AMK Sahkan Najwan Pencipta Bendera Sang Saka Malaya
AIDCNews – 05/09/12 – Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin seperti dilaporkan Malaysiakini mengesahkan Timbalan Ketua Penerangannya Najwan Halimi sebagai pencipta bendera Sang Saka Malaya.
Bendera Sang Saka Bangsa yang dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan ke-55 baru-baru ini dicipta Najwan pada tahun 2007.
“Saya percaya rekaan itu merupakan pandangan beliau dan manifestasi beliau sebagai seorang anak muda yang memberikan satu penilaian sejarah.
“Saya percaya elemen merah dan putih menjadi satu asas kepada rekaan beliau. Cuma Utusan mengaitkan dengan pemimpin AMK.
“Oleh kerana beliau sekarang timbalan ketua penerangan AMK, apa yang dilakukannya pada 2007, saya fikir tidak ada masalah, dan tidak harus dikaitkan dengan pendirian sayap muda PKR,” katanya.
Menurutnya, bendera ciptaan Najwan itu direka sebelum dia menjadi pemimpin AMK.
Najwan yang juga merupakan pegawai Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor pada 31 Ogos telah menghantar twitter memuji keberanian anak-anak muda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya menggantikan Jalur Gemilang.
Dalam masa sama, dia juga turut menyiarkan semula artikel yang ditulis di blognya yang mengambarkannya sebagai pencipta bendera itu.
“Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat, dengan mendukung semangat Nusantara, saya persembahkan design terbaru bendera Malaysia bagi menggantikan Jalur Gemilang bernama Sang Saka Malaya,” katanya.
Namun, tinjauan di twitter Najwan hari ini mendapati kebanyakan twitter yang berkaitan dengan Sang Saka Malaya telah dibuang dalam akuan miliknya.
Begitu juga laman peribadi Najwan turut membuang kata-katanya yang menggambarkan dirinya pencipta bendera itu yang pernah disiarkan sebelum ini.
Utusan Malaysia, 3 September mendedahkan Najwan adalah pencipta bendera yang dikibarkan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.
Prof Datuk Dr Ramlah Adam seperti dilaporkan Sinar Harian berkata bendera ‘Sang Saka Malaya’ bukan merupakan bendera rasmi Tanah Melayu walaupun ketika dijajah.
Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.
“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya.
Katanya lagi, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

No comments:
Post a Comment