Singapura cemas kelahiran menurun
Dzulkifli Abdul Razak2012/08/30
Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sempena Hari
Kebangsaan republik itu baru-baru amat menarik. Mesejnya ringkas namun padat:
“Jika warga negara Singapura tidak melahirkan zuriat secukupnya, kaum pendatang
adalah penyelesaian sementara. Pokoknya buat jangka panjang cara pemikiran perlu
berubah dan kecenderungan kadar lahir yang menjunam mesti
dipulihkan.”
Paling jelas beliau dilaporkan berkata, jika ini tidak berlaku, negara itu akan ‘gulung tikar’ kerana tiada rakyat asal (terjemahan daripada original citizens tinggal lagi untuk membentuk majoriti. Tambahnya: “Dan kita tidak boleh ada kerakyatan baru, penduduk tetap baru menentukan etos sosial kita, semangat sosial kita, norma sosial kita.”
Ucapan Kuan Yew itu dibuat dalam bahasa Mandarin dan disusuli bahasa Inggeris kepada 1,300 tetamu di Sekolah Rendah Zhangde. Amat simbolik sekali memandangkan tahun lalu kaum Cina memperlihatkan kadar kesuburan paling rendah pada kadar 1.08, sedangkan kaum India 1.09, dan Melayu 1.64! Walhal kadar gantian yang diperlukan ialah pada 2.1. Kini ada hampir dua juta (termasuk lebih 500,000 penduduk tetap) pendatang asing daripada lebih kurang 5.2 juta keseluruhan penduduk di republik itu.
Tumasik ‘gulung tikar’
Terlintas dalam benak penulis kata dua seumpama itu dibuat pada zaman sebelum penjajah British membawa masuk beramai-ramai orang asing ke pulau itu. Maka bangkitlah pemimpin Tumasik (ejaan panggilan lama, sebelum ia diberi gelaran ‘Singapura’ oleh Sang Nila Utama pada sekitar 1299) lantas memberitakan hal yang sama! Yakni Tumasik akan ‘gulung tikar’ kerana rakyat asal tidak lagi menjadi majoriti negara itu dan sekali gus menyebut pula kata-kata yang sama: “Kerakyatan baru, penduduk tetap baru tidak boleh menentukan etos sosial kita, semangat sosial kita, norma sosial kita”. Perkara sama juga berlaku pada zaman Kesultanan Melaka selepas itu, sebelum ia jatuh ke tangan penjajah Portugis, atau berkisar kepada Kesultanan Johor kemudiannya.
Ternyata Kuan Yew cukup menghayati sejarah ini dan cemas tragedi Tumasik berulang kembali. Beliau juga insaf siapa yang sebenarnya telah ‘gulung tikar’ apabila Singapura dijadikan jajahan British sehinggalah hari ini apabila kepulauan itu lebih dikenali sebagai Singapore – bertitik tolak daripada muslihat Sir Stamford Raffles, mengenepikan Sang Nila Utama!
Pemimpin Singapura kini akur kebencian rakyat tempatan (tidak semesti asal atau asli) yang tidak lagi selesa dengan kaum pendatang baru negara itu, malah ada yang meruap dengan peningkatan bilangan dan kepadatan mereka sejak kebelakangan ini dalam pulau yang begitu sempit.
‘Pintu terbuka’ bawa padah
Tanda awal menunjukkan amalan dasar ‘pintu terbuka’ membawa masuk beramai-ramai kaum asing ke Singapura sudah mula membawa padah! Laporan menyebut ada kaum pendatang dari China khususnya yang berani memanggil rakyat tempatan Singapura: ‘anjing’ mauhpun ‘babi.’ Ada yang menganggap mereka itu ‘bodoh.’
Reaksi rakyat Singapura tidak teragak-agak menghalau mereka balik ke negara mereka yang ‘mundur.’ Dan dijawab seorang asing melalui talian: “Adakah anda fikir ekonomi Singapura akan mapan tanpa penduduk tetap?” Namun semua cetusan ini tidak dianggap sebagai sensitif atau perkauman kerana pada hakikatnya mereka berketurunan yang sama. Cukup aneh!
Apa lagi jika diambil kira peratusan rakyat Singapura yang dikatakan ‘antiorang asing’ (yang dianggap masih taat kepada ibunda mereka) mencecah 78 peratus – satu lagi keanehan memandangkan rakyat yang kini dianggap ‘asal’ majoritinya berketurunan daripada orang asing tidak berapa dulu.
Pada pilihan raya Singapura terbaru, luapan perasaan itu antara faktor utama kemerosotan ketara parti pemerintah. Ini diakui oleh Perdana Menterinya sendiri apabila mengumumkan kawalan masuk orang asing ke Singapura. Beliau dipetik sebagai berkata bahawa kedatangan orang asing mesti pada kadar yang dapat diterima rakyat Singapura. Yang jelas kesabaran rakyat ‘asal’ tidak lagi diambil ringan menjelang pilihan raya pada 2016.
Berlegar di benak kita, pernahkah pemimpin Tumasik lantang memberi kata dua mengenai hal yang sama sebelum mereka terpaksa ‘gulung tikar’?
Penulis ialah Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) dan bekas Naib Canselor USM

No comments:
Post a Comment