Sunday, 9 September 2012

Siapa Taja Isham Rais Wujudkan Radio Bangsar Utama ?

AIDCNews – 05/09/12 – Hishamuddin Rais berusaha menawan media alternatif, selain menjadi kolumnis di portal Malaysiakini, dia juga merekrut peminatnya yang tersendiri melalui blog tukar tiub dan radio bangsar utama.
Dua orang anak didiknya, Rahmat Haron dan Amin Iskandar juga menjadi kolumnis portal yang sering dikaitkan dengan tajaan dana asing itu.
Amin Iskandar atau lebih dikenali sebagai ‘Black’ melangkah setapak lagi dengan dipilih menjadi Penolong Pengarang Berita portal The Malaysian Insider.
Radio Bangsar Utama Saduran Radiq Radio
Sonia Randhawa
Projek radio alternatif diperkenalkan oleh seorang ‘agen asing’ bernama Sonia Randhawa yang bertugas di Monash University (Malaysia) dan New College Era.
Sonia Randhawa diperkenalkan melalui satu kertas kerja INDERFOR (The Institute For Democracy And Reform) yang ditemui di pejabat PKR sebagai Pengarah CIJ (Centre for Independent Journalism) yang bertanggungjawab melatih kebebasan maklumat dan kebebasan menyuarakan pendapat kepada kumpulan tertentu di Malaysia.
“Sonia pernah menjadi editor Radiq Radio, sebuah stesen radio bebas yang diwujudkan pada tahun 2001-2004,” lapor kertas kerja itu.
Selain Sonia, kertas kerja itu juga turut memperkenalkan tiga watak lain iaitu, Cynthia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM), Ibrahim Suffian (Merdeka Center) dan Azizuddin Ahmad (ABIM).
Dalam tulisan tangan di muka hadapan kertas kerja ditulis NED, yang merujuk kepada sebuah yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), ‘National Endowment For Democracy‘.
NED menurut penggubal undang-undangnya, Allen Weinstein diasas pada tahun 1983 sebagai topeng CIA beroperasi ‘menawan’ dunia yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek ‘demokrasi’.
Menurut rekod ‘2007 annual report grants/malaysia‘ , CIJ yang dipimpin Sonia pernah menerima dana sebanyak $15,000 pada tahun 2007.



Rahmat pernah dilaporkan Malaysiakini bekerja di Radiqradio itu.
Selain Rahmat, Shanon Shah aktivis pro LGBT yang juga PPengarah Eksekutif, Amnesty International Malaysia (AIM) juga turut terlibat.
Warna kuning yang menjadi tema laman Radio Bangsar Utama hampir sama dengan tema laman amnesty.org.
Tema kuning juga menjadi tema BERSIH dan Janji BERSIH yang juga turut diterajui Hishamuddin Rais.
Laman Radio Bangsar Utama

Laman amnesty.org

Maria, Samad dan Isham tulang belakang BERSIH
Menurut Tony Cartalucci, wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report dalam artikelnya bertajuk “A foreign-funded movement for a foreign-serving agenda“, Amnesty International dan Human Rights Watch (HRW) adalah dua badan hak asasi antarabangsa yang ditaja oleh George Soros melalui yayasannya, Open Society Institute (OSI).

Manakala dalam artikelnya bertajuk “Amnesty International is US State Department Propaganda“, wartawan Barat itu menghuraikan khusus perkaitan Amnesty dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
Hubungan Rapat Maria Chin & Hishamuddin Rais
Dalam buku tulisan Kamarazaman Yacob bertajuk “Bersama Anwar Ke Penjara”, penulis yang juga bekas Presiden PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) menceritakan Hishamuddin Rais pernah berlindung di rumah Allahyarham Usman Awang sebelum melarikan diri ke luar negara pada tahun 1974.
Turut melarikan diri menurut Kamarazaman adalah seorang lagi aktivis PMUM bernama Yunus Lebai Ali.
“Yunus Ali. Melarikan diri dari tanahair. Seorang aktivis PMUM. Pernah menyertai PLO semasa di luar negara,” kata Kamarazaman.
Gambaran yang diberikan Kamarazaman yang juga abang kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) seolah-olah Yunus Ali mengabdikan diri di bumi Palestin sehingga ke akhir hayat.
Namun berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh isterinya sendiri, Maria Chin Abdulah dalam satu rakaman mengingati kematian Allayarham Yunus Ali yang didedikasikan oleh Malaysiakini.
Selain Maria, portal itu mewawancara tiga lagi individu yang rapat dengan arwah Yunus, iaitu Hishamuddin Rais, Amin Iskandar dan Dr Rohana Ariffin yang ketiga-tiga dilabel contoh aliran sosialis.
Maria Chin menceritakan pertemuannya dengan Yunus Ali bermula di London pada tahun 1979.
Katanya, setelah suaminya menjadi pelarian di luar negara, akhirnya dia bersama suaminya pulang ke Malaysia ketika zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Di Malaysia, suaminya menubuhkan NGO bernama NIEI (National Institute for Electoral Integrity) untuk merekrut golongan muda dalam usaha menukar sistem politik.
Selain NIEI, Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme termasuklah EMPOWER dan SUARAM yang menjadi tulang belakang BERSIH.
Menurut laman gndem.org NIEI pula merupakan cabang kepada ANFREL (Asian Network for Free Elections), organisasi yang berpangkalan di Bangkok dan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections), organisasi berpangkalan di Filipina.
Laman itu juga turut memasukkan BERSIH juga sebahagian daripada badan naungan ANFREL dan NAMFREL.
Menurut bekas pegawai perisikan CIA, Philip Agee, pembiayaan NAMREL merupakan tajaan CIA.
“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihan raya atau sesuatu sepertinya.
“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.
“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” katanya.
Tukar Bendera : Pegawai Anwar Buka Rahsia Agenda Besar BERSIH & PKR
Demokrasi Apa Sedang Dikerjakan Anwar & NGO BERSIH ?
Isham Rais Mengaku Langgan Pelacur, Pertahan Anwar
Modus Operandi CIA~NED Cetuskan Gelombang ‘Kuasa Rakyat’ Di Malaysia
Anwar Minta Bantuan Amnesty International
Agenda Anwar Bersama Human Right Watch & Amnesty International
Pra PRU-13 : Apa Inti Perbincangan Anwar Dengan Human Rights Watch ?
Operasi Regim Change : NED/CIA Salur Dana SUARAM Tabal Anwar Jadi PM?
Pendedahan Dana asing SUARAM Sejak Dari Tahun 2005 ..

No comments:

Post a Comment