Friday, 22 June 2012

Video Ucapan LGBT Tentang Anwar tersebar..


AIDCNews -21/06/12 – Satu klip video bertajuk “Pondan Pun Tahu Anwar Homoseksual..” yang dimuat turun oleh darulehsantoday sejak semalam sudah mula tersebar di internet hari ini.
Difahamkan ucapan itu dibuat oleh seorang LGBT di sebuah pusat hiburan Zouk, Kuala Lumpur yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sinonim dengan aktiviti homoseksual.
Semalam AIDCNews mendedahkan kritikan Peng Khee Teik, pengasas Seksualiti Merdeka terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang hampir sama dengan ucapan Anwar Ibrahim Ibrahim ketika diwawancara BBC.
Peng yang juga dikenali sebagai aktivis Gay mengkritik tafsiran undang-undang Dr Mashitah yang disifatkan ketinggalan zaman.
Terminologi ‘ketinggalan zaman’ yang digunakan Peng hampir sama dengan kritikan Anwar ketika bercakap dengan BBC di mana Ketua Pembangkang itu menganggap undang-undang anti-homoseksual sebagai undang-undang yang lapuk.

No comments:

Post a Comment