Menangani provokasi agama
21 September 2012
Dunia Islam bergegar sejak seminggu lalu berikutan klip video sebuah filem bajet rendah RM15 juta (di Malaysia, jumlah ini dikira sangat besar untuk pembikinan sebuah filem!). Skrip dan plot asal filem bertajuk Desert Warrior mengisahkan komet jatuh ke bumi di Timur Tengah dan mencetuskan perebutan dalam kalangan puak berbeza.
Barangkali bertujuan mencetuskan kontroversi yang boleh menaikkan minat penonton untuk menonton filem ini, penerbitnya telah menukar jalan cerita dan watak pelakon. Malah, tajuk filem ditukar menjadi Innocence of Muslims, yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Reaksi orang Islam terhadap penghinaan sebegini sememangnya boleh dijangka. Kemarahan umat Islam kali ini samalah seperti marahnya mereka terhadap penulis kelahiran India, Salman Rushdie yang menyamakan watak Mahound dengan Nabi Muhammad dalam novel Satanic Verses pada 1988 atau seorang kartunis melakar gambar Rasulullah yang memegang al-Quran dan bom dalam sebuah akhbar Belanda pada 2005 dan sebuah filem yang menghina Islam diterbitkan di Belanda tidak berapa lama dahulu.
Provokasi agama sebegini bolehlah dianggap kerja pelampau. Atas nama demokrasi, kebebasan bersuara dan hak asasi, ada pihak yang bertindak tanpa menghiraukan sensitiviti dan hak orang lain tau kesan negatif hasil provokasi itu. Bak kata seorang kolumnis, "lesen kreatif sekali lagi mencabar kewarasan beragama”.
Manakala kita boleh memahami reaksi umat Islam yang tidak berkompromi dalam hal di mana keesaan ALLAH SWT dicabar, kesucian dan kedaulatan Islam dipermainkan atau keperibadian Rasulullah SAW dipersenda, sebagai Muslimin kita juga harus mampu mengawal perasaan dalam menghadapi provokasi agama.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Ismail Muhammad menasihati umat Islam negara ini untuk tidak mengikut perasaan bertindak melampau. Bantahan atau protes perlulah dibuat secara berhikmah, jangan sampai merosakkan harta awam atau berlaku kematian dan pembunuhan.
Umat Islam harus menjaga maruah dan tidak mengukuhkan persepsi yang menyamakan orang Islam dengan ekstremisme.
Dalam kes terbaru, bukan kerajaan Amerika yang membuat video ini. Ia dibuat oleh seorang Kristian yang tinggal di selatan California. Tapi di Libya, perusuh telah menyerang konsulat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan beberapa orang terkorban, termasuk dutanya.
Di banyak negara, kedutaan dan kem tentera Amerika menjadi sasaran serangan. Selain itu, harta awam dirosakkan, polis diserang dan dipukul, kenderaan dibakar dan bom botol dilempar merata tempat,
Ada kemungkinan rusuhan dan serangan dilakukan oleh kumpulan ekstremis yang sememangnya mencari peluang mengeksploitasi keadaan bagi menimbulkan huru-hara dalam sesebuah negara. Kata tokoh Islam terkenal, Imam Feisal Abdul Rauf: “We are a religion of law, not lawlessness... Extremists of all religions excite the worst, most extreme reactions from others...By taking the bait offered by extremist Islamophobes, we Muslims embarrass ourselves and reinforce stereotypes held by those who hate us..all the while violating God’s law.”
Menurut beberapa penganalisis, apa yang kita lihat berlaku di Timur Tengah pasca Revolusi Arab sebenarnya adalah pertelagahan antara golongan moderat dan puak pelampau untuk memperoleh kuasa dan kerajaan.
Benarlah kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau beberapa kali menegaskan bahawa punca masalah dalam kalangan penganut agama yang berbeza bukanlah agama itu sendiri, baik Islam, Kristian, Hindu atau Buddha tetapi adalah puak pelampau dan radikal yang tidak rasional atau toleran kepada pandangan orang lain.
Dalam konteks inilah nasihat Tan Sri Ismail perlu diamati dan dihayati. Kita harus bersatu padu dan tidak terjebak dengan sikap pelampau atau taksub. Semua warganegara, tidak kira bangsa atau anutan agama, mestilah elak daripada dieksploitasi atau menjadi alat puak pelampau yang rakus dengan agenda mereka.

No comments:
Post a Comment