Berikan hak jika berhak
Saya berasa amat bersyukur dan menarik nafas lega atas keprihatinan dan kelembutan Perdana Menteri membentuk jawatankuasa mengkaji pembayaran royalti minyak kepada kerajaan (rakyat) Kelantan.
Sama ada Kelantan layak mendapatkannya, masa akan menentukan. Apa yang penting langkah pertama telah pun bermula. Langkah ini perlu disambut baik. Buang keruh, ambillah yang jernih.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu Tun Razak menjadi Perdana Menteri, antara lain menetapkan bahawa Petronas perlu membayar nilai lima peratus setiap tahun daripada hasil petroleum yang diperoleh daripada negeri berkenaan.
Akta berkenaan menetapkan bahawa perairan negeri merupakan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.Jika Kelantan memang mempunyai hak tersebut, berikanlah hak itu. Janganlah diseksa rakyat Kelantan, hanya kerana mereka memilih Pas. Sepatutnya, kita kaji kenapa rakyat Kelantan memilih Pas.
Lagipun Pas bukanlah satu ancaman kepada Umno. Pas hanya memerintah dua negeri (Kedah). Apa yang lebih ditakuti adalah kepada ultra kiasu. Walaupun mereka memerintah satu negeri, tetapi satu negeri sudah melambangkan 10 negeri. Begitulah hebatnya ultra kiasu berstrategi. Hujahnya mudah, ultra kiasu terdapat di luar dan di dalam.
Tidak seperti kita, walau memegang banyak negeri, tetapi kedudukan kita tidak kuat. Kekuatan kita bergantung simpati orang lain. Bayangkan jika kita seksa rakyat Kelantan, Kedah, atau mungkin juga Selangor. Kekuatan umat Islam akan menjadi semakin bertambah sedikit.
Saya selalu mengibaratkan antara Umno dan Pas seperti carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Perbezaan antara kedua parti ini tidak banyak. Isunya cuma untuk mendaulatkan Islam, walaupun sebahagiannya telah terdaulat. Pas rela dibubarkan jika Umno melaksanakan Islam sebagai cara hidup.
Pas sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya. Dulunya semua haram. Bertepuk tangan dalam majlis, bertentang muka dengan wanita, nyanyian, muzik dan lain-lain semuanya haram. Hari ini Pas mula terbuka, kian moderat. Kadangkala, Pas bertepuk tangan lebih kuat daripada Umno. Terbaharu, suara wanita tidak lagi aurat dalam sertai tilawah al-Quran.
Saya melihat ini sebagai perkembangan menarik. Interpretasi Pas terhadap Islam semakin luas dan terbuka. Dahulu agenda negara Islam dan hudud adalah satu kemestian. Sesiapa yang menolaknya kafir belaka.
Hari ini sudah tidak lagi, agenda itu berada dalam hati, agenda yang lebih besar adalah negara berkebajikan. Apa pun yang dimahukan oleh Pas, saya sudah tidak kisah, selagi Pas tidak menghalalkan yang haram. Apa yang penting, Pas tidak boleh bekerjasama dengan ultra kiasu kerana ia adalah kafir. Mereka secara terang menolak Islam.
Saya tidak nafikan parti komponen Barisan Nasional juga menolak Islam. Sebab itu saya tidak mengharapkan mereka. Saya lebih menganjurkan penyatuan antara Umno dan Pas, bukan PKR. Walaupun PKR parti majoriti Melayu Islam, ia sukar dipercayai.
Seruan saya kepada Pas, sambutlah saranan Perdana Menteri itu. Berbincanglah secara baik dan berhikmah. Kadangkala kita tidak banyak pilihan. Jika terpaksa memilih antara pemimpin yang pandai mentadbir, tetapi durhaka kepada ALLAH dengan pemimpin yang kurang pandai mentadbir, tetapi taat pada ALLAH, sudah tentu mengikut keutamaan, adalah memilih mereka yang taat kepada ALLAH.
Ini kerana mereka yang taat kepada ALLAH, tidak akan tersasar jauh. Tetapi manusia yang durhaka kepada ALLAH, akan durhaka kepada manusia. Inilah nasib yang telah menimpa Hosni Mubarak, Gaddafi dan sebagainya.
Saya yakin masih ramai orang dalam Umno dan Pas yang taat dan masih takutkan ALLAH. Jangan seksa mereka ini. Jika sesuatu berlaku ke atas umat Islam, adakah kita lebih mempercayai Kelantan atau ultra kiasu untuk membantu?

No comments:
Post a Comment