Agenda tersirat kuasa asing
ISU dana asing khususnya yang melibatkan institusi atau badan bukan kerajaan dari Amerika Syarikat (AS) telah hangat diperkatakan ketika ini. Penyaluran dana ini dianggap sebagai langkah awal kuasa asing mencampuri hal ehwal dalam negara ini.
Penyaluran dana oleh institusi atau NGO asing berselindung di sebalik perjuangan menuntut demokrasi, hal asasi manusia dan kebebasan bersuara yang menjadi matlamat sesetengah pihak di negara ini. Bagaimanapun ini adalah satu strategi yang dulunya dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA).
Antara NGO yang menyalurkan dana kepada pihak tertentu di negara ini ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI).
Pengerusi Yayasan 1Malaysia, PROFESOR DR. CHANDRA MUZAFFAR menganggap penyaluran dana oleh NGO-NGO ini sebagai satu cara untuk mencampuri hal ehwal politik di negara ini.
Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau menegaskan, pihak berkenaan menjalankan tugas seperti yang dilakukan oleh CIA untuk mencampuri hal ehwal politik negara. lain yang merdeka, bukannya memperjuangkan demokrasi.
Penyaluran dana oleh institusi atau NGO asing berselindung di sebalik perjuangan menuntut demokrasi, hal asasi manusia dan kebebasan bersuara yang menjadi matlamat sesetengah pihak di negara ini. Bagaimanapun ini adalah satu strategi yang dulunya dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA).
Antara NGO yang menyalurkan dana kepada pihak tertentu di negara ini ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI).
Pengerusi Yayasan 1Malaysia, PROFESOR DR. CHANDRA MUZAFFAR menganggap penyaluran dana oleh NGO-NGO ini sebagai satu cara untuk mencampuri hal ehwal politik di negara ini.
Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau menegaskan, pihak berkenaan menjalankan tugas seperti yang dilakukan oleh CIA untuk mencampuri hal ehwal politik negara. lain yang merdeka, bukannya memperjuangkan demokrasi.
MINGGUAN: Apakah kesan kepada negara apabila ada pihak luar yang cuba mencampuri urusan negara dengan berselindung melalui dana asing?
CHANDRA: Ada dua perkara yang kita perlu faham apabila melibatkan dana asing yang kebanyakannya melibatkan kuasa-kuasa besar. Pertama, yang menghulurkan bantuan ini pada lazimnya terdiri daripada yayasan, institusi atau NGO, tetapi bukan secara langsung. Kedua kalau kita lihat semua badan-badan ini termasuk yang didakwa terlibat membantu NGO-NGO di Malaysia adalah daripada mereka yang ditonjolkan sebagai pejuang demokrasi dan hak asasi manusia. Mereka ini bersembunyi di sebalik topeng demokrasi. Umpamanya National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) serta beberapa lagi , jika kita selidik latar belakangnya adalah untuk membantu meningkatkan kebebasan di dunia. Itu sebabnya NED di lihat banyak membantu negara-negara tertentu di Amerika Latin, Afrika dan Asia tengah seperti Mesir, Tunisia, Jordan, Libya, Yemen Jordan dan sebagainya.
Kenapa kita perlu elak daripada menerima bantuan mereka?
CHANDRA: Pada sudut luarannya mungkin kita tidak nampak bagaimana mereka boleh terlibat. Namun kita perlu lihat lebih mendalam cara mereka beroperasi yang begitu halus melalui saluran-saluran termasuk melalui dana yang ditubuhkan oleh kuasa besar tersebut. Itulah sebabnya NED sebagai contoh yang juga merupakan salah satu sumber utama untuk beberapa pertubuhan di negara ini, pernah disifatkan sebagai front kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang kebelakangan ini bertindak seperti CIA. Ia seperti mana CIA yang bertindak dalam tahun 1950-an. Namun CIA tidak boleh bertindak sedemikian terutamanya selepas terdedahnya skandal Watergate pada zaman Presiden Richard Nixon. Beliau menggunakan CIA untuk kepentingan politiknya dan perkara ini telah menjadi isu besar di AS.
Apakah taktik mereka sama seperti CIA yang menggunakan wang untuk diberi kepada sekutu-sekutu mereka di luar negara?
CHANDRA: Selepas itu CIA tidak lagi digunakan untuk kegiatan kotor AS , mereka menggunakan badan dan NGO tertentu untuk tujuan yang sama. Itu sebabnya NED pernah di kritik kerana menjadi badan menggantikan CIA dan bertindak sebagai front untuk kerajaan. Tetapi matlamatnya sama seperti CIA bertindak dahulu. CIA sama seperti NED menggunakan wang dan terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan, membunuh pemimpin-pemimpin cuma bezanya sekarang mereka menggunakan NGO. NGO paling masyhur sekarang ini yang menggunakan taktik seperti CIA adalah NED yang sebenarnya adalah alat mereka untuk mencapai matlamat tertentu yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka kurang senang dengan kerajaan tertentu mereka akan gunakan badan-badan ini untuk tujuan mencapai agenda mereka. Taktik sama dipergunakan mereka untuk membantu parti-parti politik atau NGO-NGO tertentu di negara yang mereka tidak senang dengan menghulurkan bantuan atau dana.
Apakah perkara ini dilakukan dengan pengetahuan kerajaan sendiri?
CHANDRA: Bagi saya kemungkinan besar mereka terlibat. Saya menganggap apa yang dilakukan oleh NED dan sebagainya sebagai sebahagian dari operasi mereka. Dalam isu dan aspek tertentu mungkin ia tidak diketahui oleh pemimpin-pemimpin utama AS tetapi pada keseluruhannya ia adalah sebahagian daripada operasi mereka.
Mereka ini bergerak menggunakan topeng demokrasi tetapi sebenarnya tidak. Apa komen Profesor?
CHANDRA: Saya menganggap pergerakan seperti ini sebagai usaha menyebarkan taktik tertentu dan pertamanya adalah usaha anti kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah negara. Ini kerana mereka bertindak campur tangan secara langsung atau tidak langsung mahupun secara halus. Tindakan mereka ini jelas membuktikan mereka tidak menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara lain. Kita perlu faham bahawa hanya rakyat yang boleh bertindak sama ada mahu menolak atau menyokong kerajaan. Bagi saya hanya rakyat negara ini yang berhak membuat keputusan dan bukan pihak asing yang berselindung atas nama dana asing ini. Untuk itu kita perlu menghormati hak rakyat dan bukannya menerima panduan dari pihak luar yang cuba menunjuk atau mengajar siapa yang betul dan salah.
Apakah ini membuktikan mereka sebenarnya yang tidak demokratik dan mahu menjajah?
CHANDRA: Sudah tentu dengan apa yang berlaku ini membuktika tindakan mereka tidak demokratik walaupun atas kertas mereka seolah-oleh merupakan pejuang demokrasi. Matlamat tersurat adalah demokrasi tetapi hakikatnya ia jelas anti demokrasi. Ini kerana demokrasi bermaksud kita menghormati hak warga untuk menentukan masa depan negaranya sendiri selain menghormati hak pengundi untuk membuat keputusan tentang negaranya. Ini termasuk pemimpin dan parti mana yang mereka nyatakan sokongan tanpa gangguan dan campur tangan daripada mana-mana pihak luar. Pihak luar tidak berhak untuk mencampuri atau menentukan apa yang kita perlukan di negara sendiri. Ia tidak lebih sebagai satu usaha untuk mengganggu proses demokrasi melalui bantuan dana dan sebagainya untuk menentukan masa depan orang lain walhal maksud sebenar demokrasi adalah berbeza. Hanya rakyat sendiri yang berhak menentukan masa depan mereka.
Oleh itu tindakan mereka ini langsung tidak menghormati hak orang lain dan hanya lebih kepada memutarbelitkan keadaan sebenar atau memanipulasikan sentimen rakyat melalui bantuan yang mereka berikan. Tindakan manipulasi dilakukan dalam tiga bentuk iaitu pertama dengan kegiatan yang dianjurkan mereka melibatkan NGO atau badan tertentu, mempunyai hubungan baik dengan pihak media serta melalui dana-dana luar. Saya bagi contoh sebuah pertubuhan Reporters Without Borders , walaupun berpengkalan di Perancis tetapi dana mereka disalurkan secara terus oleh Jabatan Negara AS. Oleh itu kita perlu faham dengan jaringan yang wujud antara NGO tertentu dengan saluran mana mereka mendapat dana dan sebagainya.
Apakah rakyat negara ini faham tentang isu dana atau bantuan pihak asing?
CHANDRA: Mungkin tidak ramai rakyat negara ini yang sedar tentang perkara ini walaupun sebenarnya sudah lama berlaku. Tidak ada undang-undang yang menghalang badan-badan tertentu dari menerima bantuan luar. Ini bermakna sesebuah badan atau NGO bebas untuk menerima bantuan atau dana asing. Ini bukan sesuatu yang salah atau jenayah. Ini yang menjadi persoalan. Namun yang kita pertikaikan adalah motif pihak luar ini menghulurkan bantuan. Inilah yang kita perlu berwaspada kerana matlamat mereka kebanyakannya berpura-pura dan mempunyai kepentingan.
Kita perlu siasat latar belakang mereka dan kenapa mereka mahu membantu kita. Terdapat juga badan-badan yang tidak mempunyai muslihat dan ikhlas membantu namun kita perlu berhati-hati. Kita juga perlu tahu ada banyak NGO-NGO yang terlibat dalam isu berkaitan alam sekitar, pendidikan, kesihatan dan sebagainya menerima dana atau bantuan dari luar dan tidak ada sebarang masalah dalam hal ini. Cuma kita juga perlu berhati-hati dengan pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat jahat. Dalam hal ini saya juga mahu menegaskan bahawa pertubuhan JUST tidak pernah menerima bantuan asing sejak lebih 20 tahun ditubuhkan. Oleh itu sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat kita perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan agenda dan muslihat mereka.
Adakah ini menjadi faktor kita perlu meragui dana yang diberi oleh NED dan OSI?
CHANDRA: Memang dana dan bantuan yang mereka berikan perlu diragui. Ini kerana peranan yang mereka mainkan di beberapa negara sangat meragukan. Kalau kita kaji mengenai politik antarabangsa mengenai saluran-saluran yang digunakan oleh kuasa-kuasa tertentu untuk mencapai matlamat mereka, maka kita tidak boleh mengenepikan peranan pihak-pihak ini. Malah beberapa penulisan kebelakangan ini ada menyebut tentang peranan dan niat jahat yang cuba dilakukan mereka. Kalau kita banding 50 atau 60 tahun lepas memang CIA yang banyak memainkan peranan dalam hal-hal ini. Namun sekarang ia digantikan dengan NGO atau pertubuhan tertentu.
Kita perlu faham bahawa bajet yang diterima CIA ini adalah antara yang tertinggi dijangka berpuluh-puluh bilion dan ia diagihkan pula kepada NGO-NGO tertentu sama ada di dalam AS sendiri atau di Eropah mahupun di seluruh dunia dengan agenda membawa perubahan namun ia adalah sebaliknya.
Kalau kita lihat kebanyakan NGO luar ini bijak menggunakan istilah atau slogan tertentu yang menarik perhatian sesetengah pihak di negara ini. Apa komen Profesor?
CHANDRA: Mereka ini gemar menggunakan istilah-istilah popular seperti kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, perubahan dan sebagainya dan kebanyakan kita agak menghargai perkara-perkara ini. Inilah antara istilah atau topik popular yang sengaja dibangkitkan. Namun akhirnya ia mempunyai agenda tertentu yang kebanyakan daripada kita tidak sedari. Itu yang kita perlu fahami tentang usaha udang di sebalik batu yang mereka cuba lakukan. Saya juga melihat bahawa kegiatan mereka ini umpama penjajahan bentuk baru. Itulah sebabnya kerajaan dan kebanyakan kita menentang usaha yang dilakukan pihak luar ini.
Jika kita lihat apa yang berlaku di dunia Arab maka kita akan tahu peranan NGO-NGO ini. Mereka membantu pihak-pihak tertentu di Mesir misalnya dan mereka ini sememangnya mahukan perubahan di Mesir. Pada awalnya ia dilihat sebagai sesuatu yang perlu dalam konteks Mesir, Tunisia dan beberapa lagi. Maka apabila pihak luar ini datang dan memberi bantuan mereka menerimanya namun kemudian terperangkap dengan agenda pihak luar. Mereka meyakinkan kita bahawa niat mereka baik namun akhirnya tergadai umpama menjadi alat penjajahan pada era baru.
No comments:
Post a Comment