Bicara hudud tanpa ilmu boleh undang fitnah
Shamrahayu A Aziz2012/07/25
Penulis pernah ditanya seorang pemimpin kumpulan yang memperkenalkan diri
sebagai mereka yang arif mengenai Islam: Jika Allah menurunkan al-Quran
sekarang, adakah Allah akan memuatkan juga ayat mengenai kesalahan dan hukuman
hudud.
Penulis tidak tahu niatnya bertanya, cuma menjawab dalam hati soalan itu merendahkan sifat Allah yang Maha Mengetahui.
Namun, atas sifat Allah yang benar-benar mengetahui apa yang diperlukan manusia, tentu hukum hudud itu penting dan dalam pengetahuan Allah.
Firman Allah mengenai apa yang diketahui antaranya dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud: ...Dia (Allah) berkata: Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
Menerima hakikat Allah Maha Mengetahui segala sesuatu bagi keperluan manusia dan kehidupan mereka, maka tentu, segala sesuatu itu merujuk apa yang diperlukan dan yang tidak diperlukan oleh manusia sebagai khalifah di bumi ini. Segala sesuatu itu tentu termasuk juga hukum hudud itu.
Jika hudud dibincangkan menerusi kepentingan politik atau tanpa pengetahuan, maka ia akan mendatangkan fitnah terhadap Islam.
Hudud hukum agama dan kita tidak boleh bercakap mengenainya kecuali berpengetahuan dan tidak mempunyai niat selain untuk kebaikan agama.
Bukanlah niat penulis mahu menyekat kebebasan bercakap atau berpendapat, tetapi bercakap mengenai sesuatu yang kita tidak tahu, bukan termasuk dalam istilah kebebasan sebenar.
Jangan pula anggap kita tahu semua perkara. Itu mustahil. Al-Quran mengajar kita untuk bertanya kepada mereka yang ahli. Tidak semua orang, walau sebijak mana mereka, menge-tahui semua perkara.
Begitu juga dalam hal hudud. Kita mengundang bahaya jika bercakap mengenai apa yang kita tidak tahu atau kita cuma mengetahui sedikit saja mengenainya.
Tugas umat Islam, pada setiap ketika, dalam apa juga perkara, hendaklah membuatkan Islam itu dipandang indah, baik, cantik dan mulia. Termasuk dalam tugas hakiki umat Islam ialah memperlihatkan hukum Islam yang indah.
Untuk yang bercakap atas pentas politik, bercakaplan mengenai perkara lain. Jika perlu juga membawa isu hudud, bawalah yang benar, bukan hudud yang dipolitikkan. Perbicaraan hudud tidak harus dijadikan wadah untuk memancing undi.
Untuk mereka yang mahu menokok keburukan hudud, dalamilah hukum ini melalui guru yang benar. Jangan menakutkan khalayak dengan hukum hudud itu.
Khalayak juga perlu bijak dan tahu apa itu hudud. Khalayak tidak perlu takut kepada hudud yang benar. Khalayak perlu mendalami hukum dan tatacara pelaksanaan melalui cendekiawan, wacana ilmu dan akademik serta agama.
Apabila mendengar atau membaca sesuatu mengenai hudud, khalayak harus mengambil pendekatan memahami hukum itu sendiri.
Jika seseorang mempersoalkan kesesuaian hudud pada abad ke-21 ini, adakah khalayak harus menerimanya?
Apabila seseorang menunjukkan video Youtube pembunuhan kejam suami ke atas isterinya yang dituduh berzina, adakah khalayak perlu terima itu adalah hudud yang benar?
Untuk kejayaan dunia dan akhirat, marilah kita mendalami hukum dan bercakap benar dan baik mengenai Islam. Janganlah kita jadi batu api yang menyalakan kemarahan kepada agama dan hukum Islam.

No comments:
Post a Comment