Dr Chandra : Badan Yahudi Ada Agenda Taja SUARAM
Penyumbang dana asing terbesar Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), National Endowment for Democracy (NED) dipercayai mempunyai agenda meragukan dengan memperalatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ini kerana NED yang berpangkalan di Washington, didakwa turut menghulurkan dana yang besar kepada NGO termasuk di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria yang menyaksikan kebangkitan rakyat menumbangkan kerajaan negara berkenaan.
Bertopeng demokrasi
Presiden Pertubuhan Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar, berkata usaha itu dikesan dilakukan secara agresif sejak lima tahun lalu atas nama kebebasan demokrasi.
“Sumbangan mereka itu ada ‘udang di sebalik batu’. Kredibiliti badan yang menyokong institusi bebas dan demokratik itu wajar diragui kerana ia boleh mengancam keselamatan dunia.
“Tambahan pula, latar belakang kepimpinan badan itu terdiri daripada golongan Zionis dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Yahudi.
“Mereka (NED) terima dana daripada pihak ini (Yahudi) dan ini harus dikhuatiri. Bagi saya hanya rakyat yang berhak mengubah keadaan politik negara mereka, bukan menerusi dana asing atau pihak luar yang mempunyai agenda tertentu,” katanya kepada BH, semalam.
Dr Chandra mengulas pendedahan mengenai sumber kewangan SUARAM yang menerima dana asing menerusi Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) berjumlah kira-kira RM2.395 juta sepanjang tempoh 2005 hingga tahun lalu.
NED penyumbang utama
NED menjadi penyumbang terbesar sebanyak AS$535,000 (kira-kira RM1.644 juta) dalam tempoh itu, iaitu AS$70,000 (RM215,168) masing-masing pada tahun 2005 dan 2006, AS$80,000 (RM245, 784) 2007 dan 2008, AS$85,000 (RM261,131) 2009, AS$90,000 (RM276,553) 2010 dan AS$60,000 (RM184,329) tahun lalu.
Bekas pemimpin SUARAM, R Sivarasa, ketika dihubungi BH berkata , tuduhan bahawa badan itu dijadikan alat pihak luar tidak berasas kerana pernyataan dan pendirian SUARAM adalah berdasarkan prinsip hak asasi dan bebas.
“SUARAM juga pernah mengkritik kuasa besar termasuk Amerika Syarikat dan tindakan Israel terhadap Palestin. Malah mereka pernah mengkritik pembangkang atas isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
“Ini menunjukkan SUARAM tidak mengikut arahan sesiapa sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber, penyumbang asing kedua terbesar SSIB yang membiayai SUARAM ialah Open Society Institute (OSI) berjumlah AS$248,775.65 (RM764,542.44) dari 2008 hingga tahun lalu dengan AS$60,000 (RM184,374.82) disalur pada 2008,2010 dan tahun lalu, manakala pada tahun 2009 pula membabitkan AS$68,775.65 (RM211,343.63).
Akhbar sebelum ini melaporkan pemeriksaan pada laman wb menunjukkan OSI New York adalah salah satu pejabat Yayasan Open Society yang diasaskan penyangak matawang, George Soros.
Laman web Yayasan Open Society juga memaparkan maklumat mengenai usaha yayasan itu untuk memperkasakan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks (LGBTI) atas alasan mempertahankan hak asasi golongan itu.
Sebelum ini media juga pernah melaporkan seorang penulis bebas, Nile Bowie dalam blognya, nilebowie.blogspot.com pada 29 April lalu, melaporkan Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga, mengaku menerima dana daripada OSI.
Portal berita The Malaysia Insider turut melaporkan Ambiga mengaku BERSIH memperolehi sumbangan daripada NDI dan OSI.
Pendedahan Dana asing SUARAM Sejak Dari Tahun 2005 ..
SUARAM Gagal Nafi Ditaja Soros & NED
SUARAM Sarang Sosialis, Sayap Kiri PKR
Cynthia Gabriel Marah Gobala Dedah Rahsia SUARAM
Operasi Regim Change : NED/CIA Salur Dana SUARAM Tabal Anwar Jadi PM?

No comments:
Post a Comment