Monday, 11 June 2012

Keganasan Bersih 3.0 : Ahli Parlimen Sri Gading Tem

pelak Anwar


Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz hari ini menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini berkaitan dengan punca keganasan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

“Keganasan bermula selepas jam 3.00 petang pada hari tersebut..polis dimaki dengan kata-kata menghina,” katanya seperti dilaporkan Berita RTM, jam 1 tengahari tadi.
Ahli parlimen Sri Gading bangun ketika Anwar meminta penjelasan kerajaan terhadap keganasan polis memukul peserta perhimpunan tersebut.

“Permatang Pauh bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Sri Gading. “Beliau mahu darah tumpah supaya berlaku kematian dan pergolakan.”

Menurutnya, pihak polis tidak akan bertindak kasar sekiranya para peserta perhimpunan mengikut arahan yang dikeluarkan, namun selepas jam 3.00 petang setelah dihasut oleh pihak-pihak tertentu, para peserta mula bertindak ganas menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak balas untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika menjawab soalan dibangkitkan Anwar itu berkata dua anggota polis telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 Mei lepas di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan terhadap seorang jurugambar Guanming Daily pada perhimpunan tersebut.

“Kami tidak mengira warna, tak kira sesiapa yang langgar undang-undang… ada bukti kukuh kita akan bawa Permatang Pauh (Anwar) dan Gombak (anggota Parlimen Gombak Azmin Ali) ke mahkamah,” katanya.

No comments:

Post a Comment