Pelajar Tunjuk Punggung Ditahan Polis Disiasat Akta Hasutan
AIDCNews – 05/09/12- Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta di Cheras ditahan semalam berhubung insiden membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata sebelum ditahan, pelajar berusia 19 tahun dari Batu Pahat, Johor itu dibawa oleh ibu dan bapanya untuk bertemu pengurusan kolej berikutan gambar anaknya tersiar di akhbar dan dikaitkan dengan kejadian itu.
“Kami difahamkan oleh orang awam bahawa pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif itu telah pulang ke kampungnya di Batu Pahat selepas malam kejadian akibat takut dengan perbuatan yang dilakukannya.
“Justeru, kami telah memohon kerjasama kolej bagi memujuk pelajar itu untuk kembali ke kolej, dan hari ini beliau telah dibawa oleh ibu bapanya kerana dimaklumkan pihak pengurusan kolej ingin bertemunya tanpa memberitahu polis sedang mencarinya,” katanya kepada pemberita selepas menemui pelajar itu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi.
“Polis berterima kasih atas kerjasama keluarganya dan orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berkaitan.
“Dia kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya pada malam kejadian,” katanya lagi.
Abdul Jalil berkata dua pelajar lelaki yang juga rakan sekolej suspek yang berada bersamanya di Dataran Merdeka pada malam itu turut tampil menjadi saksi dan memperakui perlakuan yang dilakukan pelajar tersebut.
Difahamkan, polis memeriksa unit kondominium sewaan pelajar terbabit di Taman Maluri untuk mencari bahan bukti berkaitan, termasuk pakaiannya pada malam kejadian bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata dia disiasat mengikut akta Hasutan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan dengan maksud mengaibkan yang boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Blog The Unspinnersmenamakan pelajar itu adalah Muhammad Ammar bin Abdul Rahman, No kad pengenalan 930301-01-6323, dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras.
Menurut blog gossip rakyat, Ammar menggunakan facebook bernama ‘Alice Sakai’
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera “baharu” Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

No comments:
Post a Comment