Kerajaan serius tangani genjala LGBT
Di Malaysia tiada peruntukan
undang-undang atau agama yang membenarkan hubungan sejenis, seks bebas dan
perkahwinan sejenis, malah ia dilihat oleh masyarakat sebagai jijik dan keji.
Sehubungan itu, kerajaan dengan
kerjasama pihak berkuasa agama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap
pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasa di peringkat
negeri.
Undang-undang memperuntukkan secara
jelas mengikut Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) yang boleh dikuatkuasa kepada
umat Islam.
Gaya hidup LGBT mendedahkan pengamal
kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko, HIV/Aids, kecelaruan
psikologi dan mental. Antara undang-undang itu ialah Seksyen 21 Akta 559 bagi kesalahan pelacuran, Seksyen 22 akta sama bagi kesalahan ‘muncikari’ (ibu ayam atau bapa
ayam).
Seksyen 25
(kesalahan liwat) dan Seksyen 26
(kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan (lesbian).
Peruntukan lain adalah
Seksyen 28
(lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen
29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam yang membawa maksud mana-mana
orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan
hukum syarak di tempat awam).
Kerajaan juga mengambil pelbagai langkah secara secara berterusan menangani
pelbagai masalah sosial seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)
yang kian menular di kalangan masyarakat terutama masyarakat Islam di negara ini.
Gaya hidup LGBT mendedahkan pengamal
kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko, HIV/Aids, kecelaruan
psikologi dan mental yang kahirnya boleh membawa mala-petaka besar kepada masyarakat
dan Negara.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah merangka beberapa tindakan dalam menangani masalah golongan
homoseksual dan lesbian yang dianggap berleluasa di kalangan umat Islam di
negara ini.
Kerajaan mengambil dua pendekatan
iaitu pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang.
Dalam aspek pencegahan, pelbagai
usaha sudah dan sedang dilaksanakan dengan kerjasama kementerian dan badan
bukan kerajaan (NGO). Antaranya menyokong dan menyebarluaskan Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang
jelas menentang LGBT.
Selain itu, memberi penjelasan
mengenai fatwa berkaitan LGBT termasuk mengadakan seminar dan forum serta akan
menerbitkan risalah untuk memberi pelbagai maklumat berkaitan isu LGBT.
Kerajaan juga sedang menyediakan dan
menggubal modul LGBT–Mak Nyah yang mengandungi pengisian kepada golongan
berkenaan termasuk maklumat berkaitan kesihatan.
No comments:
Post a Comment