Belajar memahami keutamaan
30 Julai 2012
Pada 20 Julai 2012, dua buku saya, bertajuk “Masih Adakah Ketuanan Melayu?” dan "Cabaran Saudara Baharu di Malaysia", dilancarkan Menteri Pertahanan. Ucapan aluan saya dijadikan berita oleh beberapa laman web, termasuk The Malaysian Insider dan diulas Zan Azlee pada 27 Julai 2012, bertajuk Ridhuan Tee does it again!
Ternyata Zan Azlee tidak faham konteks dan maksud. Sebaik-baiknya hadirlah dalam majlis tersebut, baharulah boleh memberi komen dan ulasan. Apa pun, saya maafkan, mungkin kerana beliau terlalu muda untuk memahami Islam, walaupun lahir Islam. Saya dilihat seolah-olah jahil dalam memahami Islam. Saya syorkan beliau lebih mendalami Islam agar ilmu Islamnya menjadi lebih luas. Bacalah sama buku karangan ulama Islam tersohor, Yusuf Al-Qaradawi bertajuk Fiqul Awlawiyyat atau Memahami Keutamaan. Zan Azlee cuba mengajar saya mengenai konsep kesejagatan Islam dengan memetik ayat al-Quran dalam Surah Ar-Rum, Al-Hujurat, dan Hadis Nabi SAW, tentang kehebatan ALLAH SWT menjadikan manusia berbangsa-bangsa. Saya syorkan lagi supaya membaca buku Ibnu Khaldun bertajuk al-Muqaddimah, berkaitan dengan semangat cintakan bangsa.
Cabang ilmu sangat luas. Tidak cukup sekadar memahami Islam dengan memahami kulitnya sahaja. Memetik ayat al-Quran dan Hadis, belum tentu boleh membuktikan kita ini hebat atau berilmu. Jika begitulah keadaan, ultra kiasulah yang paling cekap. Mereka pun memetik ayat al-Quran dan mahu mengikut Umar Abdul Aziz. Sebagai umat Islam, sepatutnya kita perlu memahami ilmu Islam hingga ke akar umbi, walaupun mungkin, kita bukan berlatar belakangkan pengajian Islam. Saya bukanlah ustaz, tetapi saya cuba menjadi ustaz.
Saya menjelaskan dalam ucapan tersebut, apabila berlaku pertembungan antara kepentingan bangsa dengan kepentingan agama. Maka kepentingan agama Islam mesti diutamakan berbanding kepentingan bangsa. ALLAH SWT tidak akan tanya, apakah bangsa kamu di alam kubur nanti. Tetapi yang akan ditanya adalah apakah agama kamu?
Persoalan besar yang saya ketengahkan adalah soal agama Islam, yang mesti dipertahankan daripada diinjak-injak orang lain. Secara kebetulan, agama Islam itu dianuti Melayu kerana dalam konteks perlembagaan, Melayu itu beragama Islam. Sepanjang kajian saya, dengan Islam yang menjadi anutan orang Melayu, orang Melayu menjadi satu bangsa yang begitu bertoleransi berbanding dengan bangsa lain, termasuk bangsa saya sendiri, yang sebahagian bersifat ultra kiasu. Orang Melayu sanggup korbankan kepentingan mereka, demi meraikan orang lain.
Orang Melayu begitu berlapang dada menerima sistem pendidikan bukan Melayu. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk orang bukan Melayu menerima pendidikan Islam? Apa jua perkara berkaitan dengan Islam ditentang habis-habis. Sehingga orang Islam tidak dapat mengisytiharkan atau melaksanakan hukum Islam di negaranya sendiri.
Setiap negara ada sejarah asal usul tuannya. Negara China membentuk ketuanan Cina, negara India membentuk ketuanan India dan negara Arab membentuk ketuanan Arab. Tetapi negara Melayu tidak membentuk ketuanan Melayu. Identiti Melayu Islam jika tidak dipertahankan, ia akan hilang perlahan-lahan akibat desakan dan tuntutan bukan Melayu ultra kiasu yang begitu ekstrem.
Orang Melayu yang derhaka kepada ALLAH SWT tidak wajar dibela. Pendirian saya dalam soal ini amat jelas. Jika Zan Azlee keliru atau tidak faham konteks dan keutamaan, tanyalah saya. Itulah sikap anak muda sebenar.
Rasulullah SAW adalah contoh individu yang terlalu sayangkan tanah air, kota kelahirannya. Baginda menitiskan air mata apabila meninggalkan kota tanah airnya ketika berhijrah ke Madinah. Nabi Ibrahim pernah berdoa untuk negeri Makkah dengan doanya dalam Surah Al Baqarah, “Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman makmur”.
Justeru, anak muda seperti Zan Azlee perlu banyak membaca dan menambah ilmu tentang keutamaan dan prioriti, terutama apabila berlaku pertembungan sebegini. Zan Azlee dan saya tidak sebangsa, tetapi seagama. Mengikut kaedah, jika sesuatu berlaku kepada Zan Azlee, saya terpaksa mendahulukan saudara dahulu kerana saudara dengan saya seagama, walaupun tidak sebangsa. Saya terpaksa tinggalkan bangsa saya seketika.
Tetapi jika hanya Islam pada kulit sahaja, saya perlulah mendahului bangsa saya yang lebih simpati kepada Islam. Ini kerana, belum tentu menyelamatkan orang sedemikian dapat menyelamatkan Islam. Dengan menyelamat bangsa saya yang bersimpati dengan Islam, saya yakin lama kelamaan dia akan memeluk Islam. Mengikut pengalaman, kadangkala menyelamatkan orang Islam yang tidak jelas Islamnya, boleh jadi beban kepada Islam. Apatah lagi jika mereka daripada kalangan yang bermuka-muka atau munafik. Saya harap Zan Azlee faham respons ringkas ini.

No comments:
Post a Comment