan kebenaran dan apa yang terdapat dalam Syariat Islam yang membawa kerahmatan, kebaikan yang banyak kepada manusia dan kebahagiaan di dunia serta akhirat maka masyarakat sendiri akan ingin melaksanakan Syariat Islam. Mereka akan mempertahankannya dengan penuh kekuatan dan keazaman.” (ikhwanonline.com, 31 Mei 2012).
(Penulis adalah Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat merangkap ahli Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat).

No comments:
Post a Comment