2012/09/03
Profesor Diraja Ungku Aziz membuat takrifan mudah mengenai patriotisme.
Baginya, orang yang membuang sampah di merata tempat adalah orang yang tidak
patriotik. Apakah pula bukti seseorang itu kasih kepada negaranya? Banyak
jawapan yang Belalang dah dengar. Bagi Belalang, ia ada kaitan dengan
undang-undang. Jika tidak patuh kepada undang-undang negara, mereka tergolong
dalam kumpulan rakyat yang tidak sayangkan negaranya. Mereka yang sanggup
melakukan apa saja tanpa memikirkan kesannya kepada negara dan bangsa, tidak
layak menjadi warga negara Malaysia. Adalah tidak salah mempunyai pemikiran
politik berbeza kerana ia juga adalah ciri kebebasan, tetapi jangan menghina
undang-undang.
Bila orang Melayu lupa diri
Ada sekumpulan manusia entah dari mana datangnya, berhimpun sesama mereka di Dataran Merdeka, kononnya bersama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 kelmarin. Anehnya mereka membawa bendera baru, kononnya mahu menggantikan Jalur Gemilang yang sudah sebati dengan negara ini. Belalang tidak ada simpati dengan mereka sekiranya mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap. Pada Belalang, mereka melakukan tindakan kurang ajar terhadap negara dan rakyat Malaysia, apatah lagi mereka adalah orang Melayu. Inilah akibatnya bila ada orang Melayu lupa diri. Jika inilah sikap mereka, sewajarnyalah mereka ini dibenci. Mereka fikir menukar bendera sama seperti menukar baju. Ia membabitkan kelulusan pelbagai peringkat dan paling penting pengiktirafan dunia. Siapakah mereka yang mahu menukar bendera Malaysia sedangkan mereka tidak pernah berjasa pun kepada negara ini, sebaliknya hanya buat angkara.
Bila Hadi terlepas cakap
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang kata UMNO sudah tiada ulama dan terpaksa menerima ulama PAS. Inilah akibatnya seseorang perasan bijak tetapi sebetulnya percakapannya menjadi bahan kelakar. Hadi mengulas tindakan yang akan diambil terhadap bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menegur hubungan PAS dan DAP yang menolak hudud dan penubuhan negara Islam. Kenyataan Hadi itu memberi isyarat kepada Majlis Syura yang akan bermesyuarat 9 September ini supaya memecat Nasharudin. Jika Nasharudin terus diterima dalam PAS ia memalukan Hadi yang sudah terlepas cakap mengenai bekas timbalannya itu. Takkan Majlis Syura mahu melihat Hadi menjilat ludahnya sendiri selepas mengatakan hubungan UMNO dan Nasharudin. Inikah ciri-ciri ulama Hadi? Ulama PAS lebih sibuk berpolitik. Mereka secara terang-terang menggunakan surau dan masjid untuk mencerca umat sebangsa dan seagama. Tetapi, kepada pihak yang jelas menyatakan pendirian tidak menyokong hudud dan penubuhan negara Islam, mereka pertahankan dengan alasan mereka tidak memahami Islam. Apakah pendapat ulama PAS ini boleh dipakai. Kalau begitu, sesiapa saja boleh bercakap mengenai agama orang lain tanpa memikirkan apa juga kesannya.

No comments:
Post a Comment