SUARAM: Alat Pembangkang Promosi Dusta Dan Pembohongan Pembangkang
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh & Roslay Raffie
KUALA LUMPUR, 25 Jun – SUARAM kini dilihat sebagai senjata utama pakatan pembangkang yang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene, bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.
Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hasshim berkata sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
“Segala tuduhan dan dakwaan SUARAM terhadap Perdana Menteri terdapat banyak keraguan dan tanda tanya. Ini boleh dilihat menerusi fakta-fakta yang menunjukkan jelas SUARAM telah mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantunya dan Scorpene adalah satu pendustaan dan pembohongan.
“Pertama sekali, di mana mereka mengatakan Altantuya ini dikatakan sebagai kononnya penterjemah tapi kita tahu, mendiang ini cakap Perancis pun tak boleh. Dia bukan seorang yang memahami dan boleh bertutur dalam bahasa Perancis,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.
Dalam masa yang sama, jelas beliau Altantunya sendiri tidak pernah pun ke negera Perancis kerana iIni terbukti melalui kenyataan Imegresen Perancis bahawa tiada rekod langsung bahawa dia masuk ke Perancis dari tahun 1999 ke tahun 2006.
“Ini menunjukkan satu permainan reka cipta yang SUARAM ketengahkan”, ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Zahrain melihat wujud satu desakan dan pakatan yang kotor yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita boleh nampak satu rekaan untuk memburukkan dan mencari jalan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Sekarang, Ketua Pembangkang menggunakan badan-badan lain untuk mempromosikan pendustaan dan pembohonangan terhadap Perdana Menteri dan salah satu badan yang telah digunakan ialah SUARAM.
“Sebab itu saya katakana SUARAM ini bukan sekadar NGO, tetapi AGO (Anti Government Organisation) sebab mereka menggunakan asas-asas pendustaan dan fitnah untuk memburukkan pimpinan kerajaan. Saya desak SUARAM minta maaf kepada rakyat, kerajaan dan yang lebih penting ialah kepada Perdana Menteri,” tambahnya lagi.
Nota: Sila ikuti wawancara UMNO-Online bersama Datuk Seri Zahrain Hashim dalam Youtube MediaUMNO.
No comments:
Post a Comment