Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam (Siri 1)
Latar belakang pertembungan
pemikiran
Sejak berlakunya Peristiwa 11 September 2001 atau
9/11, Hegemoni Barat yang diketuai Amerika Syarikat telah merombak semula
strategi serta dasar hubungan luar mereka khususnya yang berkaitan “global
war against terror” atau ‘perang global menentang keganasan’.
Dalam hal ini, Christopher Paul, seorang penyelidik dari RAND Corporation,
sebuah think thank berpengaruh di kalangan pemimpin politik dan tentera Amerika
berkata:
“The 9/11 terrorist attacks have changed how
Americans think about war”.
Selari dengan pemikiran tersebut dan bagi
menjustifikasikan dasar luar baru Amerika Syarikat pasca 9/11 ini, Presiden
George W. Bush telah membuat beberapa kenyataan bagi mewajarkan “global war
against terror” ini dan yang paling dimaklumi dan ketara ialah kenyataan
beliau bahawa sesiapa yang tidak menyokong Amerika Syarikat akan secara otomatik
dilabelkan oleh Amerika sebagai ‘pengganas’ atau mereka yang bersama dengan
pengganas iaitu
“.. you are with us or with the
terrorists” (anda dengan kami atau bersama pengganas).
Pasca 9/11: Dunia Bi-Polar
Melalui kenyataan tersebut, Presiden George W.
Bush secara tidak langsung, telah membahagikan dunia hanya kepada dua kelompok
atau dunia bi-polar iaitu ‘civilized world’ (dunia bertamadun
yang diketuai Amerika Syarikat) dan ‘pengganas’ serta sekutunya di satu pihak
yang lain dan golongan kedua ini dianggap cuba memusnahkan tamadun Barat ini.
Pada masa yang sama, beliau juga membuat pengisytiharan perang global terhadap
‘pengganas’ ini di peringkat global dan transnasional. Kenyataan-kenyataan ini,
sama ada secara tunggal atau secara kolektif dikenali sebagai Doktrin Bush.
Mengikut Mark Amstutz, terdapat empat elemen penting dalam Doktrin Bush
iaitu:
1) Amerika yang lebih kuat dan
berpengaruh adalah baik untuk dunia
2) Kerjasama pelbagai hala adalah yang
terbaik, tetapi Amerika Syarikat akan bertindak bersendirian apabila
perlu
3) Setiap alat, termasuk pencegahan
perlu digunakan untuk menghentikan pengganas dan negara samseng daripada
memperoleh atau menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (weapons of mass
destruction)
4) Amerika Syarikat mestilah menjuarai hak asasi
manusia, kebebasan dan demokrasi.
Freedom Agenda: Strategi Barat pasca
9/11
Salah intipati utama Doktrin Bush iaitu elemen
keempat berkaitan hak asasi, kebebasan dan demokrasi telah disimpulkan
sebagai ‘Freedom Agenda’ atau ‘Agenda Kebebasan’.
“The survival of liberty in our land
increasingly depends on the success of liberty in other lands. The best hope for
peace in our world is the expansion of freedom in all the world… So it is the
policy of the United States to seek and support the growth of democratic
movements and institution in every nation and culture, with the ultimate goal of
ending tyranny in our world….”
Kegawatan yang kini melanda
negara-negara umat Islam seluruh dunia bukanlah isu lokal dan terpencil bagi
negara berkenaan semata-mata
Agenda Kebebasan Amerika ini turut didokong dan
disambung oleh Presiden Barack Obama sepertimana yang pernah dinyatakan oleh
beliau seperti berikut:
“America’s larger purpose in the world is to
promote the spread of freedom-that it is the yearning of all who live in the
shadow of tyranny and despair.”
Dasar Hubungan Luar Amerika yang
diperkenal melalui Doktrin Bush diteruskan walau Presiden Amerika Syarikat
bersilih-ganti
Pembinaan Rangkaian ‘Muslim Moderat’
sebagai Strategi Freedom Agenda
Penyelidik RAND Corporation, Dr Angel Rabasa
menyatakan bahawa:
“.. the President’s “Freedom Agenda” can be
considered a U.S. “grand strategy” in the Global War on Terrorism”
Berasaskan premis tersebut, Dr Angel Rabasa,
bersama dengan beberapa penyelidik RAND Corporation yang lain telah membuat
kajian serta menulis sebuah monograf bertajuk Building Moderate Muslim
Network sebagai sebuah strategi dan ‘roadmap’ bagi membantu
Amerika Syarikat membina rangkaian ‘Muslim Moderate’ berasaskan
ciri-ciri yang ditetapkan oleh mereka di seluruh dunia sebagai panduan praktikal
untuk dilaksanakan oleh pembuat-pembuat dasar di Amerika Syarikat.
Matlamat utama kajian tersebut adalah bagi
merealisasikan aspirasi Freedom Agenda di atas dengan menggunakan dan
memanfaatkan pengalaman serta pengajaran yang diperoleh Amerika Syarikat ketika
Perang Dingin dengan USSR (kini Russia) sehingga mereka akhirnya berjaya
menumbangkan kerajaan dan sistem Komunis.
Hubungkait di antara ‘Agenda Kebebasan’ Amerika
dengan perancangan mereka membangunkan rangkaian ‘Muslim Moderate’ jelas tertera
di dalam laporan yang disediakan oleh RAND Corporation tersebut:
“The close link between the U.S. grand
strategy and its efforts to build democratic networks was a key ingredient in
the overall success of the U.S. policy of containment; as such, it provides a
model for policymakers today”
Begitu juga perancangan dan penggunaan strategi
yang sama hasil dari pengalaman dari Perang Dingin dengan USSR:
“The efforts of the United States and its
partners during the early years of the Cold War to help build free and
democratic institutions and organizations hold lessons for the current Global
War on Terrorism.”
Pertembungan kini adalah pertempuran idea
atau pemikiran
Menurut laporan tersebut, pertempuran sebenar di
dunia kini (sepertimana semasa Perang Dingin) adalah peperangan pemikiran atau
peperangan idea dan ini adalah merupakan cabaran paling besar yang perlu
dihadapi oleh Barat dengan dunia Islam pada masa kini. Kata Rabasa,
“This is not a war of civilizations, it’s not
Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of
Islam.”
Menurut Rabasa lagi, untuk berjaya di dalam
agenda peperangan pemikiran ini, Amerika Syarikat tidak boleh menjayakannya
secara sendirian, tetapi perlu mendapat pertolongan dengan cara bekerjasama
dengan orang Islam lain di negara berkenaan. Golongan Muslim ini pula mestilah
terdiri dari individu atau organisasi yang dengan jelas menyokong dan mendokong
Agenda Kebebasan yang ditaja Amerika Syarikat. Golongan ini dilabel sebagai
gelaran ‘Muslim Moderat’ dan dibantu secara langsung dan tidak langsung
oleh Amerika Syarikat melalui badan-badan yang ditubuhkan dan dibiayai oleh
mereka seperti National Endowment for Democracy (NED), National
Democratic Institute (NDI), Asia Foundation (AF), Center for
the Study of Islam and Democracy (CSID), International Center for Islam
dan Pluralism (ICIP). Badan-badan ini adalah organisasi yang tidak
bersandarkan keuntungan (non-profit) yang dibiayai oleh kerajaan
Amerika Syarikat sebagai salah satu inisiatif berprofil tinggi bagi membebaskan
Amerika Syarikat dari pendekatan dan strategi lama pra-9/11 melalui fokus kepada
4 bidang teras iaitu pembaharuan politik, reformasi ekonomi, reformasi
pendidikan dan pemerkasaan wanita.
“We cannot come in as outsiders, as a
non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology,” “Muslims have to do
that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the
moderates.”
‘Muslim Moderat’ sebagai senjata Freedom
Agenda Pasca 9/11
RAND Corporation menyarankan agar pembuat dasar
Amerika Syarikat mula membangunkan dan menyokong pelbagai usaha pembinaan
rangkaian ‘Muslim Moderat’ ini di seluruh dunia. Menurut Dr Rabesa,
“… the building of moderate Muslim networks
needs to become an explicit goal of U.S. government policy, with an
international database of partners, a well-designed plan and “feedback loops” to
keep it on track”.
Katanya lagi, Amerika Syarikat mempunyai peranan
yang penting untuk membantu ‘Muslim Moderat’ ini sepertimana pengalaman kejayaan
mereka semasa Perang Dingin.
“In both cases, policymakers recognized that
the United States and its allies were engaged in an ideological conflict that
had to be contested across diplomatic, economic, military and psychological
dimensions”
Menurut laporan tersebut, salah satu cabaran
Amerika Syarikat ialah mengenalpasti golongan ‘Muslim Moderat’ yang asli iaitu
mereka yang mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan serta dipersetujui oleh
demokrasi ala barat iaitu sokongan kepada hak-hak asasi manusia sepertimana yang
disepakati di peringkat antarabangsa seperti persamaan gender, kebebasan
beragama, penerimaan non-sectarian sources of law serta penentangan
kepada keganasan. Menurut laporan tersebut, seseorang Muslim yang mungkin
dilihat ‘Moderat’ tetapi jika pemikiran dan idea mereka masih tidak konsisten
dengan nilai demokrasi ala barat di atas, ianya masih belum boleh digolongkan di
dalam kategori ‘Muslim Moderat’ di atas. Sasaran kepada strategi ini pula
melangkau sehinggalah ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.
“Instead of focusing on the Middle East,
where most of the radical Islamic thought originates and is firmly entrenched,
the report recommends reaching out to activists, leaders and intellectuals in
Turkey, Southeast Asia, Europe and other open societies. The goal of this
outreach would be to reverse the flow of ideas and have more democratic ideas
flow back to the less fertile ground for moderate network-building of the Middle
East.”
Laporan tersebut mengesyorkan lima kumpulan
sasaran untuk ditumpukan oleh Amerika Syarikat iaitu (1) Akademia dan
Intelektual Muslim Liberal dan Sekular (2) Ulamak Muda Moderat (3) Aktivis
Masyarakat (4) Kumpulan atau NGO Wanita yang berkempen ke arah persamaan gender
dan (5) Wartawan dan Cendiakawan Moderat. Dalam konteks di Malaysia, pada tahun
2005, seorang tokoh politik negara pernah mendapat pengiktirafan sebagai
‘Muslim Moderate of the Year 2005’ oleh Center for the Study of
Islam and Democracy (CSID).
Dr Amirudin
Wahab,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
No comments:
Post a Comment