Bahaya apabila wujud vakum
16 Julai 2012
Kejadian amuk di hadapan pejabat Perdana Menteri perlu diberi perhatian serius. Lebih malang jika ia ada kaitannya dengan ajaran sesat atau ekstremis agama. Tercalar lagi imej Islam.
Belum pun reda insiden itu, kerajaan telah mengambil keputusan menguatkuasakan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan suatu rang undang-undang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional, yang masih belum digubal. Turut dikuatkuasakan
serta-merta adalah pindaan terhadap akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Sepatutnya, sebelum sesuatu akta itu dimansuhkan, perlu ada akta baharu yang telah digubal untuk menggantikannya, termasuklah input rakyat, bagi mengelakkan ruang kekosongan atau vakum.
Inilah yang berlaku ketika Jepun menyerah kalah, meninggalkan Tanah Melayu secara tiba-tiba, akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, dalam Perang Dunia Kedua. Vakum selama 14 hari menyebabkan komunis bermaharajalela dan membalas dendam terhadap kaum yang berbaik dengan Jepun. Peristiwa ini sebenarnya lebih dahsyat daripada kejadian 13 Mei 1969. Kedatangan British selepas itu mampu menyelamatkan negara ini sebagai negara komunis.
Sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sementara menunggu akta baharu, vakum telah wujud. Kumpulan pelampau dan mereka yang mengambil kesempatan semakin subur, sama ada dalam kalangan orang Islam atau bukan Islam. Keadaan ini sudah tentu membahayakan keselamatan negara.
Bagi saya, ISA perlu kepada penambahbaikan dari segi prinsip asas deklarasi hak asasi manusia sejagat perlu dipatuhi, iaitu sesiapa saja yang ditahan atau dituduh bersalah, mestilah dibuktikan.
Menghapuskan undang-undang sedia ada sehingga mewujudkan vakum, agak kurang wajar demi masa depan negara. Kumpulan yang mengambil kesempatan sedang bermaharajalela. Hari ini, alam siber dan ceramah dengan mudah sahaja perkara sensitif dibangkitkan.
Misalnya, menghina kedudukan Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu, yang tergolong dalam akta hasutan. Lebih-lebih lagi, kemunculan kumpulan tertentu yang mahu mengguling kerajaan yang dipimpin orang Islam yang dikatakan sebagai taghut. Taghut disamakan dengan kafir. Maka berlakulah kafir-mengkafirkan. Siapakah kita untuk mengkafirkan mereka yang masih berpegang kepada syahadah? Apakah kita yang suka mengkafirkan orang ini sudah tentu masuk syurga?
Islam menolak kegiatan pelampau dan ekstremis. Imam Ahmad meriwayatkan: “Jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama”.
Abu Hurairah pula meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seseorang yang mempersulitnya melainkan dikalahkannya, maka laksanakanlah dengan benar...” (Riwayat Bukhari dan Nasaai). Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan ruang dan peluang untuk berdakwah dan menyampaikan Islam kepada golongan sasaran. Saya yakin, umat Islam akan menjadi kuat.
Perintah berdakwah secara bijaksana dan berhikmah jelas disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhan mu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Surah An-Nahl 125)
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berpendapat, antara punca kerosakan umat Islam adalah mereka terperangkap dengan pendapat orang perseorangan, dan tidak berganjak mengambil ilmu atau kebenaran mazhab yang lain. Pendapat ulama diketepikan, kerana fanatik kepada pemimpin sendiri. Ulama diperlekehkan kerana tidak memberikan pendapat yang benar dan takut kepada pemerintah taghut. Golongan ini lebih terpengaruh kepada mereka berpendidikan Barat, yang dikatakan lebih memahami al-Quran dan Hadis. Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid menjelaskan inilah bahayanya apabila terlalu taksub kepada sesuatu parti atau golongan. Mereka mengikat wala dan bara atau menyenangi dan membenci orang, kerana parti atau golongan. Akhirnya, orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Biasanya, sesebuah pertubuhan ditubuhkan dengan tujuan murni untuk mentauhidkan ALLAH SWT. Namun, ia mula berubah kepada persaingan pertubuhan lain dan dibangunkan atas dasar pola berfikir dan perancangan kumpulannya.
Ketahuilah umat ku, perpecahan umat hari ini adalah ujian bagi orang yang beriman. Sepatutnya kita memilih jalan yang benar dan meninggalkan kelompok tersasar. Fikirkanlah masa depan Islam dan umat Islam segala keseluruhan.
Kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah apabila berlaku kekeliruan atau perselisihan, bukan saling tuduh-menuduh atau kafir-mengkafirkan. Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada mu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu kitab ALLAH dan Sunnah Nabi-Nya” (Hadis Riwayat Imam Malik).
Saya tidak nampak perpecahan itu suatu rahmat dalam keadaan kita begitu lemah pada hari ini. Maka fikirkanlah vakum yang telah dibincangkan.

No comments:
Post a Comment