Pengikut PAS jadi penentu
Mior Kamarul Shahidrencanabh@bharian.com.my
2012/08/27
Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat yang bersidang semalam tidak
membuat keputusan mengenai kedudukan bekas Timbalan Presiden parti itu,
Nasharuddin Mat Isa yang dianggap 'duri dalam daging' kepada parti itu.
PAS sepatutnya membuat keputusan terhadap Nasharuddin kerana sikapnya yang menentang pendirian pimpinan parti yang tunduk kepada DAP. Ini berikutan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
Nasharuddin dan Karpal tidak lagi berselindung terhadap pendirian masing-masing berhubung soal hukum hudud dan negara Islam yang menyebabkan pimpinan PAS tersepit. Mesyuarat lajnah dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi kuasa pula kepada Majlis Syura dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menentukan kedudukan Nasharuddin.
Penyelesaian segera
Bagi PAS, pertikaian prinsip perjuangan PAS dan penentangan DAP terhadap hukum hudud dan negara Islam memerlukan penyelesaian segera. Nik Abdul Aziz yang dipertaruhkan merungkai kegelisahan penyokong parti itu tidak boleh lagi memberi jawapan meyakinkan kerana tangan dan kakinya seolah-olah terikat manakala mulutnya terkunci akibat kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang.
Nik Aziz sudah pun membuat kenyataan yang beliau tidak mahu lagi bercakap soal itu. Mungkin sesama pemimpin pembangkang mereka mempunyai bai’ah dan berjanji tidak akan belut. Seandainya tidak menepati janji, pemimpin PAS akan hilang kredibiliti di mata rakan pembangkang. Sebagai pemimpin parti yang berteraskan Islam pula, tentu sukar bagi pemimpin PAS untuk mengingkari janji walau pun terpaksa menafikan prinsip perjuangan parti.
Ubah persepsi
Apa pun, sikap berani Nasharuddin mengubah persepsi ramai pengikut PAS. Nasharuddin sudah menyatakan pendiriannya sanggup menerima padah dengan apa juga kos demi mempertahankan Islam. Beliau tidak mahu prinsip PAS dipersoalkan oleh parti yang tidak menyokong perjuangan Islam. Pendirian beliau itu meletakkan penyokong PAS berada di persimpangan jalan. Mereka perlu membuat keputusan sama ada mengikut pendirian pemimpin PAS yang berdiam diri meskipun prinsip parti itu dipertikaikan atau mempertahankan prinsip PAS walau apa pun terjadi.
Sehingga hari ini pemimpin PAS nampaknya terpaksa berdolak-dalik dengan pelbagai kenyataan politik untuk mempertahankan pakatan pembangkang. Nasharuddin pula membuat kenyataan berasaskan prinsip tanpa mengambil kira kepentingan PAS dalam pakatan pembangkang. Bagi Nasharuddin, kedudukan PAS dalam pakatan tidak ada maknanya jika matlamat parti untuk menegakkan hukum Islam dan menegakkan negara Islam, tidak mungkin berlaku.
Keputusan di tangan pengikut
Ikut prinsip parti, PAS perlu membuat keputusan keluar daripada pakatan pembangkang jika parti itu masih mahu memperjuangkan Islam. Sebaliknya, jika mempertahankan DAP yang menentang prinsip PAS, parti itu akan kehilangan ahli yang menganggap PAS lebih menyanjungi DAP daripada prinsip perjuangan parti itu.
Apa juga yang akan terjadi, akhirnya pengikut PAS yang akan membuat keputusan sama ada terus menyokong pemimpin parti itu yang bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan menolak prinsip parti itu atau mempertahankan prinsip parti itu dengan apa cara sekali pun

No comments:
Post a Comment