Lokman Noor Adam : Selain Jet, Anwar Perlu Jawab Banglo & MG Rover
AIDCNews – 27/09/12 – Bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Noor Adam berkata, beliau tidak mahu pertikai tindakan Anwar sama ada ditaja, sewa atau beli jet peribadi tersebut, tetapi pokoknya ia bercanggah dengan kenyataan Anwar sebelum ini.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar membeli banglo bernilai RM6 juta di Segambut Dalam dan kereta pertama, MG Rover 3500cc bernilai ratusan ribu ringgit setelah dilepaskan dari penjara.
Selepas enam tahun dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Anwar hidup dalam kemewahan, walhal tidak bekerja sepanjang tempoh tersebut.
“Saya menyeru agar rakyat membuat pilihan yang tepat dan guna akal memilih pemimpin negara. Jangan ikut hawa nafsu dan emosi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian
Sebelum ini, Dr Syed Husin Ali dalam bukunya, “Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali”, SIRD, 2012 menyebut bahawa semasa Anwar berada di penjara Sungai Buloh beliau pernah menghantar surat peribadi kepada Hassan Karim, yang memujuk Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) agar bersetuju dengan proses pencantuman PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan).
Dalam surat itu, Anwar menggambarkan dirinya pejuang rakyat yang bersifat marhaen sama seperti pengasas PRM, Ahmad Boestamam.
Namun Hassan bersama Koh Siew Yong (Bendahari PRM) tidak mempercayai kata-kata Anwar itu dan menghidupkan semula PRM selepas Dr Syed Husin bersama kumpulannya menyertai proses percantuman PKR.
Koh ketika menjelaskan alasannya berkata Anwar Ibrahim, bukan pejuang marhean sebaliknya pejuang kapitalis iaitu menyokong sistem ekonomi bebas.
Sistem yang dijunjung Anwar ini tegas Koh, sebenarnya bukan sahaja bertentangan dengan prinsip PRM, tetapi juga jelas bertentangan dengan pendirian PKR sendiri yang menguar-uarkan kononnya mereka mahu memperjuangkan kebajikan rakyat.
Jelasnya, kebajikan rakyat yang diuar-uarkan itu akan menjadi tidak lebih sekadar retorik politik sekiranya Anwar menyokong sistem ekonomi bebas yang diketahui umum sebenarnya hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
“Kalau Anwar, dia pernah menyatakan dia memang sokong ‘free market economy’ (ekonomi bebas). Jadi dari segi itu PRM tak setuju. Jadi kalau dari segi asas (sudah) lain, jadi memang ada masalah kalau bergabung dalam satu pertubuhan.
“PRM memang tidak setuju dengan pendirian free market economy ini. Jadi saya nampak kalau Anwar jadi Perdana Menteri, dia akan ikut benda (sistem) itu .
“Saya pernah kritik Anwar, saya tanya konsep ini bercanggah dengan konsep kita nak utamakan kebajikan rakyat. Sebab free market utamakan capital (keuntungan), dia tak utamakan kebajikan rakyat. Kedua-dua ini bagaimana boleh bersatu?” ujarnya.
Ezam : Kalau Boleh Buat Rumah RM7 juta, Apakah Duit Jadi Persoalan ?

No comments:
Post a Comment