RAKYAT BOSAN PEMBOHONGAN ANWAR
AKHBAR China Press bertarikh 26 Mei 2012 menyiarkan artikel mengenai dakwaan terbaru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai pemimpin politik Sabah akan berpaling tadah untuk menyokong pembangkang.
Artikel bertajuk ‘Mulut Anwar Ibrahim
celupar lagi’ tulisan Tan Wei Min disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang
Ramai halaman C17.
Ramalan Anwar sekali lagi kecundang dan
ini menyebabkan beliau menerima pelbagai kritikan daripada kalangan orang-orang
Cina.
Beliau berkali-kali berbohong dengan
mencipta isu untuk mendapatkan tiket undi kasihan. Pada mulanya ramai orang
menyokong dan mempercayai beliau, tetapi kini mereka yang sudah bosan dengan
pembohongan terbabit tidak lagi yakin terhadap beliau.
Tiga tahun lepas iaitu pada 2008, Anwar
menyebarkan berita menyatakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat
parti bagi menyertai Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa kerajaan BN akan
tumbang pada tarikh 16 September 2008. Akhirnya Peristiwa 916 tidak berlaku dan
tidak kesampaian. Ia adalah satu pembohongan besar dalam arena politik. Kesan
daripada perbuatan beliau, orang ramai sudah hilang kepercayaan terhadap
dirinya.
Perdana Menteri ketika itu, Tun
Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan semua kata-kata Anwar itu adalah satu
pembohongan dan menyindir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana
menggunakan taktik berkenaan bagi mencapai impiannya untuk menjadi Perdana
Menteri.
Menurut Abdullah: “Saya sudah lama kenal
Anwar, beliau pandai berkata-kata untuk menarik ramai hadirin datang mendengar
ceramah beliau dan masih ramai orang mempercayai kata-katanya."
Baru-baru ini, Anwar bercakap besar
lagi dengan mendakwa dalam tempoh seminggu dua ini akan ada perubahan di Sabah
yang boleh memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia.
Dikatakan ada sekumpulan pemimpin
politik berwibawa di Sabah akan membuat satu pengumuman untuk membantu Pakatan
Rakyat melangkah ke Putrajaya dan mengambil alih Kerajaan Pusat.
Anwar berkata, kumpulan itu ialah
pemimpin daripada kalangan orang Islam dan Kadazan yang sangat rapat dengan
UMNO.
Mereka bukan sahaja memberi laluan
kepada Pakatan Rakyat malah akan turut membantu pihak pembangkang. Mereka
berharap dengan bantuan itu, negara akan mengalami perubahan besar dari segi
ekonomi dan politik.
Bagaimanapun, berikutan pembohongan
yang dibuat Anwar sebelum ini, orang ramai sudah tidak percaya ramalan yang
dibuat beliau. Mereka menganggap jika ramalan itu benar-benar berlaku pun, ia
hanya satu kebetulan.
Yang sangat mengecewakan adalah setelah
dua minggu ramalan itu berlalu dan ditambah masa dua minggu lagi sehingga kini,
ia hanya senyap begitu sahaja.
Rakyat tidak membantah mana-mana
pemimpin politik untuk membuat kenyataan, kerana ia adalah salah satu cara
berpolitik, tetapi rakyat tidak akan mengizinkan orang yang suka bercakap
bohong.
No comments:
Post a Comment