Penangan luka bangsa, bahasa
Dr Anwar Ridhwan2012/09/10
Parti politik mesti elak dua isu sensitif
Bangsa Melayu sebagai Bumiputera adalah suatu hakikat sejarah. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia juga adalah suatu hakikat yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun ada pihak yang tidak senang dengan hakikat berkenaan. Dari semasa ke semasa muncul ucapan atau tulisan yang berusaha untuk merendahkan martabat serta kedudukan orang Melayu di negara ini. Begitu juga pihak yang mempersoalkan bahasa Melayu serta statusnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.
Mungkin wajar dikaji dan diselidiki kenapa wujud antagonis yang mempersoalkan kedudukan Bumiputera serta kedaulatan bahasa Melayu. Mungkin mereka mempunyai masalah peribadi, atau pegangan politik liberal, atau bersuara atas nama hak asasi dan demokrasi tanpa memikirkan batas serta sensitivitinya.
Dalam buku Kamarudin M Said, ‘500 Tahun Melayu Menghadapi Cabaran’ (Shah Alam: Kris Publication, 2004), diterbitkan semula sebuah puisi oleh Cecil Rajendra yang pernah tersiar dalam majalah Aliran (Bilangan 2001:21(1). Puisi dalam bahasa Inggeris itu berjudul Kingdom of Purplaya. Terjemahan seluruh puisinya dalam bahasa Melayu (hlm. 246) adalah seperti berikut:
“Kerajaan Purplaya/berada di satu tempat di Asia/di utara Khatulistiwa/Rakyatnya berasal usul pelbagai/ada Indonesia, ada Cina/ada India, ada Portugis…/Kesemua rakyat Purplaya adalah imigran/dari negeri-negeri jiran/hanya segelintir yang benar-benar pribumi/mereka hidup di bukit bukau/sebagai pemburu dan pengumpul/tidak pernah menjadi tuan rumah – hanya penyewa/Pribumi ini – warga asal tanah airnya/telah dipinggirkan/oleh si perampas yang mencuri miliknya/mereka mengaku mereka peribumi/rakyat Purplaya yang diistimewakan Tuhan/orang lain dianggap asing/Untuk menjamin keistimewaan terpelihara/si sawo matang yang bermuka-muka ini/(dengan bantuan tuan penjajah mereka)/Menggubal sebuah Perlembagaan/yang menetapkan Raja dan Presiden/daripada keturunan mereka saja.
Puisi oleh Cecil Rajendra
Puisi tiga baris serangkap itu disambung lagi:
“Mereka amalkan sistem kuota/sediakan tempat belajar untuk anak mereka/di sekolah, maktab dan universiti/Melantik anggota polis dan tentera/dengan pegawai pilihan mereka/untuk melindungi poket dan kekayaan mereka/Adakan undang-undang yang membolehkan/siapa yang bertanya tentang kuasa dan kedudukan mereka/didakwa atas tuduhan mengkhianati negara/Orang sawo matang yang hampir kelemasan ini/kini membolot segala lesen tanpa had/kerana hanya mereka sahajalah yang bebas/Untuk mencerca musuh mereka dalam akhbar/membakar patung musuh di persimpangan jalan/sedangkan rakyat lainnya/Diseksa dan dipenjarakan/jika mereka mengkritik kerajaan/atau mengadakan tunjuk perasaan/Namun, pemerintah kuku besi aparteid ini/ – satu-satunya yang masih wujud di dunia/adalah pengamal institusi perkauman/Mereka bermuka-muka dengan luar biasa/sambil mendabik dada/mengamalkan demokrasi!
Puisi berusia kira-kira 11 tahun. Saya kurang pasti sama ada penulisnya berubah sikap serta pendirian atas mesej puisi berkenaan, melalui kenyataan atau tulisannya selepas itu. Atau terus mempertahankannya.
Mesej terlalu keras
Salah satu unsur puisi ialah kesediaannya untuk menyerap lambang serta metafora. Mesej yang terlalu keras dan jelas selalu berselindung di balik lambang dan metafora ini. Metafora atau lambang yang terlalu kabur akan menyukarkan pembaca untuk memahami mesej tersembunyinya secara jelas dan pasti. Akan tetapi ada puisi mudah difahami mesejnya, walaupun cuba berlindung di sebalik kuasa lambang dan metafora.
Dalam buku terbaru saya ‘Menyurat Kepada Sahabat: Warkah-warkah Peribadi 1975-2002’, terdapat sepucuk surat yang saya tujukan kepada G Soosai, bertarikh 9 Jun 1975. Penerima surat ini, G Soosai (mendiang) ialah seorang penulis, penterjemah, budayawan dan ahli bahasa Tamil di Malaysia yang terkenal pada suatu masa dulu.
Surat saya kepadanya itu adalah reaksi saya atas surat beliau kepada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) pada masa itu. Dalam suratnya, beliau secara berani mendedahkan kandungan akhbar Tamil Malar dan Tamil Nesan beberapa hari sebelumnya. Oleh kerana tiada seorang pun ahli jawatankuasa GAPENA yang memahami bahasa Tamil, pendedahannya amat dihargai. Beliau menyebut, kedua-dua akhbar itu menganggap bahasa Melayu sebagai najis, hantu dan jahanam.
Isu ini perlu ditangani serta-merta oleh Kementerian Dalam Negeri. Oleh kerana hampir semua orang Melayu tidak memahami bahasa Tamil, isu berkenaan tidak pernah disedari kemunculannya oleh orang Melayu. Mujurlah Kementerian Dalam Negeri dapat menangani isu ini dengan pantas dan bijak. Jika tidak, isu sensitif ini akan merebak dengan pantas.
Pilihan Raya Umum Ke-13 khabarnya akan dilangsungkan tidak lama lagi. Diharapkan, parti politik tidak menjaja isu kaum dan bahasa – iaitu dua isu sensitif – untuk meraih kemenangan. Luka bangsa dan bahasa, walaupun sembuh, meninggalkan parut yang berkekalan.

No comments:
Post a Comment