Apa ada pada nama?
16 September 2012
Mawar panggil apa pun tetap harum juga, pengetahuan, status sosial tidak ikut nama
Sebaik-baik nama diberi pada anak, cucu dan keturunan ialah nama yang baik dan mulia, bukan yang pelik, susah disebut. Ramai Melayu sekarang guna nama keluarga atau family names, bukan lagi "bin" dan "binti".
Nama bapa jadi nama tengah (middle name) - Aminah binti Salleh bin Muhammad jadi Aminah Salleh Muhammad; nama Datuk Aminah dijadikan nama surname, ringkasnya Aminah Muhammad.
Apabila Muhammad kaya dan dianugerahkan Datuk, dia akan mengglamorkan namanya sebagai Muhammad al-Merbaui sempena nama kampung asalnya Kampung Merbau. Maka keturunan Muhammad akan memakai nama al-Merbaui selepas nama pertama dan tengah.
Seorang bapa mengadu: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan mendaftarkan nama pangkal "Wan" untuk anaknya sebab kononnya "Wan" untuk orang Kelantan sahaja! Astaghfirullah Hal Azim. Apa sudah jadi pada JPN, pada pegawai tersebut? Nama "Wan" di pangkal didapati di Selatan Siam, di Phuket di Bangkok, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor, Pulau Pinang, Singapura hatta di seluruh pelosok negara kita.
Ada banyak keluarga berpangkal Wan di Sibu, Sarawak. Di MCKK, masa saya seorang murid 4/50an - senior saya Wan Ibrahim Hassan (Kelantan), Wan Ismail Salleh (Johor), Wan Nik Ismail (Terengganu), Wan Mansor (Terengganu), Wan Kamaruddin (Pahang), Wan Makhzan (Perlis). Seangkatan dengan saya pula dalam politik beberapa Wan antaranya Wan Yusuf (Sarawak), Wan Muhammad Teh (Perak), Wan Ahmad (Perlis), Wan Ismail (Kelantan) dan ramai lagi. Seorang sahabat saya bernama Wan Ahmad Sepwan bin Wan Abdul Rahman bin Wan Muhamad dan ramai lagi nama mereka yang berpangkal wan.
"Papa terkilan" yang mengadu wajar mengambil tindakan - minta nasihat peguam yang berwibawa - terhadap pegawai JPN dan menyoalnya serta JPN kenapa pula orang bukan Raja didaftarkan sebagai Raja/Tengku? Bukan setakatnya sahaja tetapi seluruh keluarganya. Kenapa bapa Amin, Mak Limah anak jadi Wan Hamidah dan bukan Kelantan pula didaftarkan? Kenapa bapa Mamat, ibu Bedah anak jadi Megat atau Meor? For heaven's sake daftar sahajalah apa yang diingini ibu bapa - what is in a name after all? Jangan satu peraturan untuk orang biasa, satu rule untuk orang besar. Kenapa mereka boleh mendaftar nama anak sesuka hati?
Bukan Melayu saja yang obsesi dengan pangkat, bintang, pingat, status dan nama. Ramai manusia di seluruh dunia termasuk di Eropah khususnya di United Kingdom orang kaya (asalnya miskin terutama Yahudi) membeli kedudukan dan darjat, atau melalui hubungan atau menerusi perkahwinan: "marrying up" kata Speaking sambil tersenyum. Cuba anda audit bangsa mana per kapita yang dapat banyak gelaran Datuk dan pada umur muda pula? Ada wang semuanya bisa!
Dalam masyarakat kita, terdapat Tengku (Tunku), Raja (Rajah), Syed, Sheikh, Ku, Ungku, Tuan - di Kelantan lebih kurang Ku. Nik, Raden, Megat, Meor, - ada juga seorang dua Mir! Ada mereka yang berkahwin dengan kerabat diraja kalau luar negara menggelar mereka sebagai prince dan princess walaupun belum dianugerahkan title prince/princess oleh mana-mana Sultan.
Ada juga orang yang suka berjalan - baik di dalam atau luar negara - incognito yakni sembunyi identiti sebenarnya. Ramai orang hidup dan mati tanpa dikenali walaupun mereka banyak menabur jasa dan bakti di tempat masing-masing; beribu-ribu orang sebegini - tanpa nama, tanpa pangkat. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui dan orang di lokasi itu tahu bakti, jasa, sumbangan mereka. Mengejarkan gelaran, bintang, pingat, makin menjadi-jadi.
Ada pula sanggup membayar kepada pihak yang tidak ada locus standi dari segi undang-undang negara kita dan negara mereka pun: kepada sesetengah manusia gelaran walaupun palsu dan tidak diiktiraf amat penting sedangkan di belakang mereka diejek dan cemuhan.
Masyhur, terkenal, berkuasa, berpangkat, berpengaruh, berbintang, berkalung dan berijazah atau tidak semua akan maut. Kita berdoa semoga kita kembali ke Rahmatullah dalam usia lanjut, sihat dan senang seperti hilang/mangkat ketika tidur! Banyak orang "mati kutu", "mati pucuk" lama sebelum kembali ke Rahmatullah. Apa pun janganlah hidup dan mati sesat, inilah yang terpenting pada akhirnya.
Nasihat seorang pujangga: yang penting bukan nama, tetapi wisdom - kebijaksanaan yang ada pada orang itu. Mintalah nasihat daripada orang lama dan bijak kerana mereka telah makan garam dan berpengalaman lebih awal lagi. Kalaupun nasihat mereka pahit terimalah bagi mengelakkan daripada menerima padah.

No comments:
Post a Comment