Monday 25 June 2012

Jom Halal - Kempen Satu Malaysia Satu Halal Mendapat Sambutan Luarbiasa

Kempen Satu Malaysia Satu Halal (1M1H) telah dilancarkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 12 -15 Rabiuawal 1431H bersamaan 25 – 28 Februari 2010 dan majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 Rabiulawal 1431H pukul 12.30 tengahari di Masjid Negara.
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Objektif utama kempen 1M1H ini adalah bagi memberi kesedaran kepada pengguna terhadap pengurusan halal di Malaysia secara menyeluruh termasuk aspek Halalan Toyyiban, Standard Halal, analisis halal, R&D, sistem qualiti dalam sistem pensijilan halal Malaysia, e-halal, promosi, piawaian halal dan sebagainya. Ia juga meningkatkan kesedaran dan keprihatinan kepada pengguna terhadap logo halal <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia serta memberi maklumat kepada pengguna supaya membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja. Di samping itu kempen ini menyediakan satu platform bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal.
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri, YB Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan suaminya, Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim dan isteri.
Turut hadir ketua –ketua jabatan kerajaan yang terlibat secara lansung dengan pensijilan halal seperti Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, HDC, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM, KPDNKK, Kementerian Kesihatan Malaysia serta tetamu kehormat yang lain.
Kempen 1M1H ini adalah anjuran JAKIM dengan kerjasama Masjid Negara, JAWI, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), DBKL, Daganghalal.com, Kementerian Kesihatan Malaysia , Tabung Darah Negara, Polis Diraja Malaysia, Permodalan Nasional Berhad, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dewan Perniagaan Islam Malaysia, JKR dan Kosmo adalah media rasmi kempen 1M1H. Selain daripada Kosmo, kempen ini mendapat liputan meluas daripada media massa lain dan juga media elektronik termasuk lintas lansung daripada RTM, Bernama, NTV7 dan TV9.
JAKIM telah membuka sebanyak 60 booth kepada usahawan bumiputera, industri kecil sederhana, syarikat Multinasional, dan agensi-agensi yang terlibat dengan halal. Kempen 1MN1H telah berlangsung daripada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam selama tiga hari bermula 26hb-28hb Februari 2010 dan dibuka kepada masyarkat awam . Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program ini ialah seperti Seminar Halalan Toyyiban yang dihadiri 350 usahawan halal, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Pelancaran anugerah usahawan halal dan rencana halal oleh YB Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim , Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Jualan amal, derma darah oleh Tabung Darah Negara, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, analisis kulit dan produk Halal oleh Jabatan Kimia Malaysia, pertandingan masakan halalan toyyiban, pertunjukan Busana Muslim, nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Saujana, pertandingan mewarna, pertandingan melukis, jualan murah oleh usahawan halal dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
Melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan, diharapkan masyarakat dan usahawan halal mendapat kefahaman yang sebenar mengenai integriti pengurusan halal di Malaysia dan merebut peluang perniagaan halal yang berjumlah trilion ringgit. Majoriti mereka yang hadir termasuk orang awam, usahawan, peserta seminar dan peserta pameran memberi ulasan yang positif dan mohon agar kempen ini diteruskan pada masa yang akan datang. JAKIM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan kempen ini.

Majlis peramian kempen 1M1H disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Timbalan Yang di-Pertuan Agong


Tuanku merasmikan kempen 1M1H dan gimik pelancaran logo halal Malaysia.


Tuanku meyaksikan demo analisis halal oleh Jabatan Kimia Malaysia.

No comments:

Post a Comment