Sunday, 30 September 2012

Sejauh Mana Islamis Demokrat Berjaya Kuasai PAS


AIDCNews – 28/09/12 – “Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,” begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com.
Menurutnya, terma Islamis Demokrat itu selaras dengan pendirian yang berubah-ubah gerakan Islam di seluruh dunia, seperti yang berlaku di Timur Tengah.
Katanya lagi, secara global, Islamis telah beralih daripada “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.
Pengarah Penyelidikan PAS Pusat berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.
Siapa di belakang REFSA
Menurut penanginstitute.org, Liew Chin Tong adalah Pengarah Eksekutif REFSA yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Pulau Pinang.


Chin Tong juga Pengarah Eksekutif SERI (Socio-Economic and Environmental Research Institute) dan sebelum ini merupakan penyelidik pelawat di ISEAS (Institute of Southeast Asian Studies), Singapura.

Menurut Helen Ang, SERI adalah nama lama kepada Penang Institute, di mana Chin Tong adalah Pengarah Eksekutifnya.
REFSA pernah berkerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy) untuk menganjurkan bengkel-bengkel penganjuran BERSIH, namun menurut penyelidik Barat, Tonny Cartalucci, nama REFSA dan kaitan dengan BERSIH dipadamkan apabila isu tajaan asing terhadap perhimpunan itu dibangkitkan.
Islamis Demokrat dikritik
Lima hari selepas Dzulkefly mula mempopularkan istilah Islamis Demokrat di forum REFSA itu, pada 22 September, laman tertua PAS, tranungkite.net menyiarkan pandangan Zulhimi attakiri mengkritik istilah tersebut.
“Jangan pandang Islam seperti kristian. Kalau memandang Islam seperti kristian, secara langsung para akademia akan terbayang negara kristian yang pernah tertegak di suatu masa yang jelas teokratiknya.
“Islamist Demokrat secara literalnya bermakna pendokong demokrasi yang bersifat islamik. Islamist menjadi kata sifat. Sementara Democrats adalah kata namanya. Dari sudut ini, Dr.Dzulkifly telah membuat kesilapan yang cukup besar.
“Secara tidak sengaja, beliau telah menukar penekanan dari Pejuang Islam kepada pejuang Demokrasi!,” kata Zulhilmi attakiri.
Pada tarikh sama juga, Ahmad Mouhyideen bin Hasyim, Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat turut mengkritik penggunaan istilah tersebut yang disifatkannya sebagai usaha pemecahan dua kelompok dalam PAS iaitu kumpulan Islamis Demokrat dan kumpulan bukan Islamis Demokrat.
“Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS.
“Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam,” katanya.
Proksi Anwar Ibrahim
Presiden Jalur Tiga (JATI) Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali ketika mengulas isu ini berkata, label Islamis Demokrat tidak sesuai dengan prinsip dan dasar PAS.
“Nak buat satu label Islamis Demokrat, saya rasa orang PAS akan tolak Dr Dzul, orang Kuala Selangor akan tolak Dr Dzul dan saya rasa dalam hal ini Dr Dzul mungkin ada kawan.
“Kawannya, Anwar Ibrahim. Kawannya adalah Erdogan-Erdogan..kawannya adalah parasit-parasit. Itu kawan dia lah,” katanya.
Jika merujuk wikipedia Anwar Ibrahim, istilah Islam dan Demokrasi merupakan tema utama ucapan dan tulisan Ketua Umum PKR itu sejak dari tahun 2005.
Dalam Islam Demokrasi itu terdapat pecahan-pecahannya lagi iaitu kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy), ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).
“Anwar Ibrahim berkempen untuk kebebasan,” lapor Leonard P. Liggio dari kumpulan Mont Pelerin Society, yang didalangi Yahudi, Atlas Network.
Islamis Demokrat jalur Erdogan
Siasahdaily, laman pro PAS pernah melaporkan gerakan kumpulan Erdogan dalam PAS pada tahun 2011.
Laporan itu dibuat berdasarkan satu forum anjuran pemikir libertarian, IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Ilham Center dan Free Public Forum Malaysia yang bertajuk ‘Pemilihan 2011: Mampukah PAS Membuat Lonjakan’.
“Wakil-wakil PAS terdiri daripada Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat.
“Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari menjadi ahli panel tunggal yang bukan dari PAS. Forum dipengerusikan Wan Saiful Wan Jan dari Ideas.
“Apa yang paling jelas daripada forum itu ialah wakil-wakil PAS kesemuanya sealiran, sehingga boleh menimbulkan persoalan keperluan sehingga tiga orang menjadi panel.
“Malah, tidak ada wakil dari kem bertentangan dipanggil, sehingga forum menjadi mudah diagak dan ahli-ahli panel kurang dicabar,” lapornya.
Lapornya lagi, “Walaupun kewujudan kem dan label Erdogan dinafikan, persamaan idea dan perspektif wakil-wakil PAS terbabit memperlihatkan sebaliknya. Malah, istilah properubahan turut timbul, yang memberi makna wujud kem lain yang tidak mahu atau kurang menerima perubahan.”
Siasahdaily turut melaporkan respon Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menjawab kritikan-kritikan kumpulan Erdogan yang menuntut perubahan besar dilakukan dalam kepimpinan parti itu.
Menurut ideas.org, Kamarudin Jaffar merupakan salah seorang penasihat NGO itu di samping penasihat antarabangsa yang terdiri daripada; Dato’ Anthony Cooper FCA FRSA, (Greville Trust), Professor Julian Morris (Executive Director, International Policy Network, London), Dr Tom G Palmer (Vice President, Atlas Economic Research Foundation & General Director, Atlas Global Initiative For Free Trade, Peace and Prosperity), Dr Mark Pennington (Fellow, Institute of Economic Affairs, London.) dan Linda Whetstone (Chairman, International Policy Network and Board Member, Mont Pelerin Society).
Kamaruddin Jaafar adalah bekas Setiausaha Agung ABIM yang pernah diberi kepercayaan Anwar mengetuai badan pemikir, Institut Kajian Dasar (IKD).
Selepas Anwar dipecat UMNO pada 2 September 1998, Kamaruddin menyertai PAS dan semasa khidmatnya sebagai Setiausaha Agung PAS pada tahun 2008, slogan ‘Negara Islam’ ditukar kepada slogan ‘Negara Berkebajikan’.
Di bawah IDEAS itu pula terdapat satu lagi cabang dinamakan akademi merdeka diketuai oleh Aziz Bari yang dikaitkan dengan dana asing.
“IDEAS ditaja oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity, Friedrich Naumann Foundation for Liberty, Greville Trust dan International Policy Network,” lapor ideas.org.

No comments:

Post a Comment